Perpustakaan Lingkungan Kedua

Perpustakaan Lingkungan Kedua Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2) telah ditubuhkan pada 2012 dan memulakan perkhidmatannya pada 9 September 2013.

Perpustakaan ini menguruskan sumber maklumat di dalam bidang kejuruteraan, alam bina dan sains teknologi maklumat. Perpustakaan Lingkungan Kedua telah ditubuhkan pada 2012 dan memulakan perkhidmatannya pada 9 September 2013. Perpustakaan ini menguruskan sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti dalam bidang kejuruteraa

n, senibina, teknologi dan sains maklumat. Perpustakaan yang terletak di Lingkungan Kedua UKM, berkongsi bangunan dengan Pusat Pengurusan Akademik, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan Pelajar. Bangunan ini setinggi tujuh (7) aras dengan perpustakaan berada di Aras 2 hingga 5 dengan keluasan 4,042 meter persegi.

10/06/2026

Pendekatan yang menyerlahkan realiti seorang Pustakawan.

Pameran Pemerkasaan Bahasa Melayu "Penerbitan Berkualiti, Impak Berpanjangan"
08/06/2026

Pameran Pemerkasaan Bahasa Melayu "Penerbitan Berkualiti, Impak Berpanjangan"

Selamat Hari Pustakawan, 6 Jun 2026
06/06/2026

Selamat Hari Pustakawan, 6 Jun 2026

πŸ“š Selamat Hari Pustakawan 2026 πŸ“š

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pustakawan yang sentiasa komited dalam memartabatkan ilmu, memperkasa literasi maklumat serta menyokong kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Dedikasi, profesionalisme dan khidmat bakti anda menjadi tunjang dalam membentuk masyarakat berilmu dan berdaya saing.

✨ "Pustakawan: Penggerak Ilmu, Pemangkin Masyarakat Berinformasi."

Selamat Hari Pustakawan kepada semua pustakawan di Malaysia. Teruskan menyemai budaya ilmu demi masa depan yang lebih gemilang.

Semua dijemput hadir memeriahkan program telaah Memoir Pustakawan 2.0 :Kisah Orang Pustaka
04/06/2026

Semua dijemput hadir memeriahkan program telaah Memoir Pustakawan 2.0 :Kisah Orang Pustaka

πŸ“šβœ¨ PROGRAM TELAAH MEMOIR PUSTAKAWAN 2.0: KISAH ORANG PUSTAKA βœ¨πŸ“š

Perpustakaan UKM dengan sukacitanya menjemput seluruh warga universiti dan pencinta buku untuk menghadiri Program Telaah Memoir Pustakawan 2.0: Kisah Orang Pustaka yang menampilkan perkongsian istimewa daripada penyelenggara dan penulis buku.

🌟 Slot Istimewa
πŸ“– Sesi Buku Bersambut bersama Netizen Buku

Dari pembaca kepada pembaca. Sertai sesi istimewa yang menampilkan pembaca terpilih berkongsi pengalaman, refleksi dan inspirasi yang diperoleh daripada Memoir Pustakawan 2.0: Kisah Orang Pustaka.

πŸŽ™οΈ Pembicara
πŸ“– YBhg. Datin Nor Azzah Momin
Ketua Pustakawan, Perpustakaan USIM
(Penyelenggara dan Penulis Buku)

πŸ“– Dr. Mazni Md Yusof
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan UKM
(Penulis Buku)

🎀 Moderator
Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza

πŸ“… 10 Jun 2026 (Rabu)
πŸ• 2.30 Petang
πŸ“ Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

πŸ“± Siaran Langsung:
Facebook Live Perpustakaan Tun Seri Lanang

πŸ“– "Setiap pustakawan mempunyai kisah. Setiap kisah membawa makna. Setiap makna menyuburkan ilmu."

Semua Warga UKM dijemput hadir memeriahkan acara.







Selamat Hari Raya Aidiladha ikhlas dari Kami warga Perpustakaan Lingkungan Kedua.
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha ikhlas dari Kami warga Perpustakaan Lingkungan Kedua.

π‘Ίπ’†π’Žπ’Šπ’π’‚π’“ 𝑳𝒆𝒗𝒆𝒍-𝑼𝒑 𝒀𝒐𝒖𝒓 π‘Ίπ’„π’Šπ’†π’π’•π’Šπ’‡π’Šπ’„ π‘ͺπ’π’Žπ’Žπ’–π’π’Šπ’„π’‚π’•π’Šπ’π’, Program kolaborasi sinergi yang terjalin antara ACS Malaysia American Ch...
25/05/2026

π‘Ίπ’†π’Žπ’Šπ’π’‚π’“ 𝑳𝒆𝒗𝒆𝒍-𝑼𝒑 𝒀𝒐𝒖𝒓 π‘Ίπ’„π’Šπ’†π’π’•π’Šπ’‡π’Šπ’„ π‘ͺπ’π’Žπ’Žπ’–π’π’Šπ’„π’‚π’•π’Šπ’π’,

Program kolaborasi sinergi yang terjalin antara ACS Malaysia American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter, Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM dan Perpustakaan Lingkungan Kedua, UKM dengan sokongan ACS UKM International Student Chapter dan ACS Publications ini dianjurkan adalah bersempena sambutan 150 tahun ACS.

Seminar ini memberikan pendedahan praktikal dalam komunikasi saintifik, perkongsian ilmu serta membuka peluang jaringan profesional (networking). Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar prasiswazah, pascasiswazah, penyelidik awal kerjaya serta seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

πŸ—“οΈπ‘»π’‚π’“π’Šπ’Œπ’‰ : 21 π‘΄π’†π’Š 2026 (π‘²π’‰π’‚π’Žπ’Šπ’”)
⏰𝑴𝒂𝒔𝒂 : 9:30 π’‘π’‚π’ˆπ’Š – 12:30 π’•π’†π’π’ˆπ’‚π’‰ π’‰π’‚π’“π’Š
πŸ“π‘»π’†π’Žπ’‘π’‚π’• : π‘¨π’–π’…π’Šπ’•π’π’“π’Šπ’–π’Ž, 𝑨𝒓𝒂𝒔 2, π‘·π’†π’“π’‘π’–π’”π’•π’‚π’Œπ’‚π’‚π’ π‘³π’Šπ’π’ˆπ’Œπ’–π’π’ˆπ’‚π’ 𝑲𝒆𝒅𝒖𝒂, 𝑼𝑲𝑴

Makluman untuk semua pelanggan Perpustakaan Lingkungan Kedua Waktu Operasi Perpustakaan Lingkungan Kedua 25-29 MEI 2026.
19/05/2026

Makluman untuk semua pelanggan Perpustakaan Lingkungan Kedua Waktu Operasi Perpustakaan Lingkungan Kedua 25-29 MEI 2026.

Makluman untuk semua pelanggan Perpustakaan Lingkungan Kedua.
19/05/2026

Makluman untuk semua pelanggan Perpustakaan Lingkungan Kedua.

Address

Aras 2, Perpustakaan Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Lingkungan Kedua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category