Polis Daerah Gombak

Polis Daerah Gombak Ibu pejabat Polis Daerah Gombak :-

No. Tel : 03-61262222
Fax: 03-61369408
Hotline: 03-61262241

Balai Polis Selayang :- 03-61376222
Balai Polis Rawang :- 03-60916222
Balai Polis Gombak :- 03-61895222
Balai Polis Desa Jaya :- 03-62762222
Balai Polis Kundang :- 03-60341222
Balai Polis Batu Arang :- 03-60352222
Balai Polis Batu Caves :- 03-61852222
Balai Polis Country Homes :- 03-60934785
Balai Polis Tasik Puteri :- 03-60343578

15/06/2026

VIDEO PILIHAN: KPN BERSAMA KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN SILAT PIALA KPN 2026

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN) merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Silat Piala KPN Tahun 2026 yang berlangsung di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan pada 14 Jun 2026.

Perlawanan akhir Silat Olahraga kategori lelaki dan wanita dengan aksi penuh bertenaga serta semangat juang tinggi para pesilat itu mencuri perhatian penonton apabila Konstabel Mohamad Hafiz Halim dari Kontinjen Bukit Aman muncul juara kategori Tanding Putra I (85-90kg), manakala kategori Tanding Putri B (50-55kg) dimenangi oleh Konstabel Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi dari Kontinjen Negeri Sembilan.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQCmh8D7/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

15/06/2026

LIVE: MAJLIS PELANCARAN PERANGI "SCAM": DUA PASUKAN, SATU MATLAMAT

Kini sedang berlangsungnya Majlis Pelancaran Perangi "Scam": Dua Pasukan, Satu Matlamat yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bertempat di Grand Ballroom, Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.






#15062026

๐Ÿšจ ๐€๐–๐€๐’! ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐” ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐€๐‘๐ŸšจโŒ Jangan sekali-kali kongsikan -๐Ÿ”‘ Maklumat kewangan๐Ÿ”’ Nombor PIN๐Ÿ“ฒ TAC / OTPโš ๏ธ Inga...
14/06/2026

๐Ÿšจ ๐€๐–๐€๐’! ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐” ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐€๐‘๐Ÿšจ

โŒ Jangan sekali-kali kongsikan -
๐Ÿ”‘ Maklumat kewangan
๐Ÿ”’ Nombor PIN
๐Ÿ“ฒ TAC / OTP

โš ๏ธ Ingat!
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Pihak Polis
๐Ÿฆ Bank
โš–๏ธ Mahkamah

โžก๏ธ TIDAK PERNAH meminta maklumat peribadi anda melalui telefon atau mesej.

๐Ÿ’ก Lindungi diri & keluarga โ€“ jangan jadi mangsa scammer!








GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT IPD GOMBAKGombak, 14 Jun 2026 (Ahad) - Aktiviti Gotong Royong Perdana Peringkat IPD Gomb...
14/06/2026

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT IPD GOMBAK

Gombak, 14 Jun 2026 (Ahad) - Aktiviti Gotong Royong Perdana Peringkat IPD Gombak telah diadakan di sekitar kuaters kediaman IPD Gombak. Taklimat Gotong Royong Perdana telah disampaikan oleh DSP Noor Azlin binti Hj Yaakob, Ketua Bahagian Pengurusan Gombak di perkarangan Surau IPD Gombak.

Tujuan Gotong Royong Perdana ini diadakan adalah untuk membersihkan keseluruhan kawasan kuaters kediaman yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes agar dapat menjadikan persekitaran perumahan IPD Gombak dalam keadaan terjaga, bersih dan kondusif. Selain itu, aktiviti sebegini dapat memupuk semangat kerjasama dan amalan menjaga kebersihan dikalangan warga kerja IPD Gombak.

Hadir sama, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.




๐Ÿšจ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐’๐‚๐€๐Œ | ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐ƒ๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐”๐! ๐ŸšจRamai masih tidak sedar bahawa tindakan seperti ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ค๐š๐ ๐€๐“๐Œ, ๐›๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ...
14/06/2026

๐Ÿšจ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐’๐‚๐€๐Œ | ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐ƒ๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐”๐! ๐Ÿšจ

Ramai masih tidak sedar bahawa tindakan seperti ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ค๐š๐ ๐€๐“๐Œ, ๐›๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐Ž๐“๐, atau ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐›๐š๐ง๐ค boleh menjadikan anda ๐Š๐„๐‹๐ƒ๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐”๐ kepada sindiket jenayah.

โš ๏ธ ๐ˆ๐๐†๐€๐“!
โŒ Jangan serahkan kad ATM dan PIN kepada sesiapa.
โŒ Jangan kongsi OTP, TAC atau kata laluan.
โŒ Jangan benarkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain.

๐Ÿ“Œ Akaun bank yang digunakan untuk aktiviti jenayah boleh menyebabkan anda:
๐Ÿš” ๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐๐†๐Š๐€๐ & ๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“
โš–๏ธ ๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡
โ›“๏ธ ๐ƒ๐ˆ๐‰๐€๐“๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐‡๐”๐Š๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ & ๐ƒ๐„๐๐ƒ๐€

๐Ÿ›ก๏ธ ๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐š๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐›๐š๐ง๐ค ๐š๐ง๐๐š. ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐š๐ฅ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐ฉ๐ฎ๐š๐ง.

๐Ÿ“– Sumber: JSJK Negeri Sembilan

#๐๐ƒ๐‘๐Œ
#๐‰๐’๐‰๐Š๐๐ƒ๐‘๐Œ
#๐‰๐’๐‰๐Š๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
#๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
#๐’๐œ๐š๐ฆ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ž๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ
#๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐‰๐š๐๐ข๐Š๐ž๐ฅ๐๐š๐ข๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง
#๐‚๐ž๐ ๐š๐ก๐‰๐ž๐ง๐š๐ฒ๐š๐ก๐’๐ข๐›๐ž๐ซ
#๐“๐š๐ค๐ž๐‡๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐๐ž๐ง๐ข๐ฉ๐ฎ๐š๐ง
#๐’๐š๐ฒ๐š๐ง๐ ๐ข๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง๐€๐ง๐๐š
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข

 KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARTA SEGERA BAHAN BAHARU SINTETIK - MDNJohor Bahru, 14 Jun 2026 - Pihak berkuasa dan agensi ka...
14/06/2026



KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARTA SEGERA BAHAN BAHARU SINTETIK - MDN

Johor Bahru, 14 Jun 2026 - Pihak berkuasa dan agensi kawal selia berdepan dengan cabaran untuk menyegerakan proses menyenaraikan bahan kimia berbahaya dijumpai dalam dadah sintetik ke dalam Jadual Akta Racun 1952 bagi memastikan tindakan perundangan dapat diambil tanpa sebarang kekangan.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu amat kritikal kerana kelewatan mewartakan bahan itu akan memberi implikasi langsung serta menjejaskan kelancaran kertas siasatan pihak polis.

"Apabila siasatan polis mendapati satu kes bermula daripada dadah sintetik, prosesnya dihantar ke Jabatan Kimia. Bila dikenal pasti elemen racun di situ dan tiba-tiba dalam senarai racun tak tersenarai, ia akan menyukarkan proses siasatan perundangan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

KADANG-KADANG HIDUP INI SEPERTI GULA PASIR... โ˜•Memberi manis kepada kopi, tetapi yang dipuji adalah kopinya.Apabila kopi...
14/06/2026

KADANG-KADANG HIDUP INI SEPERTI GULA PASIR... โ˜•

Memberi manis kepada kopi, tetapi yang dipuji adalah kopinya.

Apabila kopinya sedap, jarang orang menyebut tentang gula yang mencukupkan rasanya.

Namun apabila kopinya pahit, gula p**a yang dipersalahkan.

Begitulah kehidupan.

Ada insan yang sentiasa memberi, membantu dan berkorban dalam diam. Ketika semuanya berjalan baik, jasanya mungkin tidak disedari. Tetapi apabila berlaku sedikit kesilapan, dialah yang pertama dipersalahkan.

๐ŸŒฑ Jangan berhenti berbuat baik hanya kerana tidak dihargai.
๐ŸŒฑ Jangan kecewa apabila kebaikan tidak dipuji.
๐ŸŒฑ Jangan berubah hanya kerana manusia tidak memahami.

Kerana nilai sebuah kebaikan bukan terletak pada pujian manusia, tetapi pada keikhlasan hati dan penilaian Allah SWT.

โœจ Teruslah menjadi seperti gula... Walaupun tidak kelihatan, tetap memberi kemanisan kepada kehidupan orang lain.

"Keikhlasan adalah melakukan kebaikan walaupun tiada siapa yang menghargainya."

โ˜•๐Ÿค๐ŸŒฟ

PAMERAN KERJAYA SEMPENA KARNIVAL EDUFEST SMK SERI SELAYANG TAHUN 2026Gombak, 13 Jun 2026 (Sabtu) - Satu Pameran Kerjaya ...
13/06/2026

PAMERAN KERJAYA SEMPENA KARNIVAL EDUFEST SMK SERI SELAYANG TAHUN 2026

Gombak, 13 Jun 2026 (Sabtu) - Satu Pameran Kerjaya Sempena Karnival Edufest telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang.

Di dalam program tersebut, pihak IPD Gombak daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah mengadakan pameran aset kenderaan URB dan MPV bagi tujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan potensi diri. Bahagian Siasatan Jenayah Komersil turut berkesempatan mengadakan pameran anti scam serta mengedarkan risalah-risalah berkaitan jenayah scam.

Turut hadir, Pegawai Rendah Polis, Guru-guru dan pelajar SMK Seri Gombak.



๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฆ๐—–๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฐ (๐—”)๐Ÿ“ Dewan Komuniti Flat Pinggiran Batu Caves Fasa 1, Batu ...
13/06/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฆ๐—–๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฐ (๐—”)

๐Ÿ“ Dewan Komuniti Flat Pinggiran Batu Caves Fasa 1, Batu Caves
๐Ÿ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— 8.00 malam โ€“ 10.00 malam

Selayang โ€“ Pegawai dan anggota Balai Polis Selayang telah melaksanakan Program OSCAR โ€“ Polis Bersama Masyarakat bersama penduduk Sektor 4 (A) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak polis dan komuniti setempat bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan kawasan.

Program ini diketuai oleh Insp. Pavinar A/L Krishnamurthy (Ketua Polis Balai Selayang) bersama Insp. Prakash A/L Sithambaram (Pegawai OSCAR), pegawai serta anggota sektor yang terlibat. Turut hadir ialah wakil Jawatankuasa Pengurusan Bangunan (JMB) serta wakil-wakil penduduk dari kawasan Pinggiran Batu Caves, Taman Pinggiran Batu Caves, Taman Gemilang, Taman Desa Temenggung, Seri Temenggung, Taman Desa Indah, Taman Gombak Permai, Kampung Melayu Wira Damai, Kampung Bahtera, Pangsapuri Saujana Gombak, Kampung Melayu Seri Gombak dan Taman Bukit Permata.

Antara pengisian utama program ialah:

๐Ÿ”น Penerangan berkaitan Program OSCAR dan konsep โ€œPolis Bersama Masyarakatโ€.
๐Ÿ”น Pendedahan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi meningkatkan penglibatan komuniti dalam penyaluran maklumat keselamatan.
๐Ÿ”น Penekanan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
๐Ÿ”น Penerangan berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah serta isu keselamatan semasa oleh pihak polis.
๐Ÿ”น Sesi soal jawab dua hala antara pihak polis dan penduduk berhubung isu keselamatan setempat.

Dalam sesi dialog, penduduk telah membangkitkan beberapa isu yang menjadi kebimbangan komuniti antaranya kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di kawasan lampu isyarat Taman Pinggiran Batu Caves, kebanjiran warga asing, aktiviti pengedaran dadah di kawasan flat dan medan selera, kes kecurian kabel serta motosikal, kegiatan remaja menunggang motosikal dan basikal tanpa mematuhi peraturan keselamatan, isu simbah cat oleh ah long serta beberapa isu keselamatan lain yang memerlukan perhatian pihak berkuasa.

Pihak polis memaklumkan bahawa rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti bagi tujuan pencegahan jenayah. Penduduk juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dengan segera kepada pihak polis melalui talian DCC Gombak, anggota sektor atau aplikasi VSP bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan cepat dan berkesan.

๐Ÿค Wakil penduduk turut menzahirkan penghargaan kepada pihak polis kerana sentiasa turun padang mendengar aduan masyarakat serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuhkan hubungan antara polis dan komuniti.

Program berakhir dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan dalam suasana harmoni dan mendapat maklum balas positif daripada penduduk yang hadir.









Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category