Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)

Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) Faculty of Science and Technology (FST), UKM. Leading and disseminating scientific and technological knowledge for the benefit of society.

Nurturing knowledgeable, innovative, and ethical individuals

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Adam bin Muhammad Rasib, pelajar Program Doktor Falsafah (PhD) pengkhususan...
11/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Adam bin Muhammad Rasib, pelajar Program Doktor Falsafah (PhD) pengkhususan Sains Laut, atas pencapaian cemerlang beliau yang telah menerima Skim Zamalah Penyelidikan bagi Semester 2, Sesi Akademik 2025/2026 daripada Pusat Pengurusan Akademik, UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan di masa akan datang.

FST Menyerlah!

11/05/2026

TAKLIMAT CUKAI 2026 : e-BE, PELEPASAN DAN BAYARAN BALIK

πŸ“’JSBAS Sharing Session Bil 4/2026πŸ“’We are pleased to invite you to JSBAS Sharing Session 4/2026πŸ—“οΈ Date: 19 May 2026 (Tues...
10/05/2026

πŸ“’JSBAS Sharing Session Bil 4/2026πŸ“’

We are pleased to invite you to JSBAS Sharing Session 4/2026

πŸ—“οΈ Date: 19 May 2026 (Tuesday)
πŸ•‘ Time: 10.00 am - 1.00 pm (Kuala Lumpur Time)
πŸ“ Hybrid : Geology Meeting Room, Level G, Geology Science Building, Faculty of Science and Technology, UKM

πŸ’» Platform: Zoom Meeting
πŸ”— Join Zoom Meeting:
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/93413963221?pwd=pz4NMnHuVt0OKO1y9N9o8aeBhAqLEs.1

πŸ†” Meeting ID: 934 1396 3221
πŸ” Passcode: 828036

All are welcome to join!

09/05/2026
🧠✨ PROGRAM JUNIOR EINSTEIN 2026Program STEM hands-on khas untuk kanak-kanak!Anak anda akan berpeluang:πŸ”¬ Menjalankan eksp...
08/05/2026

🧠✨ PROGRAM JUNIOR EINSTEIN 2026
Program STEM hands-on khas untuk kanak-kanak!

Anak anda akan berpeluang:
πŸ”¬ Menjalankan eksperimen sains sebenar
πŸ—οΈ Membina projek seperti Atomville & struktur kertas
πŸ”¦ Meneroka cahaya melalui spektroskop
🧬 Mengenali DNA & kromosom manusia
πŸ“‘ Menghantar mesej menggunakan kod Morse
♻️ Menghasilkan inovasi daripada bahan kitar semula

🎯 Fokus kepada pembelajaran secara praktikal, kreatif dan menyeronokkan!

πŸ“… Tarikh: 3 & 4 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Bangunan Sains Fizik, UKM
πŸ‘¦ Umur: 9–12 tahun
πŸ‘₯ Kapasiti: 40 peserta sahaja sehari
πŸ’° Yuran: RM120 / hari
🍱 Termasuk sijil & makanan

πŸ“Œ Peserta boleh daftar 1 atau 2 hari (modul berbeza setiap hari)

πŸ“² Daftar sekarang:
https://form.jotform.com/260632773779066

⚠️ Tempat adalah terhad!

BENGKEL PEMERKASAAN TRANSLASI PENYELIDIKAN KE PENGKOMERSIALAN DAN DANA INDUSTRIYBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ...
08/05/2026

BENGKEL PEMERKASAAN TRANSLASI PENYELIDIKAN KE PENGKOMERSIALAN DAN DANA INDUSTRI

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke bengkel anjuran Sekretariat Penyelidikan & Inovasi, FST. Butiran lanjut:

πŸ“… Tarikh: 19 - 21 Mei 2026 (Selasa - Khamis)
πŸ•˜ Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
πŸ“ Tempat: Rujuk poster

*Highlights*:
βœ… Forum Translasi Inovasi
βœ… Seminar Profesor Pelawat (Prof. Dr. Jin Huang - penerima dana pengkomersilan)
βœ… Sesi Dialog Pengkomersialan
βœ… Sesi Pitching & Pemadanan Projek (Bersama Profesor Adjung - mantan CEO MTDC)
βœ… Klinik Pengkomersialan Produk/Khidmat

πŸ”— Daftar & Pilih Slot Di Sini:
https://forms.gle/FScCcmBbw6Um79jx9

Sekian, terima kasih.

Tahniah YBrs. Dr. Nurul Wahida Othman  atas kenaikan pangkat sebagai Profesor Madya Gred 14 berkuatkuasa 6 April 2026. S...
07/05/2026

Tahniah YBrs. Dr. Nurul Wahida Othman atas kenaikan pangkat sebagai Profesor Madya Gred 14 berkuatkuasa 6 April 2026. Semoga terus cemerlang dan memberi sumbangan terbaik kepada UKM amnya dan FST khasnya.

Tulus ikhlas daripada Pengurusan dan Warga FST.



2nd HYDROGEN WORKSHOP SERIES 2026 Berjaya Menghimpunkan Pemegang Taruh Polisi, Industri dan Penyelidikan ke Arah Agenda ...
07/05/2026

2nd HYDROGEN WORKSHOP SERIES 2026 Berjaya Menghimpunkan Pemegang Taruh Polisi, Industri dan Penyelidikan ke Arah Agenda Hidrogen Hijau Negara

Alhamdulillah, 2nd Hydrogen Workshop Series: Realizing Green Hydrogen under HETR Towards 2030 – Bridging Policy, Industry & Research for Early-Stage Deployment telah berjaya dilaksanakan pada 6 Mei 2026 bertempat di Le MΓ©ridien Putrajaya.

Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional melalui Institute of Sustainable Energy (ISE) dan AAIBE Chair of Renewable Energy, yang menghimpunkan pemegang taruh daripada sektor polisi, industri dan akademia bagi membincangkan hala tuju pembangunan hidrogen hijau negara selaras dengan aspirasi Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) menuju tahun 2030.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pn. Norsham Binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai Tetamu Kehormat.

Sesi keynote telah disampaikan oleh:

* Dr. Ng Sing Muk (General Manager, Sarawak Energy Berhad)
* Assoc. Prof. Dr. Rozan Mohamad Yunus (Deputy Director, Fuel Cell Institute, UKM)

Sesi forum yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ ChM. Dr. Mohammad Bin Kassim (FST, UKM) turut menampilkan panel-panel berpengalaman daripada sektor kerajaan, industri dan akademia:

* Dr. Rosmahani Mohd Shah (SEDA Malaysia)
* Prof. Ir. Dr. Haslenda Hashim (UTM)
* Ir. Ts. Noraziah Muda (TNB Research Sdn. Bhd.)

Perbincangan forum memberi fokus kepada cabaran dan peluang dalam memperkukuh ekosistem hidrogen hijau negara, termasuk aspek dasar, kesiapsiagaan teknologi, integrasi tenaga boleh diperbaharui, penerimaan industri, pembangunan bakat dan kerjasama strategik antara universiti dan industri.

Sekalung penghargaan kepada barisan jawatankuasa penganjur:

Penasihat

* Prof. Ir. Dr. Shaliza Ibrahim – AAIBE Chair of Renewable Energy, UNITEN
* Prof. Madya Ir. Dr. Hasril Hasini – Pengarah, Institute of Sustainable Energy (ISE), UNITEN
* Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad – Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Pengerusi

* Ts. Dr. Ahmad Wafi Mahmood Zuhdi (UNITEN)
* ChM. Dr. Mohamad Azuwa Mohamed (FST, UKM)

Timbalan Pengerusi

* Dr. Mohd Eqwan Roslan (UNITEN)
* Prof. Madya ChM. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff (FST, UKM)

Setiausaha

* Dr. Nur Shamimie Nadzwin Hasnan (UNITEN)
* ChM. Dr. Siti Nurul Falaein Moridon (FST, UKM)

Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa dari UNITEN & UKM yang terlibat dalam promosi, penajaan, pengurusan program, protokol, forum, teknikal dan logistik atas komitmen dan dedikasi sepanjang persiapan serta pelaksanaan bengkel ini.

Penghargaan khas turut ditujukan kepada semua warga Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia atas sokongan dan sumbangan berterusan dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua penceramah, panelis, peserta, wakil industri, rakan kolaborasi dan kakitangan sokongan atas penglibatan aktif serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga lestari serta mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau dan rendah karbon menerusi teknologi hidrogen.

Pada 4 Mei 2026, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah menerima kunjungan dari pihak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal ...
05/05/2026

Pada 4 Mei 2026, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah menerima kunjungan dari pihak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof Dr Ismanizan Ismail bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Entiti Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) iaitu YBhg. Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong (Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)), YBhg. Prof. Dr. Mohd Fauzi Mh Busra (Timbalan Pengarah Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM)), YBhg. Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal (Pengarah IDEA UKM), Wakil Pengarah Penerbit UKM, YBrs. Puan Hasliza Baharom dan YBrs. Puan Hir Yanti Md Tahir (Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF UKM)).

Pihak FST memulakan acara dengan kata aluan oleh Dekan, YBhg. Prof Chm. Dr. Ishak Ahmad dan diteruskan dengan pembentangan berkiatan tadbir urus, pencapaian 2025, pencapaian 2026 sehingga kini dan terpenting adalah cabaran penyelidikan di FST.

Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, YBhg. Prof Salmah Yaakop, Timbalan Dekan Prasiswazah, YBhg. Prof Zeti Azura Mohamed Hussein dan Timbalan Dekan Siswazah, YBhg. Prof Madya Dr Abdul Munir Abd. Murad.

Kunjungan ini menyediakan platform interaktif dengan warga FST bagi menyediakan ruang mengajukan soalan berkaitan penyelidkan dan melontarkan cadangan serta usul berkisar dan bertemakan penyelidikan dan inovasi. Sesi ini juga diselitkan dengan sesi penerangan ringkas oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah entiti HEPI berkaitan halatuju bahagian masing-masing.

Semoga penyelidikan FST lebih cemerlang dan hasil penyelidikan mampu menyumbang kepada negara dan masyarakat.

to the Fore
Menyerlah
Penyelidikan Inovasi Fst

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 πŸ’ΌFakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga yang terus komit...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 πŸ’Ό

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga yang terus komited, berdedikasi dan berusaha gigih dalam memacu kecemerlangan bersama.

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa” melambangkan semangat perpaduan, profesionalisme dan keazaman dalam membina masa depan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas segala sumbangan, usaha dan pengorbanan anda. Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Ikhlas daripada
Warga Fakulti Sains dan Teknologi

Bengkel Teknologi Elektrokimia yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), melalui kump...
30/04/2026

Bengkel Teknologi Elektrokimia yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), melalui kumpulan penyelidikan Sensor, Bateri dan Pemangkinan, dengan kerjasama Persatuan Sensor Malaysia, telah berlangsung dengan jayanya pada 28-29 April 2026.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan fakulti dalam memperkasa bidang elektrokimia serta menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran antara institusi. Sekalung penghargaan diberikan atas penceramah Prof. Madya ChM. Dr. Sharina Abu Hanifah, ChM. Dr. Mohamad Azuwa
Mohamed dan ChM. Dr. Lee Tian Khoon.

Bengkel ini turut membuka ruang jaringan profesional yang bermakna, melibatkan penyertaan pensyarah, penyelidik dan pelajar siswazah daripada pelbagai institusi termasuk Sunway University, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkumi FST, SERI dan Forensik, serta wakil industri dari Infineon Technologies, Melaka.

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan demi kemajuan ilmu dan inovasi pada masa hadapan.

Terima kasih.

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60389215423

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official):

Share