Jabatan Bendahari UKM

Jabatan Bendahari UKM IMAN ILMU AMAL
KEKAL BERINTEGRITI

TAHNIAH JABATAN BENDAHARI, UKMโœจ๐Ÿ†3  September 2026 - Satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh warga Jabatan Bendaha...
03/09/2026

TAHNIAH JABATAN BENDAHARI, UKMโœจ๐Ÿ†

3 September 2026 - Satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh warga Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya merangkul JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UKM 1448H/2026M๐Ÿ†๐Ÿฅ‡

Kejayaan ini telah diraih sempena Program Perarakan dan Perhimpunan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia 1448H/2026M.

Satu pasukan. Satu semangat. Satu kemenangan! ๐Ÿ’š

Kemenangan ini bukan sekadar sebuah piala, tetapi simbol kesatuan, kerjasama, komitmen dan semangat luar biasa seluruh warga Jabatan Bendahari yang bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan perarakan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua warga Jabatan Bendahari yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Setiap langkah, setiap senyuman dan setiap usaha akhirnya membuahkan hasil yang amat bermakna.

Semoga semangat ini terus mekar dalam setiap langkah kita, dan semoga kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sentiasa subur dalam hati serta diterjemahkan melalui akhlak dan amalan kita.








Program Perarakan dan Perhimpunan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM 1448H | 2026M โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, te...
03/09/2026

Program Perarakan dan Perhimpunan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM 1448H | 2026M โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Perarakan dan Perhimpunan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia 1448H/2026M pada 3 September 2026 (Khamis) bertempat di Panggung Seni, UKM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas penganjuran program yang penuh bermakna ini, yang terus diadakan saban tahun sebagai wadah untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐Ÿค

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Terima kasih pihak penganjur atas komitmen dan usaha yang berterusan dalam menjayakan program ini setiap tahun. ๐ŸŒน

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab, 33:21





๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman...
31/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, sejahtera dan berdaya maju. Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Merdeka๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas Daripada
Jabatan Bendahari, UKM






Salam Maulidur Rasul 1448Hโ€‹Semoga sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini memberi inspiras...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

โ€‹Semoga sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini memberi inspirasi kepada kita untuk terus mencontohi akhlak mulia dan menghayati sunnah Baginda.

Mari kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda agar kita sentiasa beroleh syafaatnya.

Ikhlas Daripada
Jabatan Bendahari, UKM

๐Ÿ“ข ANDA ADA PERTANYAAN MENGENAI KEWANGAN PELAJAR?Jangan risau, Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM sedia membant...
20/08/2026

๐Ÿ“ข ANDA ADA PERTANYAAN MENGENAI KEWANGAN PELAJAR?

Jangan risau, Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM sedia membantu! ๐Ÿ’™๐Ÿ’š

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan kewangan pelajar, boleh hubungi kami melalui saluran berikut:

๐Ÿ“ž 03-8911 8178 / 8181
๐Ÿ“ฑ WhatsApp: 019-720 8178
๐Ÿ“ง [email protected]

๐Ÿ’ฌ Hubungi kami, kami sedia membantu!

Bengkel Penerangan Kaedah Baharu Dan Penyelarasan Proses Tuntutan Bayaran Kerja Secara DigitalJabatan Bendahari akan men...
13/08/2026

Bengkel Penerangan Kaedah Baharu Dan Penyelarasan Proses Tuntutan Bayaran Kerja Secara Digital

Jabatan Bendahari akan menganjurkan satu (1) Bengkel Penerangan Kaedah Baharu Dan Penyelarasan Proses Tuntutan Bayaran Kerja Secara Digital seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Ogos 2026 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi โ€“ 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah (DKB 1), Bangunan Kedekanan FST, UKM Bangi

Bengkel ini diadakan bagi menerangkan pelaksanaan proses baharu bagi kaedah tuntutan bayaran pembekal secara digital (Tanpa Sistem eP@UKM) di samping menyelaras isu-isu teknikal tuntutan kerja bersama JPP, Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Kolej Kediaman UKM, HTABTAR dan HCTM bagi memastikan urusan perakuan terimaan dan penyediaan dokumen sokongan utama dilaksanakan secara tepat, telus serta mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman serta kelancaran warga UKM dalam mengadaptasi proses kerja secara digital.

12/08/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

KURSUS PENGENALAN KERANGKA ASAS MALAYSIAN PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STANDARD (MPSAS) Jabatan Bendahari dengan kerjasama J...
12/08/2026

KURSUS PENGENALAN KERANGKA ASAS MALAYSIAN PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STANDARD (MPSAS)

Jabatan Bendahari dengan kerjasama Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Kursus Pengenalan Kerangka Asas Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 19 - 20 Ogos 2026 (Rabu - Khamis)
Masa: 9.00 pagi โ€“ 4.30 petang
Tempat : Dalam Talian Platform Google Meet
Pautan Pendaftaran: https://appsmu.ukm.my/urusbakat/
Penceramah : Encik Ahmad Nur Fairuz Mashod

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan yang menguruskan kewangan dan mewujudkan satu standard yang seragam merentasi pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Warga Jabatan Bendahari adalah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut.

12 Ogos 2026 - Program Kepimpinan Kewangan bertajuk Memperkasa Integriti dan Akauntabiliti Tadbir Urus telah berjaya dia...
12/08/2026

12 Ogos 2026 - Program Kepimpinan Kewangan bertajuk Memperkasa Integriti dan Akauntabiliti Tadbir Urus telah berjaya dianjurkan hari ini bertempat di Auditorium, Zecon Hotel.

Selamat Berjuang kepada atlet Jabatan Bendahari UKM yg menyertai Sukan Staff Universiti Awam Malaysia (SUKUM) yg akan be...
10/08/2026

Selamat Berjuang kepada atlet Jabatan Bendahari UKM yg menyertai Sukan Staff Universiti Awam Malaysia (SUKUM) yg akan berlangsung pada 8-15 Ogos 2026 bertempat di UnisZa Terengganu .

1) Encik Zul Azri - Bahagian Perolehan (Acara Tenis)
2) Dr Rosma Ayu - Bahagian Pentadbiran (Acara Bola Jaring)
3) Puan Nur Aiza Musa - Bahagian Hasil (Acara Boling)
4) Encik Farid Omar - Bahagian Hasil (Acara Tenis)
5) Encik Nasirudin - Bahagian Kewangan Korporat (Acara Bola Tampar)
6) Encik Haziq Irfan - Zon Kewangan Kampus Cheras (Acara Bola Sepak)

Moga kemenangan diperoleh oleh semua atlet..
Atlet hebat, UKM hebat..

Address

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bendahari UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bendahari UKM:

Shortcuts

Share