11/06/2026
π SAMBUTAN HARI ARKIB ANTARABANGSA & HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA 2026ποΈβ¨
Alhamdulillah! Selesai sudah tirai program Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Perpustakaan UKM & Hari Pustakawan Malaysia 2026 yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada 10 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM Bangi.
Dengan mengangkat tema yang cukup mendalam; "Memusakakan Naskhah, Menghidupkan Sejarah" program ini menjadi bukti komitmen berterusan warga pustaka dalam memelihara khazanah intelek dan sejarah negara tercinta.
π Kemeriahan & Kehadiran Luar Biasa!
Majlis kali ini amat istimewa kerana telah mengumpulkan kira-kira 90 orang peserta secara fizikal! Selain daripada warga UKM sendiri, kami amat berbesar hati menerima kunjungan dan kehadiran rakan-rakan strategik daripada Persatuan Pesara UKM (PAWE), alumni dan institusi pengajian tinggi jiran termasuklah delegasi daripada perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terima kasih atas sokongan padu anda semua! π€
π¨ Antara Pengisian Menarik Sepanjang Hari:
1οΈβ£ Wawancara Tokoh: Memori dan Kenangan UKM Kampus Sabah ποΈ
Sesi imbauan sejarah lisan yang sangat menyentuh hati bersama mantan pentadbir, Tuan Haji Abdul Razak Hussin (Mantan Pendaftar UKM) dan Dr. Kaswandi Md Ambia (Persatuan Pesara UKM), dikendalikan oleh Encik Adil Afdhal Abdul Rahim. Banyak coretan sejarah penubuhan kampus Sabah yang berjaya direkodkan kembali!
2οΈβ£ Klinik "Dr Buku" β Rawat & Pelihara π οΈπ
Slot yang paling mencuri tumpuan! Para peserta berpeluang melihat demonstrasi pemuliharaan tisu, teknik penjilidan profesional, penjagaan media lama (mikrofilem & VHS), serta teknologi pendigitalan koleksi secara langsung. Rawat hari ini, pelihara untuk generasi esok!
3οΈβ£ Program Telaah β Memoir Pustakawan 2.0: Kisah Orang Pustaka π
Sesi bedah buku bersama YBhg. Datin Nor Azzah Momin (Ketua Pustakawan USIM) dan Dr. Mazni Md Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UKM) diserikan lagi dengan kelolaan moderator Encik Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza di Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji. Penuh inspirasi, ilmu, dan duka lara kehidupan 'orang pustaka'.
πΌοΈ Pameran Jejak Sejarah Masih Berlangsung!
Bagi anda yang terlepas program semalam, jangan risau! Pameran Jejak Sejarah & Imbau Kenangan UKM (termasuk pameran bahan awal UKM, Kenangan Kampus Sabah, dan Koleksi Khas Puan Sri Sohair) masih dibuka untuk tatapan umum di Aras 4 PTSL sehingga 30 Jun 2026. Jemput singgah ya!
Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana dan jutaan terima kasih kepada semua peserta. Jumpa lagi di program akan datang! πβ€οΈ