03/03/2024
Ingin bercuti di Melaka? Jom ke Rumah Rehat MPS di Taman Tema Bayou Lagoon Park Resort yang merupakan sebuah resort menarik untuk percutian anda seisi keluarga.
Resort ini menawarkan penginapan apartment dua bilik yang lengkap dengan tempat riadah taman air yang ekselusif dan bersebelahan dengan Magic 3D Art Muzium Melaka, Muzium Kapal Selam, Freeport A’Famosa Outlet Village dan lain-lain lagi.
Resort ini juga berdekatan dengan Pusat Bandar Melaka iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dan hanya 5km daripada Melaka Mall.
Untuk info lanjut mengenai sebarang promosi, sila hubungi 03-61265914 atau layari http://www.mps.gov.my/ dan Rumah Rehat Bayou Lagoon Majlis Perbandaran Selayang di Facebook.