Rumah Bakti Al Kausar Bangi

Rumah Bakti Al Kausar Bangi Bantu Kami Untuk Membantu Mereka

Rumah Bakti Al Kausar ini diiilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim/piatu miskin dan fakir miskin.Memandangkan dalam Negara ini masih terdapat ramai anak-anak yatim/piatu yang miskin maka satu jawatan kuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini. Setelah mendapat kata sepakat,maka pada 17 September 2011,Jawatankuasa bersetuju menam

akan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Al Kausar dan menamakan rumah anak yatim/piatu dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar. Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan dari Pendaftar Pertubuhan pada 10 Oktober 2011 dengan No.Pendaftaran 4491-11-SEL.Setelah itu,sebuah rumah telah disewa beli bagi menempatkan semua anak-anak ini.Sehingga hari ini seramai 20 orang anak-anak yatim/piatu dan fakir miskin teah ditempatkan dirumah ini.Bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.

11/02/2016

Assalamualaikum, buat masa ini, talian telefon pejabat rumah bakti sedang mengalami gangguan & kami sedang berurusan dgn pihak Telekom. Tuan/Puan boleh menghubungi 0193537649 (Airol) atau boleh juga menghantar mesej melalui akan FB ini utk sebarang urusan. Terima kasih.

Terima kasih kepada artis Najwa Latif,Adi Putra,Wawa Zainal,Along Raja Lawak dan Mak Dara kerana kesudian mereka untuk d...
31/03/2013

Terima kasih kepada artis Najwa Latif,Adi Putra,Wawa Zainal,Along Raja Lawak dan Mak Dara kerana kesudian mereka untuk datang kerumah bakti kami bagi meraikan anak-anak yatim Rumah Bakti Al Kausar,tak lupa juga pada crew Berita Harian yang berusaha membawa artis-artis ini kerumah kami.Moga Allah S.W.T memberkati & merahmati diatas segala sumbangan dan jasa baik kalian semua,In Shaa Allah.

Buat pengetahuan semua,Pihak Pengurusan Rumah Bakti Al Kausar Bangi di seksyen 4 tambahan tidak mempunyai apa-apa kaitan...
22/03/2013

Buat pengetahuan semua,Pihak Pengurusan Rumah Bakti Al Kausar Bangi di seksyen 4 tambahan tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung samada secara langsung atau tidak langsung dengan Rumah Amal Buah Hatiku diseksyen 7 B.B.Bangi.harap Maklum.

Justeru setiap komen harus ditulis secara telus dan jujur tanpa niat untuk menganiaya, memalu, menjatuhkan individu atau pihak tertentu.

Tazkirah dalam bahasa melayu dari:Al Sheikh Al Hafiz Imam Haji Mohd Sharif Mohd Imrani (Imam Dan Guru Al Quran Masjid Ab...
17/03/2013

Tazkirah dalam bahasa melayu dari:
Al Sheikh Al Hafiz Imam Haji Mohd Sharif Mohd Imrani (Imam Dan Guru Al Quran Masjid Abbad,Makkah Al Mukaramah) di
Tempat :Surau Al-Ikhlas,Seksyen 4 Tambahan,B.B.Bangi.
Masa:Selepas Solat Maghrib.
Tarikh: 18 Mac 2013 (Isnin).
Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir kemajlis ilmu ini.

Walaupun bernasib malang sejak kecil,namun mereka juga berhak untuk terus hidup seperti kanak-kanak lain.Bantu kami untu...
20/12/2012

Walaupun bernasib malang sejak kecil,namun mereka juga berhak untuk terus hidup seperti kanak-kanak lain.Bantu kami untuk membantu mereka.Sumbangan ikhlas dari kalian semua hanya Allah S.W.t sahaja yg dpt membalasnya.Sumbangan amat diperlukan utk menampung perbelanjaan bagi sessi persekolahan 2013.Sumbangan bolih disalurkan No. Akaun Bank :5628 3461 5590 (Maybank Islamic) Atas nama “PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR”.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Maaun, ayat 1 hingga ayat 3 yang bermaksud :

"Tahukah kamu orang yang menidakkan agamanya. Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan orang yang tidak menganjur yakni memberi makan kepada orang miskin".

Album Antara Eigelberg Holding Sdn Bhd (www.eigelberg.com) dan Rumah Anak Yatim Al Kausar Bangi (www.alkausar-bangi.com)
27/07/2012

Album Antara Eigelberg Holding Sdn Bhd (www.eigelberg.com) dan Rumah Anak Yatim Al Kausar Bangi (www.alkausar-bangi.com)

Lagu: Dihujung Jalan : Penyanyi : Dilla : Musik : Mamat Sape : Lirik : Mamat Sape/keply DENGARKAN SIRAMAN ROHANI SAMBIL BERAMAL Eigelberg Holding Sdn Bhd ber...

Album Antara Eigelberg Holding Sdn Bhd (www.eigelberg.com) dan Rumah Anak Yatim Al Kausar Bangi (www.alkausar-bangi.com)
27/07/2012

Album Antara Eigelberg Holding Sdn Bhd (www.eigelberg.com) dan Rumah Anak Yatim Al Kausar Bangi (www.alkausar-bangi.com)

Lagu: Ya Robbi : Penyanyi : Fendi : Musik : Mamat Sape : Lirik : Mamat Sape DENGARKAN SIRAMAN ROHANI SAMBIL BERAMAL Eigelberg Holding Sdn Bhd berkerjasama de...

08/11/2011

MOHON BANTUAN

No. Akaun Bank :
5628 3461 5590 (Maybank Islamic)
Atas nama “PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR”
1. Jawatankuasa Pengurusan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan taufik hidayahNya, sebuah rumah anak2 yatim/piatu dan miskin yang dinamakan dengan nama RUMAH BAKTI AL KAUSAR telah pun berjaya ditubuhkan di Fasa 4 Tambahan,B.B.Bangi. Rumah anak yatim/piatu ini adalah di bawah naungan dan pengurusan PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR dengan no. pendaftaran 4491-11-SEL.

2. Pada masa ini, bilangan anak2 yatim dan miskin yang tinggal di rumah ini adalah seramai 17 orang dan bilangan ini akan di tambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan .Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak2 yatim ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi Selangor.
3. Setakat ini, satu-satunya cara bagi menampung perbelanjaan ini adalah dengan pungutan derma oleh jawatan kuasa pertubuhan. Kos perbelanjaan bulanan rumah anak-anak yatim ini adalah sebanyak RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sebulan.
4. Pihak Jawatankuasa amat berharap agar penderma2 budiman dapat menghulurkan derma ikhlas dalam bentuk wang ringgit, makanan atau apa jua sumbangan yang dapat memberikan manafaat kepada anak anak yatim/piatu dan miskin kami.

5. Buat masa ini, sumber kewangan untuk tujuan ini adalah semata2 dari derma yang diterima dari dermawan2 yang budiman. Pihak Jawatankuasa amat mengalu alukan sebarang bentuk sumbangan ke arah menjayakan hasrat murni ini.
6. Semoga Allah S.W.T memberi rahmat dan keberkatannya kepada tuan2 dan puan2 yang membantu kami. Semoga amal jariah yang kita korban kan ini mendapat manafaat dan diberkati oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat dan sekali lagi kami ucapkan jutaan terimakasih.
Wabillah hitaufik. Wassalam



RAZALI HJ BASRI
Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar Bangi

Penghuni Rumah Bakti Al Kausar terdiri daripada 17 orang anak-anak yatim/piatu dan fakir miskin.
16/10/2011

Penghuni Rumah Bakti Al Kausar terdiri daripada 17 orang anak-anak yatim/piatu dan fakir miskin.

16/10/2011

Rumah Bakti Al Kausar ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan penempatan yang lebih baik kepada anak-anak dari golongan yatim/piatu, miskin dan fakir. Rumah bakti ini didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. No pendaftaran ialan 4491-11-SEL. Buat masa sekarang ini penghuni rumah ini terdiri seramai 17 orang kanak-kanak dari golongan yatim/piatu, miskin dan fakir. Anak-anak ini berusia seawal umur 5 – 14 tahun.

Kepada semua yang ingin menyalurkan sebarang bantuan dan derma boleh berhubung terus ke alamat No 12, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor. No Tel : 012-643 9878 @ 03-87500061 (Razali -Pengerusi).

Address

Rumah Bakti Al Kausar Bangi. No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan,, Bandar Baru Bangi . Tel: +603 875 00061
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Bakti Al Kausar Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Bakti Al Kausar Bangi:

Share

Category