Jabatan Pendaftar UKM

Jabatan Pendaftar UKM Saluran Facebook rasmi Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan Pendaftar merupakan satu jabatan yang diwujudkan sejak penubuhan UKM yang bertanggungjawab dalam menguruskan sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan am dan keselamatan Universiti. Pada tahun 2011, Jabatan Pendaftar telah menstrukturkan semula bahagian dan unit di bawahnya mengikut fungsi dan tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian. Kini, Jabatan Pen

daftar terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu Pejabat Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan dan Bahagian Keselamatan. Jabatan Pendaftar telah diketuai oleh sebelas orang Pendaftar sejak penubuhannya pada tahun 1970.

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan ...
13/05/2026

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa (TNC HEAA) sehingga 12 Mei 2026.

Ikhlas daripada Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia

SEKITAR PROGRAM SUAI KENAL & PEMILIHAN JAWATANKUASA AKRABCARE UKM 2026 ✨Pada 8 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Pro...
12/05/2026

SEKITAR PROGRAM SUAI KENAL & PEMILIHAN JAWATANKUASA AKRABCARE UKM 2026 ✨

Pada 8 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Program Suai Kenal & Pemilihan Jawatankuasa AKRABCARE UKM 2026 bertempat di Auditorium Aras 2, Perpustakaan Lingkungan Kedua, UKM Bangi.

Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan peranan dan fungsi AKRABCARE UKM di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli serta memperkukuhkan budaya sokongan psikososial dalam kalangan warga UKM.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM, iaitu En. Muhamad Walid Bin Osman yang sentiasa memberi sokongan terhadap usaha memperkasakan kesejahteraan psikologi dan budaya kerja positif di UKM.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta menunjukkan komitmen dan semangat kebersamaan sepanjang program berlangsung. Semoga AKRABCARE UKM terus menjadi ruang sokongan yang memberi manfaat, inspirasi dan kekuatan kepada warga universiti. 🌷

“Kadang-kadang, kehadiran yang ikhlas lebih menyembuhkan daripada seribu nasihat.”

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera.Di sebalik penat seorang ibu,ada kasih yang tidak pernah berhentimendoakan yang ...
11/05/2026

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera.

Di sebalik penat seorang ibu,
ada kasih yang tidak pernah berhenti
mendoakan yang terbaik
untuk anak-anaknya. 🥰

Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada YBhg. Dato' Hisham Nordin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Sektor...
05/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada YBhg. Dato' Hisham Nordin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Sektor Swasta).

Semoga YBhg. Dato' sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta terus cemerlang dalam setiap amanah yang dipikul.

Ikhlas daripada
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs.Encik Muzafar Bin Mohd Din atas pelantikan semula sebagai Pendaftar Univer...
04/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs.Encik Muzafar Bin Mohd Din atas pelantikan semula sebagai Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA). Semoga terus menyumbang kepimpinan strategik demi kecemerlangan institusi.
Ikhlas daripada Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kursus Asas Keselamatan Siber yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM), Jabatan Pendaftar telah berla...
28/04/2026

Kursus Asas Keselamatan Siber yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April 2026 (Selasa). Penganjuran kursus ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga universiti yang prihatin terhadap ancaman digital masa kini.

Sesi ini disampaikan oleh Puan Marlina binti Abdul Latib, Pegawai Teknologi Maklumat F12 (KUP) dari DigitalUKM. Kini, beliau menerajui Bahagian Keselamatan Siber DigitalUKM bagi mengendalikan penguatkuasaan polisi, kawalan, audit, serta pengurusan insiden secara menyeluruh.

Ringkasan pengisian kursus merangkumi:
• Keselamatan Siber & Kebocoran Data: Penggunaan praktikal Have I Been Pwned bagi semakan e-mel dan tindakan pantas penukaran kata laluan jika data bocor.

• Pengurusan Akses: Panduan mencipta kata laluan unik dan teknik penyimpanan kredensial selamat bagi mencegah akses tanpa izin.

• Keselamatan Digital & Perbankan: Risiko fail .APK tidak sah dan perbandingan ciri keselamatan perbankan antara komputer dan telefon pintar.

Melalui inisiatif ini, BAKAT-UKM berharap agar segala ilmu dan kemahiran praktikal yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Adalah menjadi matlamat universiti agar setiap peserta berupaya mengamalkan langkah pencegahan siber yang berkesan, sekaligus melindungi integriti sistem serta peranti universiti di unit masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian berkongsi kepakaran serta kepada semua peserta atas komitmen jitu yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera.Hari ini, jangan tunggu semuanya cukup, cukupkan usaha dengan apa yang ada. 😉   ...
27/04/2026

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera.

Hari ini, jangan tunggu semuanya cukup, cukupkan usaha dengan apa yang ada. 😉

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN MODUL KECEMASAN DALAM Dimaklumkan bahawa fungsi kecemasan dah hampir 100% masuk dalam MyUKM versi ...
24/04/2026

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN MODUL KECEMASAN DALAM

Dimaklumkan bahawa fungsi kecemasan dah hampir 100% masuk dalam MyUKM versi android dan IOS.

Dimohon semua untuk mengambil maklum berkenaan penggunaan Modul Kecemasan dalam aplikasi MyUKM.

Terima kasih.

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2026Unit Perkembangan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM), Jabata...
22/04/2026

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2026

Unit Perkembangan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM), Jabatan Pendaftar telah berjaya melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2026 bermula pada 12 hingga 17 April 2026. Program yang bertempat di Pusat Latihan & Kemudahan PPP UKM, Tanjong Karang ini melibatkan seramai 40 orang peserta daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan Kumpulan Akademik daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UKM.

Penganjuran kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar bagi menghidupkan semula serta memanfaatkan fasiliti sedia ada UKM dalam menggalakkan penjimatan seiring dengan keperluan semasa universiti. Penganjuran program kali ini turut memperkenalkan dua (2) modul baharu yang menekankan kepentingan pengurusan kewangan peribadi serta memberi pendedahan berkenaan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam.

Pada 14 April 2026, program ini mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Zanudin Mohd. Daud, Pendaftar UKM bagi sesi ramah mesra bersama para peserta. Beliau menekankan kepentingan budaya kerja cemerlang serta peranan kritikal Kumpulan P&P dan Akademik sebagai kumpulan pemikir utama dalam memacu hala tuju dan agenda pemerkasaan UKM.

Semoga perkongsian ilmu sepanjang program ini dapat memberikan impak positif dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan integriti kakitangan.

Turut hadir semasa program ini ialah Encik Saidi Ismail, Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM) dan Encik Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar.

Dilaporkan oleh:
Unit Perkembangan Kompetensi,
Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM),
22 April 2026.

IKLAN TAWARAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP N9Dimaklumkan bahawa Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar UKM ing...
20/04/2026

IKLAN TAWARAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP N9

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar UKM ingin mempelawa sesiapa yang berminat dan berkelayakan bagi jawatan Personal Mystep N9.

Sehubungan dengan itu, permohonan boleh dibuat melalui qr kod seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LALUAN KEMAJUAN KERJAYA (TANPA KEKOSONGAN JAWATAN) BAGI SKIM PEG...
15/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LALUAN KEMAJUAN KERJAYA (TANPA KEKOSONGAN JAWATAN) BAGI SKIM PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q13, Q12 DAN Q10

Pada 14 April 2026, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Secara Laluan Kemajuan Kerjaya (Tanpa Kekosongan Jawatan) bagi Skim Pegawai Penyelidik (Q) yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 6, Bangunan Canselori, UKM.

Majlis ini menyaksikan seramai 15 orang pegawai telah berjaya ditawarkan kenaikan pangkat, melibatkan seorang (1) Pegawai Penyelidik Gred Q13, 11 orang Pegawai Penyelidik Gred Q12 dan tiga (3) Pegawai Penyelidik Gred Q10.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang menerima kenaikan pangkat. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang kepada kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia pada masa hadapan.






Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftar UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftar UKM:

Share