Polis Daerah Kuala Langat

Polis Daerah Kuala Langat Laman ini adalah Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Daerah Kuala Langat, Selangor.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis yang berhampiran atau ditalian 03-31872222, e-mail [email protected]

01/06/2026

KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

31/05/2026
  Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026Kuala Langat, Supt. Mohd Akmalrizal Bin Radzi (Ketua Polis Daerah Ku...
30/05/2026



Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026

Kuala Langat, Supt. Mohd Akmalrizal Bin Radzi (Ketua Polis Daerah Kuala Langat) serta warga kerja mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan-Dusun dan etnik lain di Sabah, serta Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak yang merayakan.

Kedua perayaan ini bukan hanya merupakan ungkapan syukur atas hasil tuaian, tetapi juga cerminan kekayaan budaya, warisan adat, dan semangat perpaduan masyarakat pribumi di Malaysia.

Semoga semangat Kaamatan dan Gawai terus memperkukuh nilai-nilai harmoni, saling menghormati, dan kebersamaan dalam masyarakat majmuk kita.

Gayu Guru Gerai Nyamai!
Kotanavo tadau do Kaamatan!

⚠️🏍️ Waspada! Jangan Memotong Secara Tiba-Tiba! 🏍️⚠️Penunggang motosikal merupakan antara pengguna jalan raya yang palin...
30/05/2026

⚠️🏍️ Waspada! Jangan Memotong Secara Tiba-Tiba! 🏍️⚠️

Penunggang motosikal merupakan antara pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada risiko nahas jalan raya. Tindakan memotong secara mengejut tanpa memberi isyarat bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mengundang tragedi kepada pengguna jalan raya yang lain. 🚨

Sebelum memotong, pastikan keadaan selamat, gunakan lampu isyarat, periksa cermin sisi dan titik buta, serta kekalkan jarak yang sesuai. 👀➡️

Ingat, sikap sabar dalam beberapa saat mampu mengurangkan risiko nahas. Jadilah penunggang yang berhemah, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan. ❤️🛣️

Pandu Cermat, Sampai Selamat! 👍🏍️





29/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ketua Polis Selangor, Shazeli bin Kahar bersama Pengerusi PERKEP Selangor, Rozana Kasbon serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Tahun 2026 kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikan perayaan ini, khususnya di negeri Selangor.

Pesta Kaamatan yang disambut pada 30–31 Mei 2026 dan Hari Gawai pada 1–2 Jun 2026 melambangkan kesyukuran, perpaduan serta kekayaan warisan budaya masyarakat Malaysia.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
“Gayu Guru Gerai Nyamai”

28/05/2026
'SNAP CHECK' CEGAH JENAYAH OLEH ANGGOTA UNIT KERETA PERONDA (MPV) .Kuala Langat, 28 Mei 2026 -  Anggota Unit Kereta Pero...
28/05/2026

'SNAP CHECK' CEGAH JENAYAH OLEH ANGGOTA UNIT KERETA PERONDA (MPV) .

Kuala Langat, 28 Mei 2026 - Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) telah menjalankan 'snap check' di Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang

Pemeriksaan "snap check" yang dibuat bertujuan mencegah jenayah dan memastikan orang ramai terutama pengguna jalanraya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.


27/05/2026

OPERASI SAMSENG JALANAN BSPTD KUALA LANGAT.

KUALA LANGAT, 24 Mei 2026 (Ahad) – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Kuala Langat telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di kawasan Pantai Kelanang, Kuala Langat.

Operasi tersebut melibatkan bantuan daripada tiga (3) Pegawai Kanan Polis daripada BSPT Kuala Langat bersama (20) anggota .

Penugasan bermula jam 1730hrs hingga 2130hrs. Hasil operasi mendapati seramai 110 individu melibatkan 140 buah motosikal telah diperiksa. Sebanyak 142 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin pandang belakang, ubah suai ekzos, tidak mempamerkan pelekat “L/P” serta lain-lain kesalahan. Selain itu, sebanyak lapan(8) buah motosikal turut disita.

Operasi Samseng Jalanan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD IPD Kuala Langat bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas. BSPTD Kuala Langat turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhemah, menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain sifat bertolak ansur ketika berada di jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.





  SOLAT SUNAT AIDILADHA PERINGKAT IPD KUALA LANGATKUALA LANGAT, 27 Mei 2026 – Solat Sunat Aidiladha Peringkat Ibu Pejaba...
27/05/2026



SOLAT SUNAT AIDILADHA PERINGKAT IPD KUALA LANGAT

KUALA LANGAT, 27 Mei 2026 – Solat Sunat Aidiladha Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kuala Langat telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan meriah di Surau Raudhatul Jannah, IPD Kuala Langat.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Supt. Mohd Akmalrizal bin Radzi, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, bersama ketua-ketua bahagian, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta seluruh warga IPD Kuala Langat bagi bersama-sama menghayati kemuliaan dan keberkatan Hari Raya Aidiladha.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menunaikan ibadah, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat perpaduan serta menyemarakkan penghayatan nilai-nilai pengorbanan yang menjadi tuntutan dalam Islam.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan memperkukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga IPD Kuala Langat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447H / 2026MSupt. Mohd Akmal Rizal Bin Radzi (Ketua Polis Darah Kuala Langat) da...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447H / 2026M

Supt. Mohd Akmal Rizal Bin Radzi (Ketua Polis Darah Kuala Langat) dan mewakili seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kuala Langat yang dikasihi.

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita akan pengorbanan, ketaatan, dan keikhlasan Nabi Ibrahim a.s. dan anakandanya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Semangat pengorbanan ini sangat relevan dalam kehidupan kita hari ini, terutamanya dalam membina masyarakat yang bersatu padu, aman, dan harmoni.

KPD Kuala Langat juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan rakyat dalam membantu pihak polis mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Semoga sambutan Hari Raya ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan keharmonian bersama keluarga dan masyarakat.

Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, utamakan keselamatan di jalan raya. Patuhi undang-undang, amalkan pemanduan berhemah, dan ingatlah orang tersayang yang menanti di rumah.

“Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada”



Address

Banting

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kuala Langat:

Share