20/04/2026
LAPORAN AKTIVITI JKM GOMBAK
*1. TAJUK BERITA/AKTIVITI:*
- *1. SESI PERJUMPAAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH GOMBAK BERSAMA PENYELIA-PENYELIA PPDK DAERAH GOMBAK*
- *2. MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DI KENANG*
*2. Anjuran ๐
- Bahagian Orang Kurang Upaya & Warga Emas, PKMD Gombak
*3. TARIKH:*
- 15/04/2026 (RABU)
*4.* *TEMPAT:*-
๐ Bilik Mesyuarat Orkid PKMD Gombak
*5. LAPORAN RINGKAS:*
- Majlis Sesi Perjumpaan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak bersama Penyelia-penyelia PPDK Daerah Gombak serta Majlis Apresiasi & Jasamu Dikenang PPDK Daerah Gombak telah diadakan pada 15 April 2026 bermula jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
- Pn. Aien Khazira Binti Mohd Ghani, Pegawai Psikologi PKMD Gombak telah mempengerusikan Majlis ini.
- Program dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama 10 orang Penyelia PPDK Daerah Gombak dimana pengisiannya adalah ucapan aluan oleh Pn.Aien Khazira, kemudian diteruskan dengan Taklimat Pengurusan PPDK oleh Pn.Anizahwati selaku Penyelaras PPDK Daerah Gombak. Seterusnya Sesi Perbincangan & Soal Jawab, Hal-Hal Lain & Penutup. Sesi ini bermula jam 9.30 pg sehingga jam 11.50pg.
- Majlis Apresiasi & Jasamu Dikenang telah berlangsung pada jam 12.00pm sehingga jam 2.00 petang. Majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada 4 orang mantan Penyelia PPDK Daerah Gombak yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi iaitu Pn.Rosita, Pn.Faziah, Pn.Zahara dan Pn.Haslinawati. Pengisian majlis: Kata aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan oleh Pn.Anizahwati, Penyelaras PPDK Daerah Gombak, Ucapan oleh Pn.Aien Khazira, mewakili PKMD Gombak, diikuti tayangan montaj, ucapan mantan penyelia dan penyampaian sijil penghargaan serta cenderahati dan jamuan.
- Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar, teratur serta mencapai objektif yang diharapkan.
- Pegawai terlibat:
1. Puan Anizahwati binti Jamian
2. Encik Muhammad Shamsul Azlan bin Mohd Shukri
3. Puan Nur Adilah binti Ab Rahim
Disediakan oleh :
Bahagian WOKU, PKMDGOMBAK