JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) diasaskan oleh Azwanddin Hamzah, peringkat awal bermula dengan nama Jaringan Melayu Muda pada tahun 2008 ketika pengasasnya, Azwanddin Hamzah inginkan sesuatu yang lebih besar kerana permintaan yang ramai dari seluruh peringkat umur untuk menyertai JMM. Azwanddin Hamzah telah mengubah kepada satu gerakan yang dinamakan Jaringan Melayu Malaysia, beliau menyedari wujud
nya agenda pengaruh asing di negara ini dan kerana itulah JMM diasaskan oleh beliau untuk melahirkan satu kump**an yang mampu melawan anasir kuasa asing ini dan meletakkannya sebagai salah satu agenda perjuangan di dalam JMM. Antara perjuangan JMM juga untuk membina jaringanbangsa Melayu bagi memartabatkan bangsa Melayu yang memiliki nilai jujur dan amanah serta menegakkan integriti di kalangan golongan profesional yang menguruskan sumber dan aset negara. Azwanddin Hamzah telah menjemput Omar Saleh, Datuk Nik Khairul Annuar,Tengku Amalluddin Sani, Hamdan Mohd Salleh serta Farahana Jamaluddin dalam penubuhan awal, JMM dilahirkan dengan semangat berani menyuarakan pandangan dan lantang atas dasar prinsip jujur dan amanah,setelah diluluskan penubuhannya pada tanggal 10hb November 2010, JMM terus bergerak aktif dan melebarkan sayap jaringan persahabatan NGO-NGO Asia melalui beberapa program ‘People To People’.