Jabatan Tenaga Atom

Jabatan Tenaga Atom Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia)
dahulu dikenali sebagai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

AELB komited dalam memastikan penggunaan tenaga atom di Malaysia adalah SELAMAT, TERJAMIN & TERKAWAL demi melindungi masyarakat, pekerja dan juga alam sekitar.

πŸ“ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π™πŽπ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π€π“πŽπŒPejabat Zon Utara (PZU), Jab...
14/06/2026

πŸ“ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π™πŽπ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π€π“πŽπŒ

Pejabat Zon Utara (PZU), Jabatan Tenaga Atom telah menerima lawatan penanda aras daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada 11 Jun 2026 bagi meneliti kesesuaian cadangan reka bentuk bangunan PZU sebagai rujukan dalam pembangunan projek Pusat Aktiviti Perpaduan KPN.

Delegasi KPN telah diberikan taklimat berkenaan konsep pembangunan bangunan PZU sebelum meninjau secara fizikal susun atur ruang, struktur serta elemen reka bentuk bangunan yang berfungsi sebagai inspirasi dan rujukan silang bagi projek berkenaan.

Lawatan ini dilaksanakan susulan PZU yang telah tersenarai dalam Pelan Pra-Hitungan (Pre-Approved Plan, PAP) yang diterbitkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), sekali gus mengiktiraf reka bentuk dan fungsi bangunan tersebut sebagai model rujukan bagi pembangunan fasiliti kerajaan.

Jabatan Tenaga Atom merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara atas kunjungan ini dan berharap perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dapat terus memperkukuh kerjasama antara agensi demi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.






IAEA-ANSN Regional Workshop on Environmental Radiation Monitoring 2026Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) pada minggu in...
13/06/2026

IAEA-ANSN Regional Workshop on Environmental Radiation Monitoring 2026

Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) pada minggu ini menganjurkan Regional Workshop on Environmental Radiation Monitoring yang berlangsung pada 8 hingga 12 Jun 2026 di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom, Dengkil, Selangor dengan kerjasama International Atomic Energy Agency (IAEA) di bawah platform Asian Nuclear Safety Network (ANSN).

Program serantau ini menghimpunkan pakar dan peserta dari China, Indonesia, Republik Korea, Sri Lanka, Vietnam dan Malaysia bagi memperkukuh kerjasama teknikal, perkongsian pengalaman serta pembangunan kapasiti dalam bidang pemantauan sinaran dan permonitoran alam sekitar di dalam aspek keselamatan nuklear.

Sepanjang bengkel ini, peserta akan membincangkan pelbagai topik penting termasuk:
πŸ”Ή Piawaian Keselamatan IAEA berkaitan pemantauan sinaran alam sekitar
πŸ”Ή Integrasi strategi perlindungan sinaran kebangsaan dengan program pemantauan fasiliti
πŸ”Ή Penilaian impak radiologi sebagai asas reka bentuk program pemantauan
πŸ”Ή Infrastruktur pemantauan sinaran alam sekitar termasuk pensampelan, analisis, jaminan kualiti dan pengurusan data
πŸ”Ή Kesiapsiagaan serta tindak balas kecemasan radiologi

Program selama 5 hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Teng Iyu Lin, Pengarah Bahagian Instalasi Nuklear mewakili Puan Ketua Pengarah. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh keupayaan teknikal dan infrastruktur pemantauan sinaran negara selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa.

Jabatan Tenaga Atom telah menerima lawatan sambil belajar daripada peserta Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH), Jabatan...
12/06/2026

Jabatan Tenaga Atom telah menerima lawatan sambil belajar daripada peserta Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH), Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 11 Jun 2026.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kursus Radiation Disaster and Public Health yang bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai aspek keselamatan radiasi, kesiapsiagaan serta pengurusan insiden radiologi dan nuklear di Malaysia.

Sepanjang lawatan, peserta telah mengikuti sesi ceramah dan penerangan berkaitan peranan Jabatan Tenaga Atom dalam kawal selia sinaran serta fungsi Pusat Pengurusan Tindak Balas Nuklear Kebangsaan (National Centre for Nuclear Response Management - NCNRM).

Program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kerjasama antara agensi dalam memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang kecemasan radiologi dan nuklear demi melindungi kesihatan awam serta kesejahteraan masyarakat.






π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π€πŠπ“π€ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π€π“πŽπŒ (ππˆππƒπ€π€π) πŸπŸŽπŸπŸ“ (π€πŠπ“π€ π€πŸπŸ•πŸ•πŸ—) π™πŽπ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍JOHOR BAHRU, 9 JUN 2026 – Sesi Libat ...
11/06/2026

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π€πŠπ“π€ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π€π“πŽπŒ (ππˆππƒπ€π€π) πŸπŸŽπŸπŸ“ (π€πŠπ“π€ π€πŸπŸ•πŸ•πŸ—) π™πŽπ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

JOHOR BAHRU, 9 JUN 2026 – Sesi Libat Urus Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 (Akta A1779) Zon Selatan telah berlangsung hari ini di Amari Hotel, Johor Bahru, Johor. Program ini bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman pemegang taruh mengenai pindaan kepada Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) susulan penguatkuasaan Akta A1779 yang telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2025.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Atom Malaysia, YBrs. Puan Hajah Noraishah binti Pungut. Program ini telah menghimpunkan lebih 220 peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemegang lesen serta pemain industri. Sesi libat urus ini merupakan platform penting untuk memperkukuh pemahaman mengenai keperluan perundangan baharu, selain memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan pelaksanaan dan pematuhan terhadap peruntukan Akta A1779.

Atom Malaysia berharap program seumpama ini dapat memperluaskan kefahaman pemegang taruh terhadap pindaan yang diperkenalkan serta menyokong pelaksanaan kawal selia yang lebih berkesan. Kerjasama erat antara badan kawal selia, pemegang lesen dan pemain industri amat penting bagi memastikan semua aktiviti yang melibatkan tenaga atom dan teknologi sinaran dilaksanakan secara selamat, terjamin dan terkawal demi kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta kemakmuran negara.

09/06/2026
MAGIS BAHASA  ATOMTahukah anda? Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah e-mel, bukannya emel atau email.Perkataan e-m...
05/06/2026

MAGIS BAHASA ATOM

Tahukah anda? Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah e-mel, bukannya emel atau email.

Perkataan e-mel merupakan kata pinjaman yang diserap daripada electronic mail dan ditulis menggunakan tanda sempang sebagai penanda kependekan.

✍️ Contoh penggunaan:
β€œHubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lanjut.”

Mari membudayakan penggunaan bahasa yang tepat dalam komunikasi dan penulisan rasmi.





Atom Malaysia berpeluang berkongsi maklumat mengenai peranan kami dalam memastikan keselamatan dan sekuriti nuklear di M...
04/06/2026

Atom Malaysia berpeluang berkongsi maklumat mengenai peranan kami dalam memastikan keselamatan dan sekuriti nuklear di Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang singgah ke reruai kami, menyertai aktiviti yang disediakan dan menunjukkan minat untuk mengenali Atom Malaysia dengan lebih dekat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menambah pengetahuan kepada adik-adik serta ibu bapa yang hadir. 😊

MAGIS BAHASA  ATOMSering menulis "Majlis ini sempena..."? Sebenarnya, frasa yang tepat ialah "Majlis ini bersempena deng...
04/06/2026

MAGIS BAHASA ATOM

Sering menulis "Majlis ini sempena..."? Sebenarnya, frasa yang tepat ialah "Majlis ini bersempena dengan...".

Sedikit pembetulan, besar impaknya.

Mari jadikan penggunaan bahasa yang betul sebagai amalan dalam setiap penulisan dan komunikasi kita.






ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π π“π‘πˆπ“πˆ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ”πŠπ‹π„π€π‘Jabatan Tenaga Atom (Atom M...
03/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π π“π‘πˆπ“πˆ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ”πŠπ‹π„π€π‘

Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) hari ini menganjurkan Program Libat Urus dan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Triti Antarabangsa yang berlangsung pada 3 hingga 4 Jun 2026 di Ibu Pejabat Atom Malaysia. Program ini melibatkan penyertaan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, badan teknikal, institusi akademik serta pemegang taruh strategik negara bagi membincangkan dan menyelaraskan usaha penyediaan pelan tindakan berkaitan komitmen Malaysia terhadap triti antarabangsa yang berkaitan.

Program ini memberi fokus kepada instrumen antarabangsa utama berkaitan keselamatan, sekuriti dan kawal guna nuklear iaitu:

πŸ”Ή Convention on Nuclear Safety (CNS)
πŸ”Ή Joint Convention on the Safety of Spent Nuclear Fuel Management and on the Safety of Radioactive Waste Management (Joint Convention)
πŸ”Ή Convention on the Physical Protection of Nuclear Material and its Amendment (CPPNM/A)
πŸ”Ή Additional Protocol (AP)

Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan memperkukuh kefahaman, kesediaan institusi dan penyelarasan dasar negara ke arah pertimbangan penyertaan Malaysia dalam instrumen-instrumen antarabangsa tersebut. Ia turut menjadi platform penting untuk membincangkan aspek kesiapsiagaan perundangan (readiness in law) dan kesiapsiagaan pelaksanaan (readiness in implementation) secara menyeluruh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom, yang menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuhkan tadbir urus nuklear negara selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, di samping menyokong aspirasi pembangunan negara dan penggunaan aman teknologi nuklear.

Atom Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua kementerian, agensi dan rakan strategik yang hadir serta menyumbang kepakaran dalam menjayakan program ini.










DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Sembah takzim daripada seluruh warga Jabatan Tenaga Atom.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Address

Department Of Atomic Energy Malaysia (Atom Malaysia), Batu 24, Jalan Dengkil
Bangi
43800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389225888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Atom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share