Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak

[๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก]๐Ÿ—“ 14 MEI 2026 | KHAMISSekitar jam 1.50 tengah hari tadi, tiga (3) orang pegawai dari Pusat...
14/05/2026

[๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก]
๐Ÿ—“ 14 MEI 2026 | KHAMIS

Sekitar jam 1.50 tengah hari tadi, tiga (3) orang pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak telah menyaksikan satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas dan sebuah motosikal di Lebuhraya DUKE, berhampiran hentian bas Taman Selasih.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang kakitangan MAIWP, dikenali sebagai Sdr. Rushdan, telah melanggar bahagian belakang sebuah bas yang sedang berhenti di hentian tersebut.

Akibat kejadian tersebut, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, tahap kecederaan masih belum dapat dipastikan setakat ini. Mangsa telah diberikan bantuan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak akan terus memantau keadaan mangsa dan bersedia untuk menghulurkan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi had laju serta peka dengan keadaan trafik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Semoga mangsa diberikan kesembuhan segera.






๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Š๐™ ๐™๐˜พ....๐Ÿ‘
14/05/2026

๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Š๐™ ๐™๐˜พ....๐Ÿ‘

๐—ช๐—”๐—ง๐—–๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ - ๐—•๐—œ๐—š ๐—ฆ๐—–๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ก ๐—š๐—ข๐— ๐—•๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ-๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿ“PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN GOMBAK๐Ÿ—“ 13 MEI 2026 | RABULewat petang Ra...
14/05/2026

๐—ช๐—”๐—ง๐—–๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ - ๐—•๐—œ๐—š ๐—ฆ๐—–๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—ก ๐—š๐—ข๐— ๐—•๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ-๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—š ๐Ÿฎ
๐Ÿ“PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN GOMBAK
๐Ÿ—“ 13 MEI 2026 | RABU

Lewat petang Rabu, suasana cukup meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak bagi menyaksikan aksi hangat Separuh Akhir Kedua di antara Nam Dinh FC menentang Selangor FC menerusi program Watch Live - Big Screen Gombak anjuran Pejabat Parlimen Gombak.

Alhamdulillah pasukan Selangor FC telah berjaya melakar sejarah dengan melangkah ke perlawanan akhir ASEAN CLUB CHAMPIONSHIP SHOPEE CUB hasil kemenangan ke atas Nam Dinh FC dengan jaringan 2 berbalas 0 (agregat 4 - 1). Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi penyokong Kelab Selangor FC.

Kehadiran termasuk golongan belia, kanak-kanak serta penyokong setia Red Giants yang hadir membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi dan semangat kesukanan serta perpaduan yang terus subur dalam kalangan warga Gombak.

Turut mencuri tumpuan ialah pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan seperti :
๐ŸŽ Cabutan bertuah
โšฝ๏ธ Pertandingan timang bola
๐Ÿฅ… Mini โ€œPenalty Kickโ€

Program ini bukan sahaja menjadi platform santai buat komuniti setempat berhimpun bersama, malah turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam suasana penuh harmoni.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program seumpama ini terus menjadi medium menyatukan masyarakat melalui semangat sukan dan komuniti.






๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐— ๐—”๐—œ๐Ÿ“PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SG TUA๐Ÿ—“ 13 MEI 2026 | RABUP...
14/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐— ๐—”๐—œ
๐Ÿ“PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SG TUA
๐Ÿ—“ 13 MEI 2026 | RABU

Petang Rabu, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI Wira Damai bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja, menetapkan tarikh pelaksanaan serta membincangkan pengisian program bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dengan tersusun, lancar dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat setempat.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. A. Rahim Kasdi, Setiausaha Politik kepada YAB Datoโ€™ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh Pengurus Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Tuan Faizal Ismail, Ahli-Ahli Majlis MPS DUN Sungai Tua, Ketua-Ketua Kampung DUN Sungai Tua serta para penyelia PWB.

Inisiatif Kampung Angkat MADANI ini merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan komuniti, mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat serta memastikan agenda kesejahteraan masyarakat dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan dipermudahkan dan majlis yang bakal berlangsung nanti mencapai objektif yang telah ditetapkan demi manfaat warga Wira Damai dan kawasan sekitarnya.








๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ (๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ)Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) kini membantu meringankan beban yuran tadika an...
13/05/2026

๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ (๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ)

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) kini membantu meringankan beban yuran tadika anak-anak dengan insentif RM50 setiap bulan yang disalurkan terus kepada tadika terpilih. ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿง’๐Ÿป๐Ÿ“š

โœ… Anak berumur 5 & 6 tahun
โœ… Pendapatan isi rumah bawah RM5,000
โœ… Tadika berdaftar
โœ… Terbuka untuk ibu bapa bekerja & tidak bekerja

๐Ÿ“Œ Pastikan dokumen lengkap untuk memudahkan proses permohonan.

๐ŸŒ Daftar sekarang di tunas.yawas.com.myโ 





12/05/2026

๐™’๐˜ผ๐™๐˜พ๐™ƒ ๐™‡๐™„๐™‘๐™€ - ๐˜ฝ๐™„๐™‚ ๐™Ž๐˜พ๐™๐™€๐™€๐™‰ ๐™‚๐™Š๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™†

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan aksi bola sepak secara langsung yang bakal menggegarkan suasana dengan perlawanan hebat ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ (๐—Ÿ๐—˜๐—š ๐Ÿฎ)! โšฝ

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : 13 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•  ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : 5:30 Petang
๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak

โš”๏ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€ :
๐™๐™๐™š๐™ฅ ๐™“๐™–๐™ฃ๐™ ๐™‰๐™–๐™ข ๐˜ฟ๐™ž๐™ฃ๐™ ๐™๐˜พ ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ ๐™ซ๐™จ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐™๐˜พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ‰ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ!
๐ŸŽ Cabutan bertuah - Hadiah menarik
โšฝ Pertandingan timang bola
๐Ÿฅ… Mini penalty kick

Rasakan sorakan padu penyokong, dan suasana penuh semangat bersama komuniti!

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Bawa keluarga & rakan-rakan, kita meriahkan bersama!

๐Ÿ“ฃ Masuk PERCUMA! Semua dijemput hadir!

Anjuran : ๐™‹๐™š๐™Ÿ๐™–๐™—๐™–๐™ฉ ๐˜ผ๐™๐™ก๐™ž ๐™‹๐™–๐™ง๐™ก๐™ž๐™ข๐™š๐™ฃ ๐™‚๐™ค๐™ข๐™—๐™–๐™ 

Dengan kerjasama : ๐˜ผ๐™ˆ๐™† ๐™‚๐™ค๐™ข๐™—๐™–๐™ , ๐™‚๐™‹๐™ˆ๐™Ž ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง, ๐™‚๐™€๐™‚๐˜ผ๐™ & ๐™†๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ฝ๐™€๐™ˆ๐˜ผ

๐Ÿ”ฅ Jangan sekadar tengokโ€ฆRASAI BAHANGNYA! ๐Ÿ”ฅ





๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”!!๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› | ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿ„Peluang untuk melaksanakan ibadah korban kini kembali!Jangan lepaskan pelu...
12/05/2026

๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”!!
๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› | ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿ„

Peluang untuk melaksanakan ibadah korban kini kembali!

Jangan lepaskan peluang menyertai Program Korban Murah Madani yang menawarkan harga berpatutan demi manfaat ummah.

๐—ฃ๐—”๐—ž๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—” :
๐Ÿ”น 1 Bahagian HANYA RM499
๐Ÿ”น Anggaran berat lembu : 200kg โ€“ 220kg
๐Ÿ”น Termasuk pengurusan korban (ditetapkan oleh penganjur)

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—œ?
โŒ Bukan RM850
โŒ Bukan RM750
โœ… HANYA RM499 / 1 Bahagian

๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฅ :
๐Ÿ’ฐ RM3,493 sahaja seekor.
โœ… Cukup syarat untuk dijadikan korban.

๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” :
โœ”๏ธ Individu
โœ”๏ธ Organisasi
โœ”๏ธ Syarikat korporat

๐Ÿ“ž Untuk Tempahan & Pertanyaan :

Ustaz Mohammad Azli
๐Ÿ“ฑ 013-627 4767

โณ Tarikh tutup penyertaan :
๐Ÿ—“๏ธ 17 Mei 2026 (Ahad)




๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฃ๐—ž๐Ÿ“PSPK WOMEN DEVELOPMENT CENTRE๐Ÿ—“ 09 MEI 2026 | SABTUUsai di Dewan Rakyat Batu Caves, YAB Da...
11/05/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฃ๐—ž
๐Ÿ“PSPK WOMEN DEVELOPMENT CENTRE
๐Ÿ—“ 09 MEI 2026 | SABTU

Usai di Dewan Rakyat Batu Caves, YAB Dato' Seri Amirudin Shari bergegas ke Selayang Baru bagi meraikan lebih 200 insan hebat terdiri daripada para ibu dan wanita dalam Sambutan Hari Ibu anjuran Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK) Women Development Centre Selayang, satu acara penuh makna bagi menghargai insan yang begitu istimewa dalam kehidupan kita.

Selama lebih dua dekad, PSPK terus komited berlandaskan nilai kasih sayang dan kemanusiaan dalam memperkasa masyarakat. Usaha berterusan mereka dalam pembangunan wanita, sokongan komuniti serta perlindungan golongan memerlukan telah mencetuskan impak yang signifikan, malah turut selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

Dedikasi mereka dalam memartabatkan peranan ibu serta membina masa depan yang lebih sejahtera sememangnya wajar diberi penghargaan tinggi.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga PSPK atas komitmen tanpa jemu dalam memperkasa wanita, mengukuhkan institusi keluarga dan menyantuni masyarakat di Selangor.

Semoga para ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan yang berpanjangan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Ibu
Seteguh KASIH Ibu๐Ÿ’

Sumber Foto : Media Selangor





๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—ข ๐—ฅ๐—œ๐——๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—— ๐—ง๐—ข๐—จ๐—ฅ - ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐Ÿ“DEWAN RAKYAT BATU CAVES๐Ÿ—“ 09 MEI 2026 | SABTUPetang Sabtu, di Dewan ...
11/05/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—ข ๐—ฅ๐—œ๐——๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—— ๐—ง๐—ข๐—จ๐—ฅ - ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก
๐Ÿ“DEWAN RAKYAT BATU CAVES
๐Ÿ—“ 09 MEI 2026 | SABTU

Petang Sabtu, di Dewan Rakyat Batu Caves, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak telah berkesempatan menghadiri satu majlis penghargaan khas buat seorang anak Malaysia yang cukup luar biasa, Saudara Katiravan Subarayan, atas kejayaan beliau menamatkan ekspedisi merentasi 109 negara dalam tempoh 1,223 hari.

Majlis tersebut turut dihadiri YB Datuk Seri M. Saravanan selaku Timbalan Presiden MIC, YB Tan Kok Wai serta beberapa pimpinan dan tetamu jemputan lain.

Memulakan misi pada 2 Jan 2023 dengan menunggang motosikal BMW R1200 GS Adventure yang diberi nama โ€œParameswaraโ€, beliau membawa satu misi yang amat bermakna iaitu menyebarkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan kepentingan menjaga alam sekitar, di samping memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat dunia.

Pengembaraan yang penuh cabaran ini membuktikan bahawa semangat patriotisme dan keazaman tinggi mampu menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang besar kepada masyarakat antarabangsa. Dalam masa yang sama, ia turut memperlihatkan keindahan, budaya dan identiti Malaysia di pentas global.

Dedikasi serta keberanian yang dipamerkan Saudara Katiravan amat wajar dihargai dan dijadikan contoh, khususnya kepada generasi muda agar terus berani mengejar impian, melangkaui sempadan dan mengharumkan nama negara dengan penuh rasa bangga.

Semoga perjalanan luar biasa ini menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk terus melakar kejayaan dan membawa mesej positif demi masa depan dunia yang lebih baik.





๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€œ๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ช๐™ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ ๐™„๐™—๐™ชโ€Ibu adalah insan pertama yang mengajar erti kasih sayang, pengorbanan dan kekuat...
10/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€œ๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ช๐™ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ ๐™„๐™—๐™ชโ€

Ibu adalah insan pertama yang mengajar erti kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan dalam kehidupan. Di sebalik setiap kejayaan anak-anak, pasti ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus dan pengorbanan yang tidak pernah meminta balasan.

Sempena sambutan Hari Ibu tahun ini, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh insan bergelar ibu, emak, umi, mama dan bonda yang menjadi tonggak kekuatan keluarga serta masyarakat.

Sesungguhnya, kasih ibu tiada galang gantinya. Pengorbanan yang dicurahkan sejak dari mengandung, membesarkan anak-anak hingga mendidik dengan penuh sabar adalah satu amanah dan kemuliaan yang amat besar nilainya.

Kepada ibu-ibu yang telah pergi menghadap Ilahi, marilah kita sama-sama menghadiahkan doa agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh.

Terima kasih ibuโ€ฆ
Kerana kasihmu seteguh cinta,
dan doamu menjadi kekuatan buat kami semua.





10/05/2026

Rangkuman Program Ziarah Kasih Madani Gombak pada hari Jumaat bersamaan 8 Mei 2026.

Address

Lot 91355, Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60361888898

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category