Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer - YB Anfaal Saari

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer - YB Anfaal Saari Pusat Khidmat Masyarakat YB Anfaal Saari bagi DUN N15 Taman Templer

50 TAHUN JUBLI EMAS KG MELAYU BATU 16, RAWANG ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemalam YB berkesempatan hadir memeriahkan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas...
17/09/2026

50 TAHUN JUBLI EMAS KG MELAYU BATU 16, RAWANG ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semalam YB berkesempatan hadir memeriahkan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Kampung Melayu Batu 16, Rawang yang berlangsung dalam suasana cukup meriah dan penuh semangat kebersamaan.

YB turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bola jaring serta cabutan bertuah.

Lebih bermakna, YB dapat meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk setempat, para peniaga serta pempamer yang turut memeriahkan sambutan.

Sambutan 50 tahun ini bukan sekadar meraikan sebuah perjalanan, tetapi menjadi ruang untuk kita terus memperkukuh silaturahim, menghargai komuniti dan meraikan kebersamaan.

Tahniah kepada JPKK Kg Melayu Batu 16 dalam menjayakan sambutan Jubli Emas Kampung Melayu Batu 16, Rawang! โค๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMalaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiMeluangkan masa bersama warga Bandar Baru Selay...
17/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Meluangkan masa bersama warga Bandar Baru Selayang 2B sempena sambutan Hari Malaysia 2026. YB turut hadir memberikan sokongan dan menyampaikan hadiah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Meriah suasananya apabila penduduk bersama-sama menyertai aktiviti seperti Fun Walk, pertandingan memasak, congkak, mewarna dan pelbagai acara lain. Yang penting, bukan sekadar menang atau kalah, tetapi peluang untuk berkumpul, berkenalan dan mengeratkan hubungan sesama jiran

Tahniah kepada KRT BBS2B, Ahli Majlis Zon 10, JPKK Mahkota Bendahara dan PeBS Zon 10 atas penganjuran program yang meriah dan dekat dengan komuniti.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kebersamaan terus mekar dalam komuniti kita.

Tidak terlambat untuk saya ucapkan, Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Explore Jelajah Kg Selayang Indah Sempena Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemalam, YB berkesempatan merasmikan majlis penutup Explore...
17/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Explore Jelajah Kg Selayang Indah Sempena Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semalam, YB berkesempatan merasmikan majlis penutup Explore Jelajah Kg Selayang Indah Sempena Hari Malaysia anjuran JPKK Kg Selayang Indah dengan kerjasama Ikram Selayang. YB turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah berjaya menyelesaikan cabaran jelajah dengan penuh semangat berpasukan. Tahniah kepada semua peserta, urusetia dan pihak penganjur yang menjayakan program ini ๐Ÿ†๐ŸŽ

Program seperti ini bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Hari Malaysia, malah menjadi ruang untuk kita mengenali komuniti, mengeratkan silaturahim dan meneroka keunikan Kampung Selayang Indah.

Semoga semangat kebersamaan seperti ini terus subur dalam komuniti kita.

Berita baik untuk warga emas dan OKU di Selangor. Kalau ada mak ayah, ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat, b...
16/09/2026

Berita baik untuk warga emas dan OKU di Selangor.

Kalau ada mak ayah, ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat, boleh maklumkan kepada mereka bahawa permohonan baharu Skim Mesra Selangor Tahun 2026 kini dibuka.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membuka permohonan Skim Mesra bermula 17 September 2026 (Khamis) pada jam 8:00 pagi.

Di mana, syarat kelayakan boleh dirujuk pada poster.

Yang diluluskan akan mula menerima manfaat baucar Jom Shopping pada tahun 2027.

๐Ÿ“ฒ Permohonan dibuat secara dalam talian melalui kod QR pada poster.

Kalau ada yang layak, jangan lupa kongsikan maklumat ini. Mana tahu, perkongsian kecil kita boleh bantu seseorang mendapatkan manfaat yang disediakan.

๐Ÿ“ž 011-5650 1160 (WhatsApp Chatbox)๏ฟฝ๐Ÿ“ง [email protected]

Bila dapat jemputan untuk bersama masyarakat Selayang, memang saya tak mahu lepaskan peluang.Meriah sungguh suasana Pest...
16/09/2026

Bila dapat jemputan untuk bersama masyarakat Selayang, memang saya tak mahu lepaskan peluang.

Meriah sungguh suasana Pesta Tanglung Parlimen Selayang tahun ini. Terima kasih YB William Leong dan Pejabat Ahli Parlimen Selayang atas jemputan. Seronok dapat bertemu, beramah mesra dan bersama masyarakat setempat berkumpul dalam suasana yang cukup meriah.

Berbeza latar belakang, budaya dan cara kita meraikan tetapi bila berkumpul bersama, kita tetap satu komuniti.

Bila musibah berlaku, yang tinggal bukan hanya kerosakan tapi juga kesan kepada keluarga yang menghadapinya.Sabtu lalu, ...
15/09/2026

Bila musibah berlaku, yang tinggal bukan hanya kerosakan tapi juga kesan kepada keluarga yang menghadapinya.

Sabtu lalu, saya datang menziarahi penduduk yang terkesan akibat kebakaran di Flat Dahlia A, Bandar Baru Selayang. Mendengar sendiri cerita mereka, kita tahu bukan mudah untuk kembali seperti biasa selepas kejadian sebegini. Saya turut hulurkan sedikit sumbangan untuk penyediaan sarapan dan makan tengah hari buat penduduk yang akan bergotong-royong membersihkan kawasan pada keesokan harinya.

Semoga urusan semua yang terlibat dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang. Sedikit yang kita bantu, mudah-mudahan dapat meringankan beban mereka. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿš—๐Ÿ›ต BENGKEL KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) ๐ŸฆบKhas buat pekerja Gig, P-Hailing & E-Hailing! ๐ŸŽฏAnda bekerja di jalan...
08/09/2026

๐Ÿš—๐Ÿ›ต BENGKEL KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) ๐Ÿฆบ

Khas buat pekerja Gig, P-Hailing & E-Hailing! ๐ŸŽฏ

Anda bekerja di jalan raya? Jom tingkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan, kesihatan serta hak sebagai pekerja gig.

Antara yang akan dipelajari:

โœ… Keselamatan di jalan raya
โœ…Kesihatan pekerja gig
โœ… Hak & kebajikan pekerja
โœ…Amalan kerja selamat

๐Ÿ“… 27 September 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Perpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak, Selayang

๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 35 peserta sahaja!
๐ŸŽ HADIAH MISTERI untuk peserta!
๐Ÿ’ฏ *Penyertaan adalah PERCUMA!*

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu dan pastikan anda bekerja dengan lebih selamat, sihat & terlindung.

๐Ÿ‘‰ DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/hy6SUv2BkcZYbQcF8

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: Mukmin โ€“ 017-274 9863

31/08/2026

Sebelum 31 Ogos melabuhkan tirai, sedikit bingkisan daripada Ambang Merdeka DUN Taman Templer 2026 yang diadakan buat julung kalinya.

Bila teringat kembali kenapa saya mula-mula memilih untuk masuk ke dunia politik, tidak lain tidak bukan kerana saya mahu menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik dan bergerak secara progresif ke arah membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Moga semangat perpaduan kita terus terbina. Elakkan benci-membenci, jangan mudah terpecah kerana perbezaan. Kita mungkin berbeza latar, bangsa dan budaya, tetapi kita tetap satu Malaysia.

Selamat Hari Kebangsaan. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AMBANG MERDEKA DUN TAMAN TEMPLER 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พProgram Ambang Merdeka DUN Taman Templer 2026 turut diserikan lagi dengan pel...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AMBANG MERDEKA DUN TAMAN TEMPLER 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program Ambang Merdeka DUN Taman Templer 2026 turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada murid PPKI SMK Selayang Bharu, murid SJKC Selayang Baru, komuniti Kg. Orang Asli, Batumalai Marathi Pillayar, BOMBA, Kumpulan DUKES, Shima, Mizie, Fauzi Aisunam serta barisan Bintang TGT iaitu Umar Hasfizal, Haqem Shafa, Ameer Hafiz, Nanad, Nadiah, Jaz, Judin dan Dira. ๐ŸŽคโœจ

๐Ÿ† KONTINJEN TERBAIK AMBANG MERDEKA 2026

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: Kontinjen JKP 10
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: Kontinjen JPKK Melayu Batu 16 Rawang
๐Ÿฅ‡ Johan: Penggerak Belia Selangor (PeBS) Zon 10 & 11

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada kesemua kontinjen yang telah memberikan komitmen serta semangat yang luar biasa! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program ini bukan sekadar tentang sambutan kemerdekaan. Ia tentang kita berkumpul sebagai satu komuniti, meraikan kepelbagaian dan menghidupkan semangat Malaysia MADANI.

Terima kasih kepada semua yang hadir, para peserta, sukarelawan, agensi kerajaan, komuniti setempat, penggiat seni dan semua pihak yang menjayakan program ini.

Ini Malaysia kita.
Ini semangat kita.
Ini Merdeka kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AMBANG MERDEKA DUN TAMAN TEMPLER 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, Program Ambang Merdeka DUN Taman Templer 2026 telah berlangsun...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AMBANG MERDEKA DUN TAMAN TEMPLER 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, Program Ambang Merdeka DUN Taman Templer 2026 telah berlangsung dengan jayanya! โค๏ธLebih membanggakan, seramai 380 peserta daripada 10 kontinjen telah menyertai perarakan Ambang Merdeka:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bandar Baru Selayang
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JKP 10 (termasuk JPKK Selayang Indah)
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JKP 11
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JPKK Selayang Baru
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JPKK Selayang Pandang
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JPKK Mahkota Bendahara
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JPKK Kg Melayu Batu 16 Rawang
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DUN Taman Templer
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pusat Wanita Berdaya (PWB), AWAN & Ketua Komuniti India (KKI)
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Penggerak Belia Selangor (PeBS) Zon 10 & 11

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir memeriahkan sambutan ini. Bukan sahaja semangatnya luar biasa, malah masing-masing turut tampil dengan pakaian bertemakan Merdeka yang cantik dan kreatif!






Address

No. 13 , Jalan 42, Selayang Baru
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+60361276080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer - YB Anfaal Saari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer - YB Anfaal Saari:

Shortcuts

Share