Parti Amanah Negara - Batu Gajah

Parti Amanah Negara - Batu Gajah Parti Amanah Negara (Amanah)
Kawasan Batu Gajah Perak Darul Ridzuan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam,  khususnya di kawasan Batu Gajah dan seki...
21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam,
khususnya di kawasan Batu Gajah dan sekitarnya.

Maafkan segala khilaf dan kesalahan,
dan mari kita mulakan lembaran baru dengan
hati yang bersih dan jiwa yang tulus.

Semoga Aidilfitri ini mengeratkan ukhuwah,
memperkukuh perpaduan serta membawa
keberkatan kepada kita semua.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Taqabal ya Kareem.
Semoga kita selalu bersama dalam kebaikan.
Maaf Zahir & Batin.

Minal Aidin Wal Faizin.
Tulus & Ikhlas dari Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Batu Gajah.

Selamat Hari NatalSemoga sambutan pada tahun ini membawa penuh kegembiraan, kedamaian dan keberkatan buat anda sekeluarg...
25/12/2025

Selamat Hari Natal
Semoga sambutan pada tahun ini membawa penuh kegembiraan, kedamaian dan keberkatan buat anda sekeluarga.
Moga kasih sayang, keharmonian dan semangat perpaduan sentiasa mengiringi kita semua.

Merry Christmas & Happy Holidays!

Tulus dan Ikhlas daripada Jawatankuasa
Pimpinan AMANAH Kawasan Batu Gajah.

Aidiladha bukan sekadar hari untuk berkorban, tetapi hari untuk merenung erti ketaatan.Semoga kita dapat meneladani keta...
06/06/2025

Aidiladha bukan sekadar hari untuk berkorban,
tetapi hari untuk merenung erti ketaatan.

Semoga kita dapat meneladani ketaatan Nabi Ibrahim A.S. dan keikhlasan Nabi Ismail A.S. dalam menyahut seruan Ilahi. Semoga setiap pengorbanan hari ini, saksi cinta kita pada illahi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2025.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Maaf zahir dan batin.
Salam Aidiladha.

Tulus dan Ikhlas daripada Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Batu Gajah.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku serta menganugerahkan kesihatan, kesejahteraan, dan kekuatan dalam memayungi negara dan rakyat.

Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku .

SELAMAT HARI PEKERJA 2025Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025 Kepada seluruh warga negara Malaysia.“Pekerja Kesuma Bangsa...
01/05/2025

SELAMAT HARI PEKERJA 2025
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025 Kepada seluruh warga negara Malaysia.

“Pekerja Kesuma Bangsa”

Ikhlas dari kami Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Batu Gajah.

30/04/2025

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
30 April 2025

PRK TAMAT, PEMUDA AMANAH PERAK SERU JABATAN M***I PERAK SIASAT ISU TAULIAH

Pemuda AMANAH Negeri Perak menghormati dan menjunjung tinggi institusi agama di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, selaku Ketua Agama Islam Negeri. Sehubungan itu, kami menyeru agar Jabatan M***i Negeri Perak segera menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan berhubung proses mendapatkan tauliah mengajar agama, termasuk membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini.

Kini setelah PRK selesai, sudah tiba masanya semua dakwaan ini disiasat dengan teliti dan berintegriti. Ini penting bagi memastikan tauliah mengajar agama terus kekal sebagai satu amanah suci yang dihormati, bukan disalahgunakan untuk kepentingan politik.

Berdasarkan semakan kami terhadap senarai individu yang memegang tauliah, terdapat lebih daripada 10 orang yang dikenal pasti memegang jawatan dalam parti politik, sedangkan syarat tauliah sedia ada menetapkan larangan ke atas pemegang jawatan politik. Kami bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agama, termasuk menyerahkan maklumat berkaitan untuk membantu siasatan.

Pemuda AMANAH Perak menyokong penuh ketegasan D.Y.M.M. Sultan Perak yang sentiasa mengingatkan semua pihak agar menjaga kesucian institusi agama daripada dipolitikkan. Kami menyeru agar siasatan ini dilaksanakan secara adil, telus dan profesional demi memelihara maruah institusi agama dan menjunjung kedaulatan Raja Pemerintah.

Tauliah adalah amanah yang tidak boleh dipermainkan. Ia bukan sekadar kebenaran mengajar, tetapi melambangkan penghormatan kepada agama dan titah Tuanku. Pemuda AMANAH Perak tetap komited untuk terus bersama memperkasakan integriti dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua
Pemuda AMANAH Negeri Perak

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga setiap langkah kita di hari yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembira...
31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga setiap langkah kita di hari yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan
yang tak terhingga.

Marilah kita bersyukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani bulan Ramadan dengan penuh pengabdian.

Maafkan segala khilaf dan kesalahan, dan mari kita mulakan lembaran baru dengan hati yang bersih dan jiwa yang tulus.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum,
Taqabal ya Kareem.
Minal Aidil Wal Faizin

Maaf Zahir & Batin.
Tulus Dan Ikhlas dari Jawatankuasa Pimpinan
AMANAH Kawasan Batu Gajah .

Program Shopping Raya. 18 Mac 2025. Jawatankuasa Pimpinan AMANAH kawasan Batu Gajah bersama NGO Persatuan Kebajikan Berw...
18/03/2025

Program Shopping Raya.
18 Mac 2025.
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH kawasan Batu Gajah bersama NGO Persatuan Kebajikan Berwawasan Batu Gajah mengadakan Program Shopping Raya yang diadakan di Pasar Raya Mydin Meru.

Seramai 40 keluarga yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan tajaan kelengkapan pakaian baju raya bagi perayaan aidilfitri yang akan menjelma . Keluarga-keluarga yang telah dipilih adalah dari masyarakat yang tinggal sekitar kawasan Batu Gajah.

Sumbangan ini telah ditaja oleh seseorang penyumbang yang ingin berinfak untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan menjelang hari perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Terima kasih kepada yang menyumbang!
Semoga menjadi asbab kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Aminn





Alhamdulillah, sekali lagi diberikan nikmat bertemu didalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat menunaikan ibadah pua...
01/03/2025

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan nikmat bertemu didalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan kepada seluruh umat islam.
Manfaatkan bulan yang mulia ini dengan amal kebaikan, kerana ganjarannya berlipat kali ganda.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya dan menjadikan Al-Quran sebagai sahabat setia sepanjang hayat."

Tulus dan Ikhlas Daripada :
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Batu Gajah.

22/02/2025
Pagi ini Jawatankuasa Pimpinan Amanah Kawasan Batu Gajah serta YB Tan Kar Hing untuk membuat serahan tunai sempena Progr...
16/02/2025

Pagi ini Jawatankuasa Pimpinan Amanah Kawasan Batu Gajah serta YB Tan Kar Hing untuk membuat serahan tunai sempena Program Back To School di Kampung Ara Payong.

Sumbangan serahan tunai ini telah disampaikan oleh
YB Tan Kar Hing kepada 47 Orang penerima sekitar DUN Sungai Rapat dan Parlimen Gopeng.

Program Serahan Tunai Back To School ini bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan ia dapat membantu meningkatkan motivasi dan menceriakan murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menjalani sesi persekolahan akan datang.

Terima Kasih diucapkan kepada YB Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng , diatas sumbangan untuk
menjayakan Program Back To School ini.







12/02/2025

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK

*FOKUS KEPADA ISU RAKYAT, BUKAN CADANGAN YANG BOLEH CETUS KETEGANGAN*

Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius cadangan YB Chow Yu Hui untuk memisahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua bahagian berasingan. Walaupun cadangan ini mungkin dibuat dengan niat baik, namun ia boleh menimbulkan keresahan dan mudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita sudah mempunyai Kementerian Perpaduan Negara yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal perpaduan termasuk isu-isu berkaitan masyarakat berbilang kaum dan agama. Justeru, cadangan untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama ini seolah-olah tidak mengambil kira struktur pentadbiran sedia ada yang telah terbukti berkesan dalam mengurus kepelbagaian agama di Malaysia.

Dalam suasana politik semasa yang masih sensitif dengan isu-isu perkauman dan agama, sebarang cadangan yang melibatkan struktur pentadbiran hal ehwal agama perlu dibuat dengan lebih berhati-hati. Kita tidak mahu perkara yang sepatutnya dibincang secara harmoni menjadi modal untuk pihak tertentu mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Sebagai ahli politik yang matang, kita perlu lebih bijak memilih isu yang hendak dibangkitkan dalam Dewan Rakyat. Elakkan dari membuat cadangan yang boleh disalahertikan dan dimanipulasi untuk kepentingan politik sempit sesetengah pihak. Sebaliknya, fokus kepada isu-isu yang lebih mendesak seperti ekonomi dan kebajikan rakyat.

*AHMAD MUNZIRIE AHMAD KABIR*
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Negeri Perak

Address

Batu Gajah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Amanah Negara - Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Amanah Negara - Batu Gajah:

Share