Urusetia Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Urusetia Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Urusetia Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Satu unit di bawah JPPel yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan penajaan, biasiswa dan hal ehwal kebajikan pelajar secara umumnya.

Bantuan yang diberikan adalah di bawah Tabung Kebajikan Pelajar yang dikhaskan untuk kes2 tertentu. Perkhidmatan dan Kemudahan
Mengurus permohonan bantuan kecemasan dan kebajikan melalui Tabung
Kebajikan Pelajar bagi pelajar yang mengalami kemalangan, bencana, sakit,
kematian pelajar atau waris
Penajaan dan biasiswa Pelajar e.g. PTPTN, JPA dan Geran swasta seperti Yayasan Kok, Samsung dan Sony
Keb

ajikan Pelajar OKU dan Orang Asli
Menguruskan permohonan dengan Jabatan Bendahari bagi tuntutan Skim
Insuran Berkelompok Pelajar. Menguruskan Program Khas KP e.g. Program Khidmat Komuniti

Skim Ansuran Takaful
Semua pelajar UKM yang berdaftar dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda dalam berbagai bidang pengajian di UKM adalah diberi perlindungan di bawah Skim Insurans Takaful Berkelompok dengan bayaran RM 10.00 setaip satu sesi. Urusan membuat tuntutan adalah diajukan ke Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM. Faedah Perlindungan
Tujuan Skim Insurans Takaful Berkelompok adalah bagi melindungi diri pelajar sepanjang tempoh pengajian dari sebarang kemungkinan seperti kematian pelajar, keilatan kekal, kemalangan jalanraya dan kecacatan kekal serta bayaran faedah dirawat di hospital. Faedah dari Skim Insurans Takaful Berkelompok

Kematian Biasa RM 3,000.00

Keilatan Kekal RM3,000.00

Kematian Akibat Kemalangan RM 20,000.00

Keilatan Kekal Akibat Kemalangan RM17,000.00

Rawatan Hospital (Wad) RM 50.00 [Max.25 hari]

Perbelanjaan Pengkebumian RM 500.00



Tatacara Tabung Kebajikan Pelajar Bagi Kes Kematian Pelajar
Dekan Fakulti/Pengetua Kolej/WARIS/Rakan Pelajar perlu mengisi borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar di pejabat Unit Kebajikan Pelajar. Dokumen yang perlu disertakan bersama borang TKP:

Salinan Kad Matrik
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kematian
Salinan Laporan Perubatan
Salinan Laporan Polis
Serahkan borang permohonan ke Unit Kebajikan Pelajar, JPPEeL, untuk disemak dan disahkan sebelum dihantar ke Unit Kewangan Pelajar. Cek sumbangan akan diserahkan kepada waris pelajar dalam tempoh yang terdekat. Sumbangan Tabung Kebajikan Yang Diterima
Waris pelajar layak menerima sumbangan Universiti berjumlah RM 2,500.00 [RM 500.00 termasuk urusan pengkebumian]. Urusan penghantaran jenazah akan dibuat oleh Unit Kebajikan Pelajar bagi pelajar yang meninggal dunia di kampus. Tatacara Tabung Kebajikan Pelajar Bagi Kes Kematian Waris Pelajar
Pelajar/Rakan pelajar perlu mengisi borang permohonan perlu mengisi borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar di pejabat Unit Kebajikan Pelajar. Cek sumbangan hendaklah diambil di kaunter Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari dalam tempoh 3 minggu borang permohonan dihantar. Waris yang dimaksudkan adalah ibu, bapa, abang, adik, isteri, suami atau anak kandung. Sumbangan Tabung Kebajikan Pelajar yang diterima
Pelajar layak menerima sumbangan

Ibu/ayah : RM 400.00

Kakak/abang/adik : RM 200.00

Suami/isteri/anak : RM 400.00

Pelajar Sabah dan Sarawak yang menuntut di kampus Semenanjung, kematian ibu/bapa/suami/isteri [seorang sahaja]/anak/kakak/abang/adik akan diberikan sumbangan tambang kapalterbang pergi balik kelas ekonomi. Tatacara Tabung Kebajikan Pelajar Bagi Kes Kemalangan (Masuk Wad)
Pelajar/Rakan Pelajar perlu mengisi borang permohonan perlu mengisi borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar di pejabat Unit Kebajikan Pelajar. Sumbangan Tabung Kebajikan Pelajar yang diterima
Pelajar layak menerima sumbangan RM 100.00 bagi kes kemalangan yang melibatkan pelajar dimasukkan ke wad. Tatacara Tabung Kenajikan Pelajar Bagi Kes –Kes Khas

Pelajar/Rakan Pelajar perlu mengisi borang permohonan perlu mengisi borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar di pejabat Unit Kebajikan Pelajar. Kes-kes khas yang dimaksudkan:

Kebakaran, bencana lam seperti banjir, kecurian, kemalangan yang melibatkan penjaga pelajar dan rawatan yang tidak ditanggung oleh Skim Kesihatan Pelajar

Cek sumbangan hendaklah diambil di kaunter Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari. Sumbangan Tabung Kebajikan Pelajar

Pemberiaan sumbangan TKP bagi kes-kes khas adalah di bawa budibicara Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar. Bagi kes rawatan kesihatan yang melibatkan alat bantuan hidup dan sebagainya yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan dan kos yang ditanggung TKP adalah tidak lebih dari 50% dari harga alat tersebut.

21/09/2014
11/06/2014

[MAKLUMAN]

Kepada mahasiswa-mahasiswi UKM yang sentiasa menginginkan program-program berkonsepkan Khidmat Komuniti, anda bolehlah turut serta dan membantu Urusetia Khas Program Khidmat Komuniti KPM

08/05/2014

[MAKLUMAN]

Pusat Sukan UKM memerlukan Sukarelawan seramai 40 orang untuk bertugas bagi Kejohanan Sukan FELCRA yang bakal berlangsung pada 15hb hingga 18hb Mei 2014. Surat pelepasan dan elaun saguhati disediakan.

kepada yang berminat, sila SMS jarak ke 0145452062

TERHAD KEPADA 40 ORANG SAHAJA!!

[MAKLUMAN]Program Sembang Santai Bersama Sarjana DIBATALKANHarap maklum
07/05/2014

[MAKLUMAN]

Program Sembang Santai Bersama Sarjana DIBATALKAN

Harap maklum

05/05/2014

[MAKLUMAN]
Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar,UKM akan mengadakan Kempen Kesejahteraan Pelajar yang bakal dijalankan pada ketetapan berikut :

Program : Kempen Kesejahteraan Pelajar (Siri 1)
Anjuran : Unit Kebajikan Pelajar, JPPel
Tarikh : 9 MEI 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat : Foyer Pusanika

Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kempen tersebut, banyak maklumat yang bakal dikongsikan. makanan juga turut disediakan bagi tetamu dan para pelajar yang hadir.

Alhamdulillah... Berakhir sudah Program Titian Khidmat Komuniti Sabah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangka...
27/04/2014

Alhamdulillah... Berakhir sudah Program Titian Khidmat Komuniti Sabah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan... nantikan program yang seterus iaitu Program Khidmat Komuniti Merlimau, Melaka...

[Langsung]Slot Senam Pagi yang telah diketuai oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan UKM..
18/04/2014

[Langsung]

Slot Senam Pagi yang telah diketuai oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan UKM..

[Langsung]Berlangsungnya slot pertama bagi Program Titian Khidmat Komuniti Sabah yang telah melibatkan lebih 100 orang p...
18/04/2014

[Langsung]

Berlangsungnya slot pertama bagi Program Titian Khidmat Komuniti Sabah yang telah melibatkan lebih 100 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan...

[Langsung]Alhamdulillah... akhirnya sampai sudah rombongan UKM ke Kota Kinabalu, Sabah... yang disambut oleh wakil pegaw...
17/04/2014

[Langsung]

Alhamdulillah... akhirnya sampai sudah rombongan UKM ke Kota Kinabalu, Sabah... yang disambut oleh wakil pegawai dan mahasiswa dari UMS..

Mesyuarat Penyelarasan Urusetia, Program Khidmat Komuniti Sabah...
03/04/2014

Mesyuarat Penyelarasan Urusetia, Program Khidmat Komuniti Sabah...

03/04/2014

Up Coming Program!!!!

Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Urusetia Kebajikan Pelajar akan mengadakan Program Titian Khidmat Komuniti Sabah yang akan diadakan pada 17 April hingga 23 April 2014, bertempat di Kimanis, Sabah..

Program berkonsepkan khidmat masyarakat yang turut disertakan dengan pengisian dan perkongsian ilmu bersama pelajar dan penduduk di kawasan Kimanis..

Seramai 21 orang Urusetia dan 21 orang Pegawai UKM telah menyertai program yang turut disertai oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah..

Semoga semuanya berjalan lancar.. Insyaa Allah.

Address

Paras 4 Bangunan PUSANIKA Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+60389214368

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urusetia Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Urusetia Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM:

Share