Dewan Muslimat PAS Gombak

Dewan Muslimat PAS Gombak Page rasmi Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DUN Gombak Setia, Sungai Tua dan Hulu Kelang)

Tahniah diucapkan kepada Puan Sarojinee Murugiah atas pelantikan sebagai AJK Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat sesi 202...
10/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Puan Sarojinee Murugiah atas pelantikan sebagai AJK Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat sesi 2026/2027.

Pelantikan ini sememangnya layak buat beliau atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan kepada PAS di peringkat kawasan, negeri dan pusat.

Beliau aktif mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan pendekatan yang mesra, harmoni dan penuh diplomasi.

Usaha beliau melalui DHPP juga berjaya menarik sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS, di samping membantu mendaftarkan ramai ahli baharu.

Kehadiran beliau menjadi jambatan yang merapatkan hubungan masyarakat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti majmuk.

Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam memikul amanah serta terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan perjuangan.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang bergelar ibu, bakal ibu, dan yang sentiasa memberi kasih seperti seorang i...
09/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang bergelar ibu, bakal ibu, dan yang sentiasa memberi kasih seperti seorang ibu 💐

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang, rezeki yang berkat dan kebahagiaan yang berpanjangan buat kalian semua 🤍

“Ya Allah, rahmatilah semua wanita yang telah banyak berkorban demi keluarga dan insan tersayang. Kurniakan mereka kekuatan, kesabaran, dan ganjaran syurga atas segala kebaikan yang dilakukan.” 🤲🏻

Ibu, cinta pertama, selamanya di hati.

Selamat Hari Ibu 🌷

Selamat Hari Pekerja 🤍💚  “العمل عبادة” Kerja itu ibadah.  Terima kasih kepada semua pekerja yang terus berbakti dengan p...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 🤍💚

“العمل عبادة”
Kerja itu ibadah.

Terima kasih kepada semua pekerja yang terus berbakti dengan penuh keikhlasan, integriti dan ketabahan demi keluarga, masyarakat dan negara.

Setiap usaha yang dilakukan dengan niat kerana Allah, pasti bernilai di sisi-Nya.

Kerja jujur, bakti mulia.
Masyarakat sejahtera, negara berkat.

Ikhlas daripada
Dewan Muslimat PAS Gombak

Selesai sudah satu debaran! Tahniah kepada semua adik-adik yang dah ambil result SPM semalam. 🥳Ingatlah, sekeping slip p...
01/04/2026

Selesai sudah satu debaran! Tahniah kepada semua adik-adik yang dah ambil result SPM semalam. 🥳

Ingatlah, sekeping slip peperiksaan itu tidak menentukan had potensi anda. Bagi yang cemerlang, teruskan terbang tinggi. Bagi yang keputusannya tidak seperti yang diharapkan, ini bukan penamat, tetapi peluang untuk anda bersinar dalam bidang yang berbeza.

Perjalanan masih jauh, teruskan melangkah dengan berani!

Ada yang dah rancang nak sambung mana? Share sikit kat komen!

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025 yang telah menerima keputusan peperiksaan pada hari ini. Apapun pencapaian yang an...
31/03/2026

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025 yang telah menerima keputusan peperiksaan pada hari ini.

Apapun pencapaian yang anda terima, ia menjadi inspirasi dan motivasi untuk melangkah dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Kepada ibu bapa, kalian adalah sumber semangat buat anak-anak.

Pengorbanan, nasihat dan doa ibu bapa adalah usaha paling besar bagi memastikan anak-anak menjadi insan berjaya.

Semoga ilmu yang dipelajari membuahkan amal yang berpanjangan dan menjadi bekalan menghadapi fasa mahasiswa dan kerjaya.

Selamat berjaya!

21/03/2026

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Saksikan video raya PAS Kawasan Gombak, SATU: Penyatuan Kita.


Al-Quran bukan sekadar untuk majlis rasmi atau hiasan rak, tetapi ia adalah 'manual' tertinggi dalam urusan pentadbiran ...
07/03/2026

Al-Quran bukan sekadar untuk majlis rasmi atau hiasan rak, tetapi ia adalah 'manual' tertinggi dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan. Jika kita mahu melihat perubahan pada umat, kita perlu kembali kepada prinsip amanah dan keadilan yang digariskan oleh wahyu.

Mari kita jadikan Nuzul Al-Quran tahun ini sebagai titik mula untuk mengangkat Al-Quran sebagai rujukan dalam keluarga, ekonomi, dan negara.

Nuzul Al-Quran mengingatkan umat Islam bahawa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah petunjuk untuk memimpin kehidupan manusia.

Al-Quran tidak diturunkan sekadar untuk dilagukan dengan merdu dalam majlis-majlis rasmi.

Ia adalah pedoman hidup, asas keadilan dan panduan membina tamadun manusia. Daripadanya lahir prinsip amanah, keadilan, integriti dan tanggungjawab.

Al-Quran membentuk manusia berakhlak, masyarakat yang sejahtera serta kepimpinan yang takut kepada Allah.

Kerana itu umat Islam perlu berani mengangkat Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dalam mengurus kehidupan.

Dalam keluarga, dalam masyarakat, dalam ekonomi dan juga dalam pentadbiran negara.

Masa depan umat tidak akan berubah selagi Al-Quran hanya berada di rak, dibaca tanpa diterjemah dalam tindakan.

Kita memerlukan kepimpinan yang menjadikan Al-Quran sebagai kompas pemerintahan. Memerintah dengan keadilan, memelihara amanah rakyat dan tunduk kepada hukum Allah.

Apabila Al-Quran diangkat sebagai panduan, masyarakat akan dipimpin menuju keadilan dan keberkatan.

Salam Nuzul Al-Quran.

Sedang berlangsung Majlis Iftar Perdana Dana Pilihanraya PAS Kawasan Gombak bersama YB Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan...
25/02/2026

Sedang berlangsung Majlis Iftar Perdana Dana Pilihanraya PAS Kawasan Gombak bersama YB Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS Malaysia di KUIZM, Taman Melewar.

Salam Ramadan 1447H | 2026 🌙Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan yang sangat istimewa buat kita semua. Rebutlah setiap...
18/02/2026

Salam Ramadan 1447H | 2026 🌙

Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan yang sangat istimewa buat kita semua. Rebutlah setiap hari di bulan Ramadan ini untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya dengan penuh keikhlasan, dan semoga dipermudahkan segala urusan Muslimin dan Muslimat sepanjang Ramadan ini.

Semoga bulan yang penuh barakah ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.

RAMADHAN KAREEM
ALLAHUAKRAM

Ucapan yang membakar semangat oleh YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Dr. Saleh Huddin Mohd Nasir, itu disambut penuh rasa ol...
14/02/2026

Ucapan yang membakar semangat oleh YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Dr. Saleh Huddin Mohd Nasir, itu disambut penuh rasa oleh Muslimat PAS Gombak.

Dengan hati yang yakin dan saf yang tersusun, Muslimat PAS Gombak bersedia menggerakkan tenaga dan kekuatan demi kemenangan PRU-16.





Suasana sekitar Himpunan Ribat & Rapat Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Gombak.
14/02/2026

Suasana sekitar Himpunan Ribat & Rapat Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Gombak.

Address

No 81A, Jalan SG 3/10, Pusat Bandar Seri Gombak
Batu Caves
68100

Telephone

+60361850272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Gombak:

Share