Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM

Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM Menganjurkan program latihan untuk Staf Akademik, Pengurusan dan Profesional, dan pelaksana dengan terancang dan sistematik.

2.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan merupakan sebuah PTj baharu yang diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 7/2014 dengan tiga peranan utama, iaitu:

1. Memastikan Pembangunan Kepimpinan UKM terlaksana dengan strategik dan berwawasan.

3. Membantu UKM menjana dana melalui program-program latihan yang sesuai.

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) meraikan seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia ...
17/10/2025

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) meraikan seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang menerima Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kohort pengajian tahun 2024 dan 2025 dalam satu majlis graduasi yang berlangsung hari ini.
Sijil Profesional tersebut meliputi
1. Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan bagi pegawai berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner (SAC);
2. Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan untuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP); dan
3. Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan bagi pegawai berpangkat Superintendent.
Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat turut hadir menyampaikan sijil kepada pegawai PDRM yang bergraduasi. Hadir sama, Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani; Dr. Hjh Ina Md. Yasin yang menjalankan tugas Pengarah Profesional-UKM dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub.

15/08/2025
Program Sijil Profesional Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kalis Masa Depan merupakan hasil kerjasama strategik a...
15/08/2025

Program Sijil Profesional Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kalis Masa Depan merupakan hasil kerjasama strategik antara UKM dan PDRM melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada Ogos 2024 yang lalu. Sijil Profesional Kepimpinan Polis Diraja Malaysia Kalis Masa Depan merangkumi tiga (3) Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan, Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan dan Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan.

Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan Siri 1/2025 telah diadakan pada 21 – 25 Julai 2025. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri Sijil Profesional tersebut yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sijil Profesional ini mempunyai lima (5) kursus yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Idzat Idris, Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor, Prof. Madya Dr Mohd Aftar Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Bity Salwana Alias dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah.

Program Perasmian Sijil Profesional ini dirasmikan oleh DCP Mohd Asri Md Akhir, Pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Turut hadir adalah Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Haji Zanuddin Mohd Daud, Pendaftar UKM dan Prof. Madya Ts. Muhammad Helmi Norman, Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM).

Program Bakat Kepimpinan Karisma - Aras 7 & Aras 8Sepanjang program berlangsung
07/07/2025

Program Bakat Kepimpinan Karisma - Aras 7 & Aras 8
Sepanjang program berlangsung

Program Bakat Kepimpinan Karisma - Aras 7 & Aras 8Slot Pertama: Prestasi Unggul, Perkhidmatan Gemilang oleh Kol. Berseku...
07/07/2025

Program Bakat Kepimpinan Karisma - Aras 7 & Aras 8

Slot Pertama: Prestasi Unggul, Perkhidmatan Gemilang oleh Kol. Bersekutu (PA) Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM

Slot Kedua: Minda Profesional Membentuk Kepimpinan Masa Hadapan Oleh Prof. Dr. Zeti Azura binti Mohamed Hussein, Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Sains & Teknologi UKM

Slot Ketiga: Kepintaran Digital Memacu Kecekapan Pemimpin oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif bin Md Saad, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UKM

Slot Keempat: Advokasi Kepimpinan Berintegriti, Prof. Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa & Siyar, Fakulti Undang-Undang UKM

Slot Kelima: Personaliti Dinamik, Organisasi Progresif oleh Mej. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM

Program Bakat Kepimpinan Karisma -Aras 7 & Aras 8Program Bakat Kepimpinan Karisma- Aras 7 & Aras 8, anjuran Pusat Pemban...
07/07/2025

Program Bakat Kepimpinan Karisma -Aras 7 & Aras 8

Program Bakat Kepimpinan Karisma- Aras 7 & Aras 8, anjuran Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM) merupakan program pemerkasaan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membentuk karakter pemimpin yg berteraskan Kamus Kompetensi Kepimpinan UKM. Program ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2025 (Isnin dan Selasa). Peserta program melibatkan para pentadbir universiti yang berada di aras 7 dan aras 8 yang terdiri daripada Pengerusi Pusat, Ketua Editor/Penyunting Jurnal (Peringkat universiti yang bertaraf Scopus/WOS) serta Penolong Dekan.

Majlis Perasmian Program Bakat Kepimpinan Karisma dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM dan Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman, Pengarah Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Idzat Idris, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kompetensi) Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM) dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah, Timbalan Pengarah (Penilaian dan Pemprofilan) Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM).

Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan Malaysia
02/07/2025

Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan Malaysia

Siri 2: Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan MalaysiaProfesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Bah...
02/07/2025

Siri 2: Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan Malaysia

Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Together for Better Health: Uniting Diversity and Inclusivity in Malaysia’s Healthcare Future

Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal
Strategic Leadership in Healthcare: Advancing Patient-Centred Care through Innovation, Research, and Collaboration &
Strategic Healthcare Leadership: Mastering Key Traits and Negotiation Skills for Transformative Success

Dato’ Dr. Omar Abd Hamid
Healthcare Management in Malaysia: Challenges and Opportunities

Siri 1: Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan MalaysiaYBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor A...
02/07/2025

Siri 1: Kursus Khas Pegawai Gred Khas C (Jusa C) Kementerian Kesihatan Malaysia

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Transformative Leadership in Healthcare: Driving Policy Ex*****on for Lasting Impact

Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Together for Better Health: Uniting Diversity and Inclusivity in Malaysia’s Healthcare Future

Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal
Strategic Leadership in Healthcare: Advancing Patient-Centred Care through Innovation, Research, and Collaboration & Strategic Healthcare Leadership: Mastering Key Traits and Negotiation Skills for Transformative Success

Bengkel Pembangunan Modul Program Sijil Profesional Kepimpinan KepolisanTarikh: 10 – 11 Jun 2025 (Selasa – Rabu)Masa: 9....
02/07/2025

Bengkel Pembangunan Modul Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan

Tarikh: 10 – 11 Jun 2025 (Selasa – Rabu)

Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat: Bangi Resort Hotel

Bengkel Pembangunan Modul Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan telah dijalankan selama (2) dua hari pada 10 dan 11 Jun 2025 dengan melibatkan pembangun modul penceramah bagi Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan, Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan dan Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan. Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkemas kandungan modul, menyelaras hasil pembelajaran dan memastikan kesepadanan struktur kurikulum ketiga-tiga program agar sejajar dengan keperluan pembangunan kepimpinan. Terima kasih di atas komitmen daripada pembangun modul dan penceramah dalam menghasilkan modul pembelajaran bagi Sijil Profesional ini.

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan Siri 1 Tahun 2025Tarikh: 3 Jun 2025 (S...
02/07/2025

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan Siri 1 Tahun 2025

Tarikh: 3 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pusat Perhubungan Alumni (Alumni-UKM)

Mesyuarat yang berlangsung pada 3 Jun 2025, di Bilik Mesyuarat Pusat Alumni UKM telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Helmi Norman, Pengarah Profesional-UKM serta barisan Pengurusan dan Pegawai Profesional-UKM. Delegasi PDRM p**a telah diketuai ACP Dr. Sivabalan A/L Suppiah, Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi) Bahagian Dasar Sumber Manusia, ACP Dr. Mazlina bt Che Mustapa PPP (Pembangunan Kerjaya) Bahagian Dasar Sumber Manusia serta pegawai dari PDRM. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah tentang penganjuran Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan Siri 1 Tahun 2025 yang akan dijalankan mulai 21 Julai 2025.

Bengkel Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (Urusbakat) Dengan E-Aktiviti Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)Masa: 8.30 pag...
02/07/2025

Bengkel Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (Urusbakat) Dengan E-Aktiviti

Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mawar 2, Aras 1, Bangi Resort Hotel

Bertujuan menyelaraskan Sistem Urusbakat dengan e-Aktiviti UKM.

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389213026

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM:

Share