Pusat Koreksional Batu Gajah

Pusat Koreksional Batu Gajah KINTA PRISON 1902

Selamat Hari Pekerja 2026Ikhlas dari Pengarah serta Warga Kerja PKBG
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026
Ikhlas dari Pengarah serta Warga Kerja PKBG

PROGRAM BRISSWALK DAN SENAMROBIKDI TAMAN TASIK UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, SERI ISKANDARSeri Iskandar, Perak – Satu p...
30/04/2026

PROGRAM BRISSWALK DAN SENAMROBIK
DI TAMAN TASIK UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, SERI ISKANDAR
Seri Iskandar, Perak – Satu program kesihatan dan kecergasan iaitu Brisswalk dan Senamrobik telah berjaya dilaksanakan di Taman Tasik Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar dengan penyertaan yang menggalakkan daripada kakitangan PKBG.
Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal a/l Socklingam, bersama beberapa orang kakitangan dari Pusat Koreksional Batu Gajah. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam menyokong aktiviti yang menjurus kepada gaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan diikuti dengan senamrobik yang dikendalikan secara berkumpulan bagi meningkatkan kecergasan fizikal peserta. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Brisswalk mengelilingi kawasan taman tasik yang bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan warga kerja. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi mengukuhkan semangat berpasukan dan kerjasama antara kakitangan.
Secara keseluruhannya, program Brisswalk dan Senamrobik ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan produktif.

LAWATAN KERJA YBHG. KOMISIONER JENERAL PENJARA MALAYSIA DAN PEMANTAUAN OPERASI TAHFIZ AKADEMI AZ-ZAHRAHPUSAT KOREKSIONAL...
27/04/2026

LAWATAN KERJA YBHG. KOMISIONER JENERAL PENJARA MALAYSIA DAN PEMANTAUAN OPERASI TAHFIZ AKADEMI AZ-ZAHRAH
PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH, PERAK

Batu Gajah, Perak – Satu lawatan kerja rasmi oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak telah diadakan ke Pusat Koreksional Batu Gajah bagi tujuan pemantauan operasi serta perkembangan Tahfiz Akademi Az-Zahrah.

Lawatan ini turut disertai oleh TKJP Pengurusan, Zaidi Bin Hamid; Timbalan Pengarah Seksyen Vokasional dan Industri, TKP Hamid Bin Taha; Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Fayrouz Bin Haji Ahmad Zawawi, Timbalan Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling PKK Marzuki Azmi Bin Bidi serta wakil bahagian, PKK Harun Bin Awang dan Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal A/L Socklingam.

Sepanjang lawatan, YBhg. Dato’ Sri bersama delegasi telah meninjau secara langsung pelaksanaan program tahfiz yang dijalankan di Akademi Az-Zahrah, termasuk aspek pengurusan, modul pembelajaran serta penglibatan penghuni dalam program pembangunan sahsiah berteraskan pendidikan al-Quran.

Selain itu, satu sesi perbincangan turut diadakan yang memberi fokus kepada hala tuju Akademi Tahfiz Az-Zahrah pada masa hadapan. Perbincangan ini merangkumi usaha memperkukuh struktur program, penambahbaikan kurikulum serta memperluas impak program ke arah melahirkan penghuni yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Para pegawai turut bertukar pandangan dan idea dalam memastikan kelangsungan serta keberkesanan program tahfiz sebagai salah satu inisiatif pemulihan yang signifikan di institusi koreksional.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasakan program pemulihan berteraskan pendidikan dan kerohanian, selaras dengan aspirasi untuk membentuk penghuni yang insaf, berdisiplin dan mampu kembali ke masyarakat sebagai individu yang produktif.

KEJOHANAN GOLF MONTHLY MEDAL NORTHERN PRISONANJURAN PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAHBatu Gajah[25 APRIL 2026] – Pusat Koreks...
27/04/2026

KEJOHANAN GOLF MONTHLY MEDAL NORTHERN PRISON
ANJURAN PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

Batu Gajah[25 APRIL 2026] – Pusat Koreksional Batu Gajah telah menganjurkan Kejohanan Golf Monthly Medal Northern Prison yang berlangsung dengan jayanya di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah. Kejohanan ini menghimpunkan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia serta jemputan khas dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan.

Kejohanan ini telah disertai oleh YBhg. Ketua Pengarah Penjara, Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak serta Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan. Turut mengambil bahagian ialah TKJP Pengurusan, Zaidi Bin Hamid, Pengarah Penjara Negeri Zon Utara, Ketua-Ketua Institusi Zon Utara serta dif-dif jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan sekitar Batu Gajah.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Penjara Malaysia dengan agensi-agensi luar, khususnya di peringkat zon utara. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan melalui aktiviti riadah yang berfaedah.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen dalam setiap perlawanan. Suasana kejohanan yang harmoni dan mesra jelas mencerminkan semangat kebersamaan serta profesionalisme dalam kalangan semua yang terlibat. Pasukan Penjara Negeri Perak telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada kejohanan kali ini.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan jemputan yang telah menjayakan kejohanan ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif memperkukuh hubungan strategik serta kesejahteraan warga jabatan

14/04/2026
KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAHBATU GAJAH, 8 April...
14/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, 8 April 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah telah menerima satu kunjungan hormat rasmi daripada delegasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah pada jam 2.30 petang hari ini. Delegasi seramai 15 orang pegawai dan kakitangan tersebut telah diketuai oleh Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan. Ketibaan rombongan delegasi telah disambut secara rasmi oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal a/l Socklingam bersama barisan pegawai.

Pertemuan rasmi ini merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan hubungan antara kedua-dua buah agensi kerajaan. Sesi perjumpaan ini turut menyediakan platform yang kondusif bagi kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dua hala yang baharu. Perbincangan secara teliti telah memfokuskan kepada inisiatif perancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan belia yang lebih holistik, bertepatan dengan peranan kedua-dua institusi dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Pihak pengurusan Pusat Koreksional Batu Gajah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak APBM Batu Gajah atas kunjungan yang bermakna ini. Adalah menjadi harapan agar persefahaman dan sinergi yang terjalin pada hari ini akan terus diperkasa, seterusnya memberikan impak yang positif kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dan kesejahteraan komuniti setempat selaras dengan aspirasi gagasan Malaysia Madani.














PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 SERTA MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATPERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAHBatu Gajah, 9 April 2...
14/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 SERTA MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT
PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

Batu Gajah, 9 April 2026 – Perhimpunan Bulanan April 2026 serta Majlis Pemakaian Pangkat Peringkat Pusat Koreksional Batu Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Wisma Pegawai Penjara, Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal a/l Socklingam, dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Penguasa Penjara, pegawai-pegawai kanan serta seluruh warga kerja pusat tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kesempatan untuk berhimpun serta merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen tinggi dalam menjayakan setiap program dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian yang diraih perlu dijadikan pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi kerja dan kecemerlangan organisasi.

Majlis turut menyaksikan pemakaian pangkat kepada dua orang pegawai iaitu KIP Khairil Anuar Bin Abdul Aziz dan KIP Mohd Azlan Bin Ibrahim. Pengarah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah serta berharap kenaikan pangkat tersebut akan menjadi dorongan untuk meningkatkan mutu kerja, dedikasi serta profesionalisme dalam perkhidmatan.

Menurut beliau, perhimpunan bulanan bukan sahaja menjadi platform penyampaian amanat, malah berfungsi sebagai medium untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia khususnya di Pusat Koreksional Batu Gajah.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap warga jabatan memikul amanah besar dalam memastikan aspek keselamatan, pemulihan dan kesejahteraan penghuni sentiasa terpelihara. Justeru, setiap tugas perlu dilaksanakan berlandaskan integriti, disiplin tinggi serta pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar seluruh warga kerja sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan perubahan semasa, serta menjadikan pengalaman lalu sebagai panduan dalam membentuk perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Majlis berakhir dengan penuh tertib dan semangat kebersamaan, mencerminkan komitmen berterusan warga Pusat Koreksional Batu Gajah dalam memartabatkan imej jabatan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

*PROGRAM OUTREACH KOREKTIF AIDILFITRI PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*Selasa|07 APRIL 2026Program yang menjalinka...
08/04/2026

*PROGRAM OUTREACH KOREKTIF AIDILFITRI PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*

Selasa|07 APRIL 2026

Program yang menjalinkan hubungan antara penghuni dan keluarga bersama menyambut kemeriahan perayaan Aidilfitri.

Program Outreach Aidilfitri ini telah disertai 15 penghuni yang layak dan berkelakuan baik sepanjang tempoh pemenjaraan dimeriahkan ahli keluarga seramai 96 orang bertempat di Dataran wisma,Pusat Koreksional Batu Gajah.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S.Tanabal a/l Socklingam telah menyeru kepada semua ahli keluarga bahawa pemulihan merupakan proses tanggungjawb bersama dan menjadi nadi perubahan kearah pemangkin motivasi yang positif.

Majlis berjalan dengan penuh emosi perjumpaan keluarga Dan juga temuramah Dari media Alhijrah. Majlis selesai pada jam 12.00 tengahari dengan cemerlang.

MAJLIS PERSARAAN SARJAN MEJAR PENJARA HAJI ZULKIFLI BIN AHMADBatu Gajah, Perak – Satu majlis penuh penghormatan dan kena...
04/04/2026

MAJLIS PERSARAAN SARJAN MEJAR PENJARA HAJI ZULKIFLI BIN AHMAD

Batu Gajah, Perak – Satu majlis penuh penghormatan dan kenangan telah diadakan bagi meraikan persaraan Sarjan Mejar Penjara Haji Zulkifli bin Ahmad di Pusat Koreksional Batu Gajah. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah PKP S.Tanabal A/L Socklingam, pegawai-pegawai kanan serta rakan sekerja sebagai tanda penghargaan atas jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan.
Sarjan Mejar Haji Zulkifli menamatkan perkhidmatannya selepas mencurahkan bakti selama 39 tahun dalam Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin tinggi serta kepimpinan yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam ucapan penghargaan, wakil pengurusan menyifatkan beliau sebagai seorang pegawai yang berdedikasi, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada pegawai-pegawai muda. Sumbangan beliau dalam memperkukuhkan sistem pemulihan dan pengurusan penghuni penjara amat dihargai dan akan terus dikenang.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian cenderamata serta ucapan balas daripada SM Haji Zulkifli. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan sepanjang kerjayanya.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan sebagai simbol penghargaan serta kenangan terakhir sebelum beliau melangkah ke alam persaraan. Semoga jasa dan pengorbanan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.

*Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Batu Gajah Kali Ke-39*Tarikh : 4 April 2026 (Sabtu) Masa : 10.00 pag...
04/04/2026

*Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Batu Gajah Kali Ke-39*

Tarikh : 4 April 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Wisma PK Batu Gajah

Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Batu Gajah Kali Ke-39 telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Penaung PERSIAP PKBG PKP S. Tanabal a/l Socklingam dan dipengerusikan oleh Pn Nida Ragni a/p Muniandy dengan kehadiran 54 ahli.

Penaung PERSIAP PK Batu Gajah PKP S.Tanabal a/l Socklingam berharap lebih ramai ahli PERSIAP dapat bergiat aktif dalam aktiviti dirancang pada 2026/2028. Selain itu, Penaung juga mengingatkan agar mengamalkan langkah berjimat cermat dalam menghadapi kesan krisis di Timur Tengah dalam mengurus ekonomi harian.

Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat ke-38 dan pembubaran AJK 2024/2026.
Pengerusi PERSIAP PK Batu Gajah Pn Nida Ragni a/p Muniandy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK 2024/2026 yang telah menjayakan aktiviti dengan cemerlang sepanjang 2024/2026 seterusnya berharap barisan AJK baru yang dilantik dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.

Mesyuarat Agung Kali Ke-39 ini diserikan lagi dengan cabutan bertuah dan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada AJK PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Batu Gajah 2024/2026.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.15 tengahari.

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK DARIPADA PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH KE ATAS AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APB...
04/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK DARIPADA PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH KE ATAS AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH BAGI CADANGAN TAPAK PERKHEMAHAN KADET KOREKSIONAL PERINGKAT PENJARA NEGERI PERAK

TRONOH, 2 APRIL 2026 – Delegasi rasmi Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG) yang diketuai oleh Yang Dihormati (YDH) PKP S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat dan lawatan tapak ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.

Ketibaan delegasi PKBG telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan. Agenda utama perbincangan dua hala dan tinjauan fizikal ini diatur khusus bagi menilai kesesuaian fasiliti serta kemudahan logistik di APBM, yang dicadangkan sebagai lokasi rasmi penganjuran Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Penjara Negeri Perak Tahun 2026.

Semasa sesi pertemuan tersebut, YDH PKP S. Tanabal berserta delegasi turut diberikan taklimat penerangan yang komprehensif oleh Tuan Vijayan Kumar berhubung pengenalan, peranan, serta kapasiti APBM sebagai sebuah institusi pembangunan belia yang serba lengkap. Rombongan PKBG juga telah dibawa meninjau kawasan padang, asrama, dan kemudahan infrastruktur lain bagi memastikan ia menepati piawaian keselamatan dan keselesaan yang diperlukan untuk menampung lebih 200 orang peserta kadet kelak.

Pusat Koreksional Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan APBM Batu Gajah atas sokongan padu dan kesudian menerima kunjungan ini. Inisiatif lawatan ini diyakini bakal menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik (smart partnership) silang agensi yang lebih erat dalam merintis pembangunan sahsiah generasi muda yang cemerlang.

"Syawal kembali menjelma, membawa sinar kegembiraan. 🌟Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat kita sekeluarga. Be...
20/03/2026

"Syawal kembali menjelma, membawa sinar kegembiraan. 🌟

Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat kita sekeluarga. Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung! 🚗💨

Ikhlas daripada Pengarah dan warga Pusat Koreksional Batu Gajah.

Address

Jalan Brewster
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053632255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Koreksional Batu Gajah:

Share