Parti Bersatu Taman Batu Caves

Parti Bersatu Taman Batu Caves Page Rasmi Parti Bersatu Cawangan Taman Batu Caves Baru & Pusat Strategi Perikatan Nasional TBC.

Assalamualaikum. Berikut adalah amanat Tan Sri Presiden mengenai situasi politik semasa terutamanya berkaitan Parti Bers...
21/07/2026

Assalamualaikum. Berikut adalah amanat Tan Sri Presiden mengenai situasi politik semasa terutamanya berkaitan Parti Bersatu.

Teruskan Istiqamah Ahli Cawangan.

Assalamualaikum.Kenyataan terkini dari Tuan Presiden Bersatu Malaysia, merangkap Pengasas Perikatan Nasional. YAB Tan Sr...
11/06/2026

Assalamualaikum.

Kenyataan terkini dari Tuan Presiden Bersatu Malaysia, merangkap Pengasas Perikatan Nasional. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin .

-Terus Istiqamah-

Assalamualaikum.Setelah sekian lama berkerjasama, sudah saling kenal mengenali & tak sabar bersama menghadapi badai PRU ...
09/06/2026

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama berkerjasama, sudah saling kenal mengenali & tak sabar bersama menghadapi badai PRU laksana PRU15 lepas. Namun disebabkan keputusan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka berdukacita lah kami terpaksa menjadi saingan politik terhadap sahabat2 seperjuangan yg lainnya.

Tetapi, semangat kami Bersatu tidak pernah malap, malah makin membara apatahlagi ujian ini menjadikan kami berhati-hati dalam mengatur langkah politik yang seterusnya.

Bagi kami, ahli akar umbi, tetap berterima kasih diatas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh PAS selama perjuangan bersama kita. Kejujuran dan keikhlasan anda dalam menyempurnakan tugas dan amanah masih kekal mekar dalam ingatan dan akan kami gunakan sebagai pembakar semangat dlm menghadapi cabaran masa depan.

Dan, dengan nama Allah, semoga kita akan dapat berkerjasama di masa hadapan untuk Malaysia yang lebih bersih dan berintegriti. Insha Allah. Amin!

Roslan Shariman
Ketua - Bersatu Cawangan TBC Baru

Ahli-ahli Bersatu Cawangan TBC Baru

Assalamualaikum.Kenyataan Media Tuan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin | 9 Jun 2026Terus Istiqamah.
09/06/2026

Assalamualaikum.

Kenyataan Media Tuan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin | 9 Jun 2026

Terus Istiqamah.

Assalamualaikum. Terima kasih Dato' Seri Azmin Ali atas ingatan. Insha Allah kami Parti Bersatu Taman Batu Caves akan te...
04/06/2026

Assalamualaikum.
Terima kasih Dato' Seri Azmin Ali atas ingatan. Insha Allah kami Parti Bersatu Taman Batu Caves akan terus bersama, berkerja, berkhidmat, dan setia dengan Bersatu dan Dato' Seri dalam menghadapi cabaran Pilihan raya akan datang.

Moga dipermudahkan segala urusan kita nanti. Amin! 😊😊

Roslan Shariman
Ketua - Bersatu Cawangan TBC Baru

Mohd Hazwan Ismail
Naib Ketua - Bersatu Cawangan TBC Baru

Kesemua ahli-ahli Bersatu Cawangan TBC Baru

Wa'salam.



Selamat Bersidang kepada semua perwakilan Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan BERSATU di seluruh negara.

Ini adalah lambang kesetiaan, keberanian, dan kesatuan kita.

Berpaksikan tekad “Bersatu Melangkah Menyeru Islah, Umat Bersatu Negara Maju”, mari kita terus melangkah dengan penuh keyakinan tanpa rasa gentar.

Kita mahu melahirkan saf kepimpinan dan generasi muda yang tidak pernah gentar berdepan cabaran, sentiasa bersedia membawa agenda 'Islah' demi membina sebuah negara yang maju dan bersatu padu.

Perjuangan ini menuntut pengorbanan, dan marilah kita pastikan api perjuangan ini terus menyala di setiap ceruk cawangan dan akar umbi.

Kita datang dengan semangat juang, kita tekad membawa obor perubahan demi agama, bangsa, dan negara!

Assalamualaikum.Berikut adalah penjelasan jujur dan jawapan ikhlas daripada Kepimpinan Pusat Bersatu Malaysia tentang is...
24/05/2026

Assalamualaikum.

Berikut adalah penjelasan jujur dan jawapan ikhlas daripada Kepimpinan Pusat Bersatu Malaysia tentang isu-isu semasa yang terkini.


Assalamualaikum.Parti Bersatu Taman Batu Caves , yang diketuai oleh Tuan Roslan Shariman, mengucapkan setinggi-tinggi ta...
18/05/2026

Assalamualaikum.

Parti Bersatu Taman Batu Caves , yang diketuai oleh Tuan Roslan Shariman, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri Azmin Ali diatas perlantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Selangor yang baru.

Dengan pengalaman, komitmen serta ketegasan yang ada pada Dato' Seri, kami yakin Dato' Seri dapat menerajui PN negeri Selangor ke masa depan yang lebih cerah dan lebih baik.

Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Dato' Seri dan berharap semoga kita memperolehi kemenangan yang mutlak di PRU16 nanti. Insha Allah. 🙂🙂

Maka, dengan deklarasi ini, kami akan memulai langkah, membarisi aktiviti serta sungguh berkomitmen menghadapi PRU16 yang dijangka berlangsung pada Oktober 2026 nanti.


Address

Taman Batu Caves
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bersatu Taman Batu Caves posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share