PAS Cawangan Kg Changkat

PAS Cawangan Kg Changkat PAS Cawangan Kg Changkat

06/02/2026
20/10/2025

SANAH HELWAH TUAN GURU PRESIDEN

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Murabbi Ummah, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang dikasihi.

Moga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru kesihatan yang baik, usia yang diberkati dan kekuatan untuk terus memimpin umat dengan ilmu serta kebijaksanaan.

Moga Tuan Guru terus mrnjadi permata berharga untuk ummah dan terus teguh memperjuangkan Islam di bumi Malaysia.

اللهم بارك له في عمره، واحفظه بحفظك، ووفقه لما تحب وترضى.

Ya Allah, berkatilah umurnya, peliharalah dirinya, dan bimbinglah dia ke arah apa yang Engkau cintai dan redai.

17/10/2025

Kepada mereka yang berkata, "Jangan Hms lebih daripada Hms."

Yahya S1nwar ada satu ungkapan yang ikonik, sesuai dijadikan jawaban.

"خاوة رغم عنفه"

Yang boleh diertikan, "Lantak andalah nak ke tak nak, aku akan buat juga."

Pastikan anda antara mereka yang berarak pada 24 Oktober ini, daripada Menara TH ke Kedutaan US

10/10/2025

Kenyataan Media
Genjatan Senjata di Gaza: Kemenangan Moral Buat Hamas dan Perjuangan Di Bumi Gaza.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan bahawa perjanjian genjatan senjata di bumi Gaza ketika ini merupakan suatu kemenangan moral kepada perjuangan Hamas dan umat Islam di sana. Ia memberikan petanda awal yang menggambarkan kekalahan besar kepada kelangsungan serangan rejim Zionis yang melakukan genosid ke atas penduduk Gaza.

Perjanjian yang dimeterai antara Hamas dan Israel muncul daripada keperluan mendesak untuk meredakan konflik berpanjangan di Gaza. Genosid ini telah meragut ribuan nyawa, memusnahkan infrastruktur asas, dan melemparkan rakyat Palestin ke dalam krisis kemanusiaan yang parah.

Tekanan antarabangsa, desakan negara dunia serta inisiatif masyarakat dunia mengangkat nama Palestin telah menundukkan rejim Zionis yang disokong kuat oleh sekutunya, Amerika Syarikat (AS). Suara masyarakat dunia yang memberikan dukungan terhadap perjuangan Palestin kini tidak lagi boleh dipandang enteng, bahkan rejim Zionis juga berdepan dengan tekanan hebat oleh rakyatnya sendiri.

Fasa pertama yang dipersetujui dijangka memberi sedikit ruang kelegaan. Ia dapat mengurangkan penderitaan rakyat awam dengan membolehkan bantuan kemanusiaan masuk dan mengurangkan tahap keganasan. Ia juga membuka ruang diplomasi yang lebih luas untuk membincangkan isu-isu besar seperti pentadbiran Gaza, keselamatan serantau dan hak-hak politik rakyat Palestin.

Namun, cabaran besar masih ada, termasuk soal kepercayaan, pemantauan dan jaminan keberkesanan jangka panjang. Hamas menegaskan bahawa penglibatan dalam perjanjian ini adalah langkah taktikal untuk melindungi rakyat Palestin daripada kerosakan yang lebih besar. Ia tidak sekali-kali bererti mengiktiraf Israel atau melupakan sejarah panjang kezaliman dan jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Hamas sedar bahawa Israel berulang kali mengkhianati perjanjian pada masa lalu. Oleh itu, penyertaan dalam rundingan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pengiktirafan kewujudan negara haram Israel, sebaliknya ia adalah strategi sementara demi memberi ruang rakyat Gaza bernafas dan terus bertahan.

DUPP ingin menegaskan bahawa dunia Islam sepatutnya bersatu mendukung perjuangan Hamas dengan mendesak kemerdekaan sepenuhnya buat Palestin, bukan sebaliknya tunduk kepada desakan pelan damai yang menguntungkan rejim Zionis dan sekutunya, AS.

Malah, seharusnya kesatuan dalam kalangan negara umat Islam ini diperkukuh dengan desakan agar rejim Zionis serta para pemimpinnya menerima hukuman yang setimpal daripada mahkamah antarabangsa ICC mahupun ICJ selepas tindakan genosid dan jenayah perang yang dihadapkan ke atas penduduk Gaza.

Harus diingatkan bahawa kebangkitan dan perjuangan ini tidak akan berakhir selagi dunia Islam tidak bersatu memastikan Palestin dimerdekakan daripada cengkaman rejim Zionis.

Sekian.

YB Ustaz Dato' Haji Mohd Nor bin Hamzah,
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

10 Oktober 2025 Miladi bersamaan 18 Rabiulakhir 1447 Hijri

Gambar : New York Times

🌙 *Ceramah Selamatkan Malaysia*📌 _Pra Himpunan Tolak URA_Bangkit demi agama, bangsa dan tanah air! Sertai suara rakyat y...
27/09/2025

🌙 *Ceramah Selamatkan Malaysia*
📌 _Pra Himpunan Tolak URA_

Bangkit demi agama, bangsa dan tanah air! Sertai suara rakyat yang menolak kezaliman undang-undang yang bakal merampas hak milik kita. Inilah masanya kita bersatu, berdiri teguh, dan menegakkan kebenaran.

🎙 Barisan Penceramah
• *Ustaz Sukri Omar* (Ketua Pemuda PAS Selangor)
• *Rafique Rashid Ali* (Peguam Rakyat)
• *YB Hilman Idham* (ADN Gombak Setia)
• *Ustaz Dr Saleh Huddin Mohd Nasir* (YDP PAS Kawasan Gombak)

📅 Tarikh: Sabtu, *27 September 2025*
🕤 Masa: 9.30 malam – 11.45 malam
📍 Lokasi: Lot 1690-14, Jalan Dato Hj Mohd Sidin, Kg Changkat

https://maps.app.goo.gl/ca5ctgxTZxBKQDKL9?g_st=aw

🚩 Hadirkan diri, sebarkan mesej perjuangan, dan jadi sebahagian daripada sejarah penentangan rakyat demi menyelamatkan Malaysia!

Address

Kampung Changkat
Batu Caves

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Kg Changkat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share