Cawangan Agama, BIPS PDRM Kuala Langat

Cawangan Agama, BIPS PDRM Kuala Langat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Agama, BIPS PDRM Kuala Langat, Government Organization, Kuala Langat District Police Jalan Alam Shah, Banting.

Solat Fardhu Jumaat 10 April 2026 @ (21 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.Waktu Zohor : 1.18 PMPega...
10/04/2026

Solat Fardhu Jumaat 10 April 2026 @ (21 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Waktu Zohor : 1.18 PM

Pegawai Bertugas :

1. Khatib/imam : Ust Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi

2. Muazzin : Konst Hasan al-Hafiz Bin Hamzah@Amzah

Tajuk Khutbah : "Ziarah Beradab, Ukhuwah Diperteguh”

Jom Tunaikan Solat Jumaat Bersama Polis Kuala Langat

Solat Fardhu Jumaat 03 April 2026 @ (14 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.Waktu Zohor : 1.19 PMPega...
03/04/2026

Solat Fardhu Jumaat 03 April 2026 @ (14 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Waktu Zohor : 1.19 PM

Pegawai Bertugas :

1. Khatib/imam : Ust Muhamad Nur al-Hafiz Bin Rahmat

2. Muazzin : Konst Hasan al-Hafiz Bin Hamzah@Amzah

Tajuk Khutbah : "Merempit: Kepuasan Atau Kematian”

Jom Tunaikan Solat Jumaat Bersama Polis Kuala Langat

Sekitar Program Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Selamat Peringkat IPD Kuala Langat.Kuala Langat, 03 April ...
03/04/2026

Sekitar Program Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Selamat Peringkat IPD Kuala Langat.

Kuala Langat, 03 April 2026 (Jumaat) - Telah diadakan Program Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Selamat Peringkat IPD Kuala Langat bertempat di Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat pada jam 0900 pagi. Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Akmal Bin Mohd Mohid, Pegawai Agama, BIPS IPD Kuala Langat.

Program dihadiri oleh DSP Tn Mohd Sufian Bin Amin (Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat), Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah , Pegawai Awam IPD Kuala Langat serta ahli PERKEP Kuala Langat.

Objektif program ini adalah untuk menghadiahkan bacaan Yasin dan Doa khusus kepada penama-penama yang terdiri daripada ibubapa dan keluarga warga IPD Kuala Langat serta memohon doa agar setiap urusan & pekerjaan dipermudahkan serta dilindungi daripada segala musibah.

Semoga program yang diadakan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.


Solat Fardhu Jumaat 27 Mac 2026 @ (7 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.Waktu Zohor : 1.21 PMPegawai...
27/03/2026

Solat Fardhu Jumaat 27 Mac 2026 @ (7 Syawal 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Waktu Zohor : 1.21 PM

Pegawai Bertugas :

1. Khatib/imam : Ust Mohd Akmal Bin Mohd Mohid

2. Muazzin : L/Kpl Khaidil Azha Bin Khalid

Tajuk Khutbah : "Prinsip Kecukupan Dalam Islam”

Jom Tunaikan Solat Jumaat Bersama Polis Kuala Langat

25/03/2026
25/03/2026

Polis Daerah Kuala Langat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya warga Polis Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”



Program Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Solat Sunat Aidilfitri Peringkat IPD Kuala Langat.Pada 21 Mac 2026 (Sabtu) telah...
21/03/2026

Program Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Solat Sunat Aidilfitri Peringkat IPD Kuala Langat.

Pada 21 Mac 2026 (Sabtu) telah dilaksanakan Program Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Solat Sunat Aidilfitri Peringkat IPD Kuala Langat bertempat di Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat bermula jam 8.00 pagi. Solat Sunat Aidilfitri telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi, Ketua Cawangan Agama BIPS IPD Kuala Langat. Manakala Bilal bertugas ialah L/Kpl Khaidil Azha Bin Khalid dari BIPS IPD Kuala langat.

Program dihadiri oleh YDH Supt. Mohd Akmalrizal Bin Radzi (KPD Kuala Langat), Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah, Pegawai Awam IPD Kuala Langat dan orang awam.

Program dimulai dengan bertakbir bersama-sama seterusnya disusuli dengan Solat Sunat Aidilfitri. Selesai khutbah Aidilfitri semua tetamu bersama-sama menikmati jamuan makan hari raya yang telah disediakan. Program ini bertujuan untuk bersama-sama menunaikan solat sunat aidilfitri bersama warga IPD Kuala Langat disamping mengeratkan silaturahim bersempena Hari Raya Aidilfitri yang telah tiba.

Solat Sunat Aidilfitri 1447H/2026M Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.Tarikh : 21 Mac 2026 (Sabtu) @ 1 Syawal 1447...
20/03/2026

Solat Sunat Aidilfitri 1447H/2026M Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Tarikh : 21 Mac 2026 (Sabtu) @ 1 Syawal 1447H
Masa : Takbir : 8.00 pagi
Solat : 8.30 pagi

Pegawai Bertugas :

1. Khatib/imam : Ust Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi

2. Muazzin : L/Kpl Khaidil Azha Bin Khalid

Tajuk Khutbah : "Syawal Permulaan Baru”

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Jamuan makan hari raya disediakan

Solat Fardhu Jumaat 20 Mac 2026 @ (30 Ramadan 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.Waktu Zohor : 1.24 PMPegaw...
20/03/2026

Solat Fardhu Jumaat 20 Mac 2026 @ (30 Ramadan 1447H) Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Waktu Zohor : 1.24 PM

Pegawai Bertugas :

1. Khatib/imam : INSP Jamil Hakim Bin Ab Karim

2. Muazzin : L/Kpl Khaidil Azha Bin Khalid

Tajuk Khutbah : "Istiqamah Pasca Ramadan”

Jom Tunaikan Solat Jumaat Bersama Polis Kuala Langat

Sekitar Program Qiamullail dan Sahur Perdana 1447H/2026M Peringkat IPD Kuala Langat.Pada 14 Mac 2025 (sabtu) telah dilak...
14/03/2026

Sekitar Program Qiamullail dan Sahur Perdana 1447H/2026M Peringkat IPD Kuala Langat.

Pada 14 Mac 2025 (sabtu) telah dilaksanakan Program Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat IPD Kuala Langat bertempat di Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat pada jam 4.30 pagi. Program Qiamullail telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi, Ketua Cawangan Agama BIPS IPD Kuala Langat.

Program dihadiri oleh YDH ASP Zaiful Nizam bin Mohamad (Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD KUALA LANGAT), Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah serta Pegawai Awam IPD Kuala Langat.

Selepas selesai solat Tuan ASP Zaiful Nizam Bin Mohamad berbesar hati menyampaikan saguhati kepada anak-anak warga IPD Kuala Langat yang hadir. Program ini bagi menggalakkan warga IPD Kuala Langat untuk meningkatkan amalan di sepuluh malam terakhir Ramadan disamping berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan semua.

Semoga program yang diadakan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sekitar Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana 1447H/2026M Peringkat IPD Kuala Langat.Pada 13 Mac 2026 (Jumaat) telah ...
13/03/2026

Sekitar Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana 1447H/2026M Peringkat IPD Kuala Langat.

Pada 13 Mac 2026 (Jumaat) telah dilaksanakan Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana IPD Kuala langat bertempat di Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat pada jam 6.00 petang. Majlis dimulai dengan bacaan Khatam al-Quran yang telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi, Ketua Cawangan Agama BIPS IPD Kuala Langat. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan serta saguhati ramadan kepada para peserta khatam al-Quran, petugas Ramadan, anak yatim dan asnaf. Kemudian disusuli majlis berbuka puasa bersama-sama. Solat isyak dan solat terawih telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi, Ketua Cawangan Agama BIPS IPD Kuala Langat.

Program dihadiri oleh YDH Supt. Mohd Akmalrizal Bin Radzi (KPD Kuala Langat), Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah, ahli PERKEP Kuala Langat, serta Pegawai Awam IPD Kuala Langat.

Program ini merupakan kesinambungan dari program tadarus yang mana para peserta tadarus telahpun mengkhatamkan bacaan 30 juzuk al-Quran. Disamping itu, program juga bertujuan mengeratkan silaturahim dikalangan warga IPD Kuala Langat dengan berbuka puasa bersama-sama.

Semoga program yang diadakan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sekitar Majlis Tazkirah Ihya Ramadan 1447H/2026M Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala LangatPada 13 Mac 2026 (Jumaat) telah ...
13/03/2026

Sekitar Majlis Tazkirah Ihya Ramadan 1447H/2026M Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat

Pada 13 Mac 2026 (Jumaat) telah diadakan Majlis Tazkirah Ihya Ramadan Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat bertempat di Surau Raudhatul Jannah IPD Kuala Langat. Majlis tazkirah ini merupakan salah satu Program yang disusun di dalam Program Ihya Ramadan IPD Kuala Langat. Objektif program adalah untuk memberikan perkongsian kepada Pegawai, anggota, kakitangan serta tetamu yang hadir untuk bersama-sama meningkatkan amalan bersempena bulan Ramadan yang mulia dan menjadikan Ramadan sebagai bulan kita mentarbiah diri ke arah kebaikan. Tazkirah bagi minggu ini telah disampaikan oleh Ust Mohamad Azli Bin Basiron, Pegawai Agama BIPS IPD Sepang. Program dihadiri oleh Pegawai-pegawai kanan, anggota, kakitangan IPD Kuala Langat serta orang awam. Program bermula jam 12.45 tengahari dan berakhir jam 1.26 petang disusuli dengan Solat Jumaat.

Semoga program ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Address

Kuala Langat District Police Jalan Alam Shah
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Agama, BIPS PDRM Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cawangan Agama, BIPS PDRM Kuala Langat:

Share