Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor

Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor LATA HIJAU adalah lokasi air terjun yang terletak di hulu Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor. A

05/07/2022

Tragedi "Kepala Air" di Baling, Kedah semalam yang meragut nyawa beberapa orang penduduk wajar dijadikan teladan buat semua

Jumaat 3 Jun 2022
02/06/2022

Jumaat 3 Jun 2022

26/05/2022

Keadaan yang sama biasa juga berlaku di Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor

Maka, berhati² lah semasa berkelah. Elakkan datang ke sini terutama pada musim hujan...

Nota : Video di lokasi lain

16/05/2022

16 Mei 2022

JANGAN DATANG DAN BERKELAH DI Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor

Sekarang musim hujan. Kepala Air!

24/11/2021

Buang sampah merata-rata mengakibatkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Pencemaran bau dan mata yang memandang.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...______________________D.I.Y Group, MPHS, s**arelawan bersih Sungai Kedondong24...
24/11/2021

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...
______________________

D.I.Y Group, MPHS, s**arelawan bersih Sungai Kedondong

24 November 2021, 9:55 am

PETALING JAYA – D.I.Y Group komited memainkan peranan aktif dalam menjaga alam sekitar bagi memastikan taman, sungai dan tempat awam sentiasa dilindungi demi masa depan generasi akan datang.

Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, penglibatan sulung kumpulan dalam projek pembersihan dan membaiki fasiliti di Sungai Kedondong, Batang Kali ini adalah platform awal untuk memastikan tempat-tempat seperti ini dipelihara.

“Ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang telah dirancang menjelang cuti sekolah pada akhir tahun dan musim cuti kerana kawasan persekitaran di sungai ini sering kotor akibat sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung.

“Kami juga memasang 13 papan tanda seperti papan tanda keselamatan dan informasi di sekitar kawasan ini supaya dapat memberikan kesedaran kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program membersih dan membaiki fasiliti di Sungai Kendondong, Batang Kali semalam

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd. Hasry Nor Mohd.

Program itu melibatkan 80 s**arelawan dengan dibantu oleh MPHS.

Antara agensi lain yang membantu adalah Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pembangunan Orang Asli, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti Orang Asli dari Kampung Songkok.

Selain itu, Mohd. Hasry berharap, masyarakat lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan di Sungai Kedondong bagi menghargai usaha dan inisiatif pihak berkuasa dan s**arelawan selama ini.

PETALING JAYA – D.I.Y Group komited memainkan peranan aktif dalam menjaga alam sekitar bagi memastikan taman, sungai dan tempat awam sentiasa dilindungi demi masa depan generasi akan datang. Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, penglibatan sulung kumpulan dalam projek pembersihan dan memb...

11 individu terkandas akibat kejadian kepala air22 November 2021, 9:21 pmHULU SELANGOR – Seramai 11 individu dilaporkan ...
22/11/2021

11 individu terkandas akibat kejadian kepala air

22 November 2021, 9:21 pm

HULU SELANGOR – Seramai 11 individu dilaporkan terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala Genting, dekat sini lewat petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.26 malam.

“Seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pukul 7.40 malam didapati kejadian kepala air telah berlaku di Sungai Pinang susulan hujan lebat di lokasi pada petang tadi,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, seramai 11 mangsa telah terkandas di seberang sungai dan mereka berada dalam keadaan selamat dengan berlindung di pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

“Bagaimanapun identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Pihak bomba ketika ini sedang berusaha keras untuk menyelamat dan membawa keluar kesemua mangsa yang terkandas,” ujarnya. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/11/22/11-individu-terkandas-akibat-kejadian-kepala-air/

*Perkongsian Berita Oleh* : InfoTerkini.watsap.me

HULU SELANGOR – Seramai 11 individu dilaporkan terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala Genting, dekat sini lewat petang tadi. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian p...

08/11/2021

Sila ambil iktibar...

Ada kes lagi dan lagi setiap minggu..Tolong kawan² semua. Jangan main-main. Ramai dah MAUT...2/10/2021
02/10/2021

Ada kes lagi dan lagi setiap minggu..

Tolong kawan² semua. Jangan main-main. Ramai dah MAUT...

2/10/2021

HARI INI 2/10/2021 SABTU ada lagi KES MATI LEMASAMARAN AWAL AGAR BERHATI-HATI TELAH LAMA DAN SELALU DIKELUARKAN TETAPI M...
02/10/2021

HARI INI 2/10/2021 SABTU ada lagi KES MATI LEMAS

AMARAN AWAL AGAR BERHATI-HATI TELAH LAMA DAN SELALU DIKELUARKAN TETAPI MASIH RAMAI TIDAK ENDAHKAN DAN MASIH RAMAI TIDAK PEDULI

INILAH AKIBATNYA..
__________________

Lelaki lemas dihanyutkan arus ketika mandi

Oktober 2, 2021 @ 6:24pm

HULU SELANGOR: Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Kamal Nordin, 22, ditemukan pada 5.15 petang oleh pihak bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan pada jam 3.56 petang berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, sepas**an enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, pihaknya segera melakukan operasi pencarian dengan dibantu Pas**an Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

"Mangsa ditemukan berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

"Tujuh sekawan ini termasuk mangsa terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dan mereka datang dari Gombak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di sungai itu, petang tadi.

HULU SELANGOR: Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini.

HARI INI 2/10/2021 SABTU ada lagi KES MATI LEMAS__________________Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong*2 Oktober 2021,...
02/10/2021

HARI INI 2/10/2021 SABTU ada lagi KES MATI LEMAS
__________________

Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong*

2 Oktober 2021, 8:51 pm

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 petang apabila mangsa,Muhammad Kamal Nordin, 22, mandi bersama enam rakannya di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 petang berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, sepas**an enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan operasi pencarian dibantu Pas**an Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan pada pukul 5.15 petang berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Tujuh sekawan ini termasuk mangsa terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dan mereka datang dari Gombak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini hari ini. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 petang apabila mangsa,Muhammad Kamal Nordin, 22, mandi bersama enam rakannya di lokasi kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malays...

30/09/2021

RAMAI DAH MATI DISINI Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor
SEJAK 15 TAHUN LEPAS SAMADA BERITA KEMATIAN ITU ADA MASUK DALAM AKHBAR ATAU TIDAK

PERMUKAAN AIR NAMPAK TENANG TAPI DI BAWAH ITU ADA AIR BERPUSAR YANG AKAN MENARIK DAN MENYEDUT ANDA KE TEMPAT DALAM. ANDA AKAN MATI LEMAS WALAU PUN ANDA PANDAI BERENANG

JANGAN BONGKAK ATAU MAHU TUNJUK HEBAT MANDI DI SITU. KESELAMATAN WAJIB DI UTAMAKAN

POINT KEDUA -

SELALU JUGA HUJAN LEBAT BERLAKU DI BAHAGIAN HULU SUNGAI TANPA ANDA SEDARI KERANA DITEMPAT ANDA MANDI DAN BERKELAH TIDAK ADA HUJAN WALAU SETITIK PUN MALAH CUACA AMAT PANAS

JANGAN ANGGAP MUDAH..

PENGUMPULAN AIR BERKUANTITI BESAR SEDANG TERBENTUK DI BAHAGIAN HULU SUNGAI DAN MENUNGGU UNTUK MENGALIR KE BAWAH DENGAN DERAS DAN LAJU. IA BOLEH BERLAKU SEPANTAS 10 SAAT SAHAJA TANPA ANDA SEMPAT MENYELAMATKAN DIRI

APAKAH ITU? ITU LAH KEPALA AIR!!

KEPALA AIR AKAN DATANG TANPA DIJANGKA DAN DISEDARI YANG AKAN MENGHANYUTKAN ANDA DAN SEGALA-GALA APA YANG ADA DI SITU

SAMADA ANDA DI HANYUTKAN ATAU ANDA DI HANYUTKAN DAN MATI LEMAS!

AWAS!!!!!!!!

Address

Jalan Genting
Batang Kali

Telephone

+60193859492

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lata Hijau, Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share