02/12/2023
Sekitar Kelas Penyelidikan Perpustakaan pelajar siswazah Kursus : PPPY6283 โ KAEDAH PENYELIDIKAN Fakulti Pengajian Islam UKM pada 1 Disember 2023 (Jumaat). Terima kasih kepada para pensyarah subjek Kaedah Penyelidikan atas kolaborasi ini.
Kelas selama 3 jam ini (2.30 petang - 5.30 petang) mendedahkan para pelajar kepada sumber-sumber rujukan yang disediakan PTSL dan disusuli dengan Kuiz Jejak Maklumat untuk menguji kefahaman. Berpeluh juga mereka menjelajah ke aras 5 menyelongkar Koleksi Dokumen, panjat tangga ke aras 6 untuk mencari maklumat di Koleksi Arkib dan berpinau mata membaca informasi daripada mesin mikrofilem. Alhamdulliah 94 orang peserta yang dipecahkan kepada 9 kumpulan pelajar ini berjaya menyelesaikan tugasan menjawab 12 soalan yang disediakan. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti pertengahan semester! ๐๐๐๐