Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan We do research and consultancy on health behaviour areas. Also health promotion capacity building.

Daripada kepelbagaian lahir kekuatan. Daripada perpaduan lahir kemajuan. Marilah kita terus menjunjung nilai kebersamaan...
15/09/2026

Daripada kepelbagaian lahir kekuatan. Daripada perpaduan lahir kemajuan. Marilah kita terus menjunjung nilai kebersamaan dan memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Malaysia kita, tanggungjawab kita, masa depan kita. Warga kerja IPTK mengucapkan Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

IPTK sedang membangunkan Indeks Keselamatan Makanan Malaysia (Malaysia Food Safety Index – FSI) dengan kerjasama Program...
15/09/2026

IPTK sedang membangunkan Indeks Keselamatan Makanan Malaysia (Malaysia Food Safety Index – FSI) dengan kerjasama Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian yang merangkumi domain kerajaan, industri dan pengguna ini bertujuan menyediakan data asas mengenai tahap kecelikan, pengetahuan serta tingkah laku masyarakat Malaysia berkaitan keselamatan makanan. Pengumpulan data sedang dilaksanakan dan dijangka berakhir pada penghujung Oktober 2026.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kajian, beberapa siri taklimat telah disampaikan oleh Pn. Khairulnissa Abdul Kadir selaku Penyelidik Utama kepada beberapa Jabatan Kesihatan Negeri yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) negeri berkenaan.

10/09/2026
10/09/2026
Momentum pengukuhan inisiatif sains tingkah laku terus giat dilaksanakan di peringkat serantau oleh IPTK menerusi pengan...
09/09/2026

Momentum pengukuhan inisiatif sains tingkah laku terus giat dilaksanakan di peringkat serantau oleh IPTK menerusi penganjuran bersama acara sampingan di Mesyuarat Menteri - Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 di Kuala Lumpur hari ini. Acara ini yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar b. Abd. Wahab turut melibatkan topik kesihatan mata dan DNDi (Drugs for Neglected Diseases Initiative).

Dalam sesi sains tingkah laku, Prof. Madya Dr. Caryn Mei Hsien Chan selaku Ahli Kumpulan Kerja Teknikal Sains Tingkah Laku WHO tampil sebagai panel pertama dengan berkongsi perspektif sains tingkah laku kesihatan di peringkat global dan cadangan pengukuhan di peringkat rantau Asia Tenggara. Seterusnya Dr. Saiful Adli b. Suhaimi, Ketua Unit Behavioural Insights IPTK NIH menjelaskan peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan inisiatif yang telah dijalankan bagi mengukuhkan pendekatan sains tingkah laku di negara.

IPTK berharap agar negara-negara serantau terus mengukuhkan usaha bagi memastikan pendekatan sains tingkah laku menjadi agenda utama kesihatan di peringkat masing-masing terutamanya menghasilkan bukti empirikal demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

07/09/2026

IPTK berbangga menjadi sebahagian delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Mesyuarat Menteri - Menteri Kesihatan ASEAN ke 17 di Kuala Lumpur bermula 7 hingga 11 September 2026. Penglibatan IPTK merangkumi reruai behavioural insights dan penganjuran bersama acara sampingan bertemakan sains tingkah laku.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi satu amanah untuk kita terus menyumbang kepada pembangunan negara, memperkukuh...
30/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi satu amanah untuk kita terus menyumbang kepada pembangunan negara, memperkukuh perpaduan dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Merdeka selamanya negaraku.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Zaikiah bt. Mohd. Zin atas pelantikan sebagai Pengarah IPTK berkuat kuasa 1...
17/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Zaikiah bt. Mohd. Zin atas pelantikan sebagai Pengarah IPTK berkuat kuasa 17 Ogos 2026.

Pelantikan ini ibarat sirih pulang ke gagang, memandangkan beliau pernah berkhidmat di IPTK sejak awal penubuhannya hingga tahun 2008 dan seterusnya dari tahun 2016 hingga 2023.

Berbekalkan pengalaman luas beliau, semoga IPTK terus melakar kecemerlangan dalam menerajui pendekatan sains tingkah laku bagi sektor kesihatan khususnya menerusi pemerkasaan penyelidikan.

IPTK berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar Doktor Kesihatan Awam Tahun 1 Sesi Akademik 2025/2026 Universiti M...
22/07/2026

IPTK berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar Doktor Kesihatan Awam Tahun 1 Sesi Akademik 2025/2026 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini. Tujuan lawatan diadakan untuk mengetahui lebih lanjut peranan IPTK dan penyelidikan yang telah dijalankan.

Delegasi UNIMAS telah disambut oleh Pn. Noorlaile bt. Jasman, Ketua Pusat Penyelidikan Intervensi Promosi Kesihatan bersama pegawai-pegawai kanan IPTK. Turut hadir bersama termasuklah Prof. Dr. Jeffery anak Stephen, Prof. Madya Dr. Deburra Peak Ngadan dan Prof. Madya Dr. Azizah bt. Azhar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.

Address

Bangsar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333627600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan:

Shortcuts

Share