Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih SK Taman Selasih, Batu Caves Selangor. BBA7221 | TS25 Kohort 6
Merealisasikan Impian & Harapan

Majlis penyampaian hadiah bagi acara akhir lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah berlangsung dengan lancar ...
01/05/2026

Majlis penyampaian hadiah bagi acara akhir lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Para pemenang diraikan atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha dan dedikasi yang tinggi. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit serta mempamerkan semangat kesukanan yang terpuji.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Acara tarik tali sempena Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya, diiringi sorakan gemuruh daripada ...
01/05/2026

Acara tarik tali sempena Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya, diiringi sorakan gemuruh daripada para murid dan guru. Semua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang amat membanggakan.

Berdasarkan keputusan peringkat separuh akhir, perlawanan akhir bagi kategori lelaki akan menyaksikan persaingan antara Rumah Bendahara dan Rumah Bentara. Manakala bagi kategori perempuan, Rumah Bendahara akan bertemu Rumah Laksamana pada hari kejohanan nanti.

Semoga semua pasukan terus bersemangat dan memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan akhir kelak.

Tahniah Pasukan Tenis SK Taman Selasih! 🎾Pasukan tenis sekolah telah menyertai Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2026 yang ber...
27/04/2026

Tahniah Pasukan Tenis SK Taman Selasih! 🎾

Pasukan tenis sekolah telah menyertai Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2026 yang berlangsung pada 13–16 April 2026 di INTAN Bukit Kiara dan berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan.

Penerima & pencapaian:
β€’ Adam Wafiq bin Musa Al Karim – Lelaki Bawah 8 Tahun (Emas) πŸ₯‡
β€’ Muhammad Iman Syamil bin Izuan Hon – Lelaki Bawah 12 Tahun (Gangsa) πŸ₯‰
β€’ Aisyah Humaira binti Musa Al Karim – Perempuan Bawah 12 Tahun (Emas) πŸ₯‡

Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas kejayaan ini!

Tahniah Team Sekaseh Archery! 🎯Pada 20–24 April, pasukan memanah SK Taman Selasih telah menyertai MSSD Gombak di SMK Gom...
27/04/2026

Tahniah Team Sekaseh Archery! 🎯

Pada 20–24 April, pasukan memanah SK Taman Selasih telah menyertai MSSD Gombak di SMK Gombak Setia dengan pencapaian yang membanggakan.

🌟 Johan Keseluruhan Individu Lelaki:
Arif Arsyad (6 Ikhlas) – layak ke MSSS

Penerima & pencapaian:
β€’ Arif Arsyad Bin Abdul Rahman (6 Ikhlas)
Emas (Individu Keseluruhan), Emas (25m), Perak (40m), Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Individu), Gangsa (Olimpik Berpasukan), Gangsa (Mixed Team)

β€’ Aydid Muezz Bin Ahmad Zuhril (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

β€’ Aydin Faheem Bin Fakrulradhi (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

β€’ Muhammad Aliff Ziyad Bin Mohd Azhar (4 Sabar)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

β€’ Hana Nurjanah Binti Herman (5 Harmoni)
Gangsa (Mixed Team)

Syabas dan tahniah kepada semua pemanah. Semoga terus cemerlang! πŸ’ͺ

Tarikh-tarikh penting bagi murid Tahap 2 SK Taman Selasih sebelum tiba Hari Kejohanan Olahraga Tahunan pada 9 Mei 2026 (...
20/04/2026

Tarikh-tarikh penting bagi murid Tahap 2 SK Taman Selasih sebelum tiba Hari Kejohanan Olahraga Tahunan pada 9 Mei 2026 (Sabtu).

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Selasih atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Al-Quran & Kesenian Peringk...
17/04/2026

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Selasih atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Al-Quran & Kesenian Peringkat Daerah Gombak πŸŽ‰

πŸ† Johan Khat (Lelaki & Perempuan)
Raja Muhammad (6 Harmoni)
Az-Zahra Aisyah Khawlah (5 Lestari)

πŸ₯‰ Tempat Ke-3 Tilawah (Lelaki)
Nik Ahmad Darius Mirza (6 Setia)

πŸ… Tempat Ke-4 Hafazan (Lelaki)
Muhamad Hariz Ihsan (6 Setia)

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru serta sokongan semua pihak. Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SEKASEH πŸ’ͺ✨

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Selasih Sesi 2026/2027Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua barisa...
30/03/2026

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Selasih Sesi 2026/2027

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SK Taman Selasih.

- UMD SKTS 2026 -

MAKLUMAN CUTISempena Hari Raya Aidilfitri- 18 - 29 Mac 2026 (Termasuk Cuti Tambahan KPM)- Kembali ke sekolah pada 30 Mac...
11/03/2026

MAKLUMAN CUTI
Sempena Hari Raya Aidilfitri

- 18 - 29 Mac 2026 (Termasuk Cuti Tambahan KPM)
- Kembali ke sekolah pada 30 Mac 2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SELASIH KALI KE-35Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Pelbagai hadiah cabutan bertuah ...
11/03/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SELASIH KALI KE-35

Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti kehadiran anda.

Jika anda berminat untuk hadir, jemput isi form di bawah: https://forms.gle/pJJiRaQK5eTXCq5U6

Terima kasih atas kerjasama semua.

MAKLUMAN CUTISempena Tahun Baru Cina- 16 - 20 Februari 2026- Kembali ke sekolah pada 23 Februari 2026
11/02/2026

MAKLUMAN CUTI
Sempena Tahun Baru Cina

- 16 - 20 Februari 2026
- Kembali ke sekolah pada 23 Februari 2026

Drone view Kejohanan Road Run SK Taman Selasih 2026 yang telah dijalankan hari Jumaat lepas.https://vt.tiktok.com/ZSmJpY...
09/02/2026

Drone view Kejohanan Road Run SK Taman Selasih 2026 yang telah dijalankan hari Jumaat lepas.

https://vt.tiktok.com/ZSmJpYqct/

Kejohanan Road Run SK Taman Selasih 2026.

Address

Taman Selasih Fasa 2
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

0361880307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Selasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share