JPKK Kampung Sg Kamin/Hulu Kalong

JPKK Kampung Sg Kamin/Hulu Kalong Community Activities

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam Sejahtera , Salam MadaniSaya selaku Ketua Kampung ingin mengucapkan Sel...
25/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera , Salam Madani

Saya selaku Ketua Kampung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk kampung yang dikasihi.

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang menjalankan amanah.

Semoga kampung kita sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

12/03/2026
πŸ›’ JUALAN RAHMAH MADANI KEMBALI LAGI! πŸ›’πŸ—“ 8 Mac 2026 (Ahad)⏰ 9.00 pagi – 1.00 petangπŸ“ Taman Desa KaloiPelbagai barangan ke...
27/02/2026

πŸ›’ JUALAN RAHMAH MADANI KEMBALI LAGI! πŸ›’

πŸ—“ 8 Mac 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Taman Desa Kaloi

Pelbagai barangan keperluan harian dengan harga Rahmah menanti anda!

Jangan lepaskan peluang beli lebih jimat untuk persiapan Aidilfitri ✨

Datang awal, stok terhad πŸ˜‰

♻️ MINI KARNIVAL KOMUNITI AIDILFITRI 2026 β™»οΈπŸ—“ 8 Mac 2026 (Ahad)πŸ“ Taman Desa KaloiJom sertai Kempen Pembelian Minyak Masa...
27/02/2026

♻️ MINI KARNIVAL KOMUNITI AIDILFITRI 2026 ♻️
πŸ—“ 8 Mac 2026 (Ahad)
πŸ“ Taman Desa Kaloi

Jom sertai Kempen Pembelian Minyak Masak Terpakai & E-Waste!

πŸ’› Minyak masak terpakai: RM2.70/kg
πŸ’» Barangan elektronik rosak/terpakai juga diterima

Bersama kita jaga alam sekitar sambil jana nilai πŸ’š
Jangan buang β€” tukar jadi manfaat!

https://www.facebook.com/share/p/1D9bL6nbFg/?mibextid=wwXIfr
22/01/2026

https://www.facebook.com/share/p/1D9bL6nbFg/?mibextid=wwXIfr

PENGUMUMAN ‼️

Tebus Baucar SMUE / SMIS Fasa 1 Sekarang ❗️

Pemberian baucar ini adalah untuk ahli Skim Mesra Usia Emas / Insan Istimewa Selangor yang lahir pada Januari, Februari & Mac.

Tuntutan bermula 20 Jan – 31 Mac 2026 di Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali. Sila bawa kad pengenalan asal semasa menebus baucar

Untuk Info lanjut boleh hubungi 03-6081 1319

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG JAWATANKUASA JPKK KG SUNGAI KAMIN / HULU KALONG BIL 3/2025Tarikh: 16 November 2025Hari: Ah...
16/11/2025

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG JAWATANKUASA
JPKK KG SUNGAI KAMIN / HULU KALONG BIL 3/2025

Tarikh: 16 November 2025
Hari: Ahad
Lokasi: Balairaya Kampung Sungai Kamin / Hulu Kalong
Anjuran: Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Sg Kamin / Hulu Kalong

1. PENGENALAN

Program gotong-royong ini diadakan bagi memastikan kawasan balairaya berada dalam keadaan lebih selamat, bersih dan teratur. Selain itu, ia dapat mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa serta memupuk rasa tanggungjawab terhadap fasiliti kampung.

2. ATUR CARA PROGRAM

8.00 pagi

- Mesyuarat bulanan JPKK Bil. 11/2025 di Balairaya Kg Sg Kamin / Hulu Kalong.

- Mesyuarat membincangkan hal ehwal semasa kampung serta perancangan aktiviti yang akan datang.

9.30 pagi

- Program gotong-royong dimulakan sejurus selepas mesyuarat tamat.

- Aktiviti memberi fokus kepada pembersihan dan pemotongan pokok rambutan yang mengganggu kawasan balairaya.

- Kerja melibatkan mencantas, mengemas serta menguruskan sisa dahan dan daun.

12.00 tengah hari

- Program gotong-royong selesai sepenuhnya.

- Kawasan dibersihkan semula dan sesi bersurai.

3. KEHADIRAN

Kehadiran terdiri daripada Ahli Jawatankuasa JPKK Kg Sg Kamin / Hulu Kalong sahaja.

4. HASIL & MANFAAT PROGRAM

🏷️Pokok rambutan yang mengganggu telah dipotong dan kawasan balairaya menjadi lebih selamat serta kemas.

🏷️Mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna balairaya.

🏷️Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan antara ahli JPKK.

🏷️Memastikan kawasan kampung sentiasa berada dalam keadaan terurus.

5. PENUTUP

Program ini berjaya dilaksanakan dengan komitmen dan kerjasama penuh daripada semua ahli JPKK yang hadir. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan penduduk kampung.

Disediakan:-
JPKK KG SG KAMIN/HULU KALONG

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI BERSAMA PDRM 2025Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah har...
03/11/2025

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI BERSAMA PDRM 2025

Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Kampung Sungai Kamin, Hulu Yam Bharu
Anjuran: JPKK Kg Sungai Kamin / Hulu Kalong
Kerjasama: PDRM Hulu Yam Bharu

1. TUJUAN PROGRAM

1. Program ini dianjurkan bertujuan untuk:
2. Memupuk semangat gotong-royong dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung
3. Menceriakan serta membersihkan kawasan persekitaran awam.
4. Mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa, agensi luar dan komuniti setempat.

2. KAWASAN TERLIBAT

1. Surau Al-Ehsaniah
2. Gelanggang Futsal
3. Sekitar Gerai MPHS
4. Taman Permainan Awam Kg Sungai Kamin

3. KEHADIRAN

Kehadiran dianggarkan seramai 50 orang yang terdiri daripada penduduk kampung, ahli JPKK serta wakil agensi luar.

Turut hadir:

1. KPB SM Nor Azila Bintu Mohamed Sheriff
2. Sjn Misri Bin Usop
3. Kpl Mohd Haizul Bin Mubamad
4. Kpl Mohd Arizad Bin Mat Zain
5. Kpl Muhammad Farhan Bin Shukri
6. L/kpl Nur Nabihanadhirah Binti Abd Rahim
7. Konst Velentino Angelo Nyambong Anak Lugom
8. To’ OK 4 Mohammad bin Kamus, JPKK Kg Melayu Rasa
9. En. Azhar bin Othman, Pengerusi Surau Al-Ehsaniah
10. En. Azizul Hafiz serta rakan-rakan pembimbing Kelas Latihan PSCCM Cawangan Hulu Yam Bharu
11. Penduduk-penduduk Kampung Sg Kamin

4. AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Aktiviti gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan, pemotongan pokok-pokok kecil dan sederhana, pengutipan sampah, penyusunan semula kawasan awam serta kerja kecil-kecilan di beberapa lokasi tumpuan.

Selain itu, turut diadakan sesi menandatangani sijil salinan kerjasama antara JPKK Kg Sungai Kamin/Hulu Kalong dengan Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Majlis turut diserikan dengan pertukaran cenderahati sebagai simbolik jalinan kerjasama dan persefahaman berterusan antara kedua-dua pihak.

5. JAMUAN & PENUTUP

Selesai aktiviti gotong-royong, para peserta menikmati jamuan dan makan tengah hari bersama sebagai tanda penghargaan atas kerjasama semua pihak.

6. RUMUSAN

Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kebersamaan dan kesedaran kebersihan dalam kalangan komuniti.

JPKK Kg Sungai Kamin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat β€” khususnya PDRM Hulu Yam Bharu, rakan-rakan agensi, dan seluruh penduduk kampung atas sokongan dan penyertaan yang diberikan.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
Kampung Sungai Kamin / Hulu Kalong
πŸ“… 2 November 2025
Balai Polis Ulu Yam

LAPORAN PROGRAM PEMBUATAN SABUN SWEET BEAUTYTarikh: 26 Oktober 2025 (Sabtu)Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hariTempat: Ba...
31/10/2025

LAPORAN PROGRAM PEMBUATAN SABUN SWEET BEAUTY

Tarikh: 26 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Balairaya Kampung Sungai Kamin
Anjuran: JPKK Kampung Sungai Kamin / Hulu Kalong
Bilangan Peserta: 20 orang
Pengajar Jemputan: Puan Norjehan Binti Mohd Ali Hanapiah
(Pengurus Beautician Jehan Spa Beauty)

Turut hadir memeriahkan program ialah:-
Tok 4 Safaruddin, JPKK Kampung Sentosa, Batang Kali.
Tok 4 Mohammad Hafiz, JPKK Kampung Genting Malik, Batang Kali.
Tok 4 Mohammad, JPKK Kg Melayu Rasa, Rasa.
Tok 4 Mohamad Yatim, JPKK Kampung Hulu Rening, Batang Kali.

1. Latar Belakang

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada penduduk kampung dalam menghasilkan sabun kecantikan secara buatan tangan (handmade soap). Aktiviti ini juga bertujuan menggalakkan penduduk, khususnya golongan wanita, untuk menjana pendapatan melalui produk kecantikan tempatan.

2. Objektif Program

1.Memberi pengetahuan mengenai bahan dan kaedah asas pembuatan sabun kecantikan.

2.Meningkatkan kemahiran keusahawanan kecil-kecilan dalam kalangan peserta.

3.Mewujudkan suasana komuniti yang aktif dan produktif.

3. Ringkasan Aktiviti

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan ucapan aluan daripada Pengerusi JPKK.
Sesi pengajaran dikendalikan oleh Puan Norjehan Binti Mohd Ali Hanapiah yang berkongsi ilmu dan demonstrasi langkah demi langkah pembuatan sabun.
Peserta turut diberi peluang untuk menghasilkan sabun mereka sendiri dengan bimbingan tenaga pengajar. Program berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dengan sesi bergambar dan penyampaian penghargaan kepada pengajar.

4. Dapatan & Maklum Balas

Peserta menunjukkan minat dan komitmen tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Maklum balas yang diterima amat positif, dan ramai peserta menyatakan minat untuk mengikuti program lanjutan berkaitan pembuatan produk kecantikan semula jadi.

5. Penutup / Syor

JPKK mencadangkan agar program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dengan skop yang lebih luas seperti pembuatan lotion, minyak aromaterapi atau produk spa tempatan. Program ini dilihat berpotensi membantu meningkatkan pendapatan sampingan penduduk kampung.

Disediakan oleh:
(Nama: Muhammad Firdaous Bin Ismail)
Jawatan: Pengerusi JPKK Kg Sungai Kamin / Hulu Kalong
Tarikh: 28 Oktober 2025

🌿✨ *JOM RAMAI-RAMAI TURUN PADANG!* ✨🌿Gotong-Royong Komuniti Kg Sungai Kamin πŸ’ͺπŸ—“οΈ Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8...
31/10/2025

🌿✨ *JOM RAMAI-RAMAI TURUN PADANG!* ✨🌿
Gotong-Royong Komuniti Kg Sungai Kamin πŸ’ͺ

πŸ—“οΈ Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Kg Sungai Kamin, Hulu Yam Bharu

🏠 Kawasan terlibat:
β€’ Surau Al-Ehsaniah
β€’ Gelanggang Futsal
β€’ Sekitar Gerai MPHS
β€’ Taman Permainan Awam Kg Sg Kamin

Mari kita bersihkan, ceriahkan & serta eratkan silaturahim sesama komuniti! ❀️
πŸ› Jamuan & makan tengah hari disediakan!
πŸ“sesi Jalinan kerjasama antara JPKK - PDRM HYB.

Anjuran: JPKK Kg Sg Kamin / Hulu Kalong
Dengan kerjasama: PDRM

Sila bawa bersama peralatan yang sesuai...πŸͺ“βš”οΈπŸͺπŸͺ£πŸͺšπŸ”¨βš’️

*Jomm..!!!!!*

LAPORAN PENURAPAN LUBANG JALAN OLEH JKR.Lokasi: Jalan Hulu Yam – Batang Kali (sekitar Kampung Masjid)Tarikh Isu: 27 Okto...
29/10/2025

LAPORAN PENURAPAN LUBANG JALAN OLEH JKR.

Lokasi: Jalan Hulu Yam – Batang Kali (sekitar Kampung Masjid)
Tarikh Isu: 27 Oktober 2025
Agensi terlibat: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor
Disediakan oleh: JPKK Kampung Sungai Kamin / Hulu Kalong

1. Latar Belakang.

Beberapa aduan telah diterima daripada penduduk tempatan berkaitan keadaan jalan berlubang di kawasan Kampung Masjid, Jalan Hulu Yam – Batang Kali. Keadaan ini telah menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal dan juga masalah percikkan air jalan ke kedai makan berhampiran.

2. Tindakan Pembaikan.

Alhamdulillah, dengan bantuan Ahli Majlis MPHS kawasan Zon 14, Miss Wong Sheau Mei, pihak JKR Hulu Selangor telah menjalankan kerja-kerja penurapan semula bagi menutup lubang-lubang jalan di kawasan berkenaan. Kerja-kerja pembaikan telah dijalankan dengan baik dan diselia oleh pegawai teknikal JKR.

3. Hasil Pemantauan.

Hasil tinjauan selepas kerja siap mendapati permukaan jalan telah diratakan dan boleh digunakan semula dengan selamat. Laluan kini lebih lancar serta mengurangkan risiko kemalangan kecil. Penduduk sekitar turut menyatakan rasa berpuas hati dengan tindakan pantas pihak JKR.

4. Cadangan / Syor.

Pemantauan berkala oleh JKR di sepanjang laluan utama Hulu Yam – Batang Kali, terutamanya kawasan berhampiran Kampung Masjid.

Penambahbaikan sistem aduan awam agar tindakan susulan dapat diambil dengan lebih cepat sekiranya berlaku kerosakan semula.

Terima kasih JKR
Terima kasih MPHS

Disediakan oleh:
(Nama: Muhammad Firdaous Bin Ismail)
Jawatan: Pengerusi JPKK Kg Sg Kamin / Hulu Kalong
Tarikh: 29 Oktober 2025
Dr. Sathia Prakash Nadarajan
Saifuddin Shafi Muhammad Firdaous Ismail

Address

Kg Sg Kamin, Hulu Yam Bharu
Batang Kali
44300

Telephone

+601128178501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Sg Kamin/Hulu Kalong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share