Pusat Pengurusan Penjanaan UKM

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM Pusat Pengurusan Penjanaan UKM
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, UKM Bangi

DIRGAHAYU TUANKUMerafkah sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafkah sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

pada 1 Jun 2026 (15 Zulhijjah 1447H)

Sembah Takzim daripada warga Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)






#2026

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh rakyat Mala...
31/05/2026

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada penganut agama Buddha yang meraikannya.

Tulus ikhlas daripada warga JANA@UKM





#2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 فَإِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

فَإِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
Riwayat Imam Ahmad (12362)

Warga JANA@UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 kepada seluruh umat islam terutama warga UKM.





#2026

Selamat datang diucapkan kepada Cik Masturah Kamsan, dilantik sebagai Pegawai Tadbir (N9) di Bahagian Strategi Pembangun...
21/05/2026

Selamat datang diucapkan kepada Cik Masturah Kamsan, dilantik sebagai Pegawai Tadbir (N9) di Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah JANA@UKM pada 19 Mei 2026.





#2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN...
20/05/2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN LANJUTAN & PROFESIONAL (UKMSHAPE), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.KPD.200-4/4/1

TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN LANJUTAN & PROFESIONAL (UKMSHAPE), UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 - Makanan Bermasak (Islam)

TARIKH BUKA BIDAAN: 20 Mei 2026 (Rabu)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 03 Jun 2026 (Rabu) pada 10.00 pagi.
Berkumpul di Kafeteria, Bangunan UKMSHAPE, UKM Bangi.Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 09 Jun 2026 (Selasa) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 10 Jun 2026 (Rabu) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / Encik Muhammad Sahli Arifin di alamat e-mel: [email protected] / [email protected]

Sekian, terima kasih.





#2026

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 (𝐅𝐒𝐓) 𝐔𝐊𝐌Seluruh warga Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mengucapka...
19/05/2026

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 (𝐅𝐒𝐓) 𝐔𝐊𝐌

Seluruh warga Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

Tulus ikhlas daripada warga JANA@UKM.





#2026

Assalamualaikum wbt.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan ini mempelawa firma perunding Ukur Tanah yang berkelayak...
19/05/2026

Assalamualaikum wbt.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan ini mempelawa firma perunding Ukur Tanah yang
berkelayakan untuk mengemukakan Profil Perunding bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat
selaras dengan keperluan Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan.

*SYARAT KELAYAKAN*
1) Berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
2) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) di bawah kod bidang berkaitan yang
masih berkuat kuasa iaitu *Perunding Ukur Tanah (330203)*.
3) Mempunyai pengalaman relevan dalam ukur tanah terutamanya dalam pengalaman kerja bagi
mendapatkan Hakmilik Tetap.
4) Mempunyai kakitangan profesional berdaftar dengan LJT.
5) Terbuka kepada syarikat Jurukur yang beralamat Ibu Pejabat dan/atau mempunyai Cawangan
di Selangor sahaja.

*DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN*
Syarikat perunding yang berkelayakan boleh mengemukakan salinan Profil Perunding yang
mengandungi maklumat berikut :-

i. Maklumat dan latar belakang firma
ii. Salinan sijil pendaftaran LJT dan M*F (masih sah)
iii. Senarai kakitangan profesional dan kepakaran
iv. Senarai pengalaman projek berkaitan (5 tahun terkini)

*KAEDAH PENGHANTARAN*
Profil perunding hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (PDF) melalui emel kepada:
[email protected]

*Perhatian:*
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN:
*26 Mei 2026*

1) Pelawaan ini adalah bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat perunding sahaja.
2) Penghantaran profil tidak menjamin sebarang pelantikan atau tawaran perkhidmatan.
3) Pihak UKM tidak terikat untuk menyenarai pendek atau melantik mana-mana firma.
4) Sebarang pelantikan perunding tertakluk kepada peraturan dan kaedah perolehan kerajaan yang berkuatkuasa.





#2026

Selamat Ulang Tahun ke-56 Universiti Kebangsaan Malaysia. Warga JANA@UKM  mengucapkan Selamat Ulang Tahun penubuhan UKM ...
18/05/2026

Selamat Ulang Tahun ke-56 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warga JANA@UKM mengucapkan Selamat Ulang Tahun penubuhan UKM yang ke-56 buat seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 18 Mei 1970 sehingga kini 18 Mei 2026, UKM masih tetap teguh berdiri sebagai lubuk ilmu yang membina masa depan generasi demi generasi.





#2026

Warga JANA@UKM mengucapkan Selamat Hari Guru Tahun 2026 kepada semua yang bergelar pendidik di Malaysia. Bertema “Guru B...
16/05/2026

Warga JANA@UKM mengucapkan Selamat Hari Guru Tahun 2026 kepada semua yang bergelar pendidik di Malaysia.

Bertema “Guru Bitara Nadi Negara” pada tahun ini mengangkat keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti guru sebagai penggerak utama kemajuan serta kesejahteraan negara.

Terima kasih atas segala dedikasi dalam mendidik anak bangsa, memberi tunjuk ajar demi melahirkan generasi cemerlang yang membanggakan negara.

Ikhlas daripada warga JANA@UKM.





#2026

Sekalung Penghargaan & Terima KasihDirakamkan kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas segala khidmat bakti, ...
13/05/2026

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih

Dirakamkan kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas segala khidmat bakti, sumbangan idea, dan jasa bakti yang tidak terhingga sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal- Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEAA) sehingga 12 Mei 2026.

Semoga segala dedikasi dan kepimpinan yang dicurahkan menjadi inspirasi buat seluruh warga universiti dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Ikhlas daripada seluruh warga JANA@UKM.





#2026

Address

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389214519

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Penjanaan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pengurusan Penjanaan UKM:

Share