Polis Daerah Kota Marudu

Polis Daerah Kota Marudu Segala maklumat boleh disalurkan pada talian 088662449. Kepuasan dan Keselamatan Masyarakat Kota menjadi Keutamaan kami. Polis & Masyarakat Berpisah Tiada.
(1)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 & SELAMAT HARI SABAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKetua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin L...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 & SELAMAT HARI SABAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin, ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Kota Marudu, serta Selamat Hari Sabah 2026 kepada seluruh rakyat Negeri Sabah.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dengan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan, toleransi dan kecintaan terhadap tanah air.

Keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati hari ini merupakan hasil pengorbanan serta usaha generasi terdahulu yang wajar kita hargai, pelihara dan pertahankan bersama.
Sebagai rakyat Malaysia dan anak-anak Sabah yang berbilang kaum, agama dan budaya, marilah kita terus berganding bahu memperkukuh perpaduan, menghormati kepelbagaian serta mengekalkan keamanan demi masa depan negara dan Negeri Sabah yang lebih aman, maju dan sejahtera.

โ€œMalaysia Merdeka, Sabah Sejahtera, Bersatu Memperkasa Negara.โ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒบ SELAMAT HARI SABAH 2026! ๐ŸŒบ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






PROGRAM BERIBADAH BERSAMA KOMUNITI KRISTIAN PERINGKAT IPD KOTA MARUDUKOTA MARUDU | 30 Ogos 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daer...
30/08/2026

PROGRAM BERIBADAH BERSAMA KOMUNITI KRISTIAN PERINGKAT IPD KOTA MARUDU

KOTA MARUDU | 30 Ogos 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah melaksanakan Program Beribadah Bersama Komuniti Kristian Peringkat IPD Kota Marudu bertempat di Gereja SIB Kg. Surun-Surun, Kota Marudu, pada hari ini.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah disertai oleh 39 orang warga PDRM dan ahli keluarga, diketuai oleh Supt. Simiun bin Lomudin, Ketua Polis Daerah Kota Marudu bersama ASP Pirikson bin Ubak, KBPD KM, Insp. Noorsi binti Meja, Insp. Romioh Wong serta 22 orang PRP dan 10 orang ahli keluarga PDRM.

Turut hadir ialah Pastor Jimmy Agah, Ketua Gereja, Encik Jubil Mosudin,Timbalan Ketua Gereja serta seramai 45 orang jemaat Gereja SIB Kg. Surun-Surun.

Program ini bukan sahaja memberi pengisian kerohanian, malah menjadi platform untuk memperkukuh semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan persefahaman antara warga PDRM dengan komuniti setempat.

Penganjuran program sebegini selaras dengan aspirasi PDRM dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat, bertepatan dengan prinsip โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€.

Pihak PDRM IPD Kota Marudu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Gereja SIB Kg. Surun-Surun serta seluruh jemaat atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.




๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐ŸŒ™Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Sup...
24/08/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐ŸŒ™

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam, khususnya warga PDRM Kota Marudu serta masyarakat Islam di Daerah Kota Marudu.

Sambutan yang penuh bermakna ini menjadi ruang untuk kita mengenang perjuangan, kepimpinan dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh teladan kepada umat Islam dalam membentuk kehidupan yang berteraskan nilai kasih sayang, amanah, kesabaran, keadilan dan keharmonian.

Semoga penghayatan terhadap nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran dan teladan Rasulullah SAW dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

'๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ 1448๐˜ / 2026๐˜”'




PROGRAM WALKABOUT SANTUNI PENIAGA SEKITAR SK TAGAROHKOTA MARUDU, 24 Ogos 2026 โ€“ Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselama...
24/08/2026

PROGRAM WALKABOUT SANTUNI PENIAGA SEKITAR SK TAGAROH

KOTA MARUDU, 24 Ogos 2026 โ€“ Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah melaksanakan Program Walkabout Santuni Peniaga di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Tagaroh.

Program ini diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) IPD Kota Marudu, ASP Jailix bin Amindang bersama empat (4) anggota BPJKK.

Program walkabout ini bertujuan mendekati komuniti setempat, khususnya para peniaga, di samping menyampaikan nasihat berkaitan aspek keselamatan, pencegahan jenayah serta menggalakkan kerjasama masyarakat dengan pihak polis dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera.

Sepanjang program berlangsung, warga BPJKK turut berinteraksi secara santai bersama para peniaga serta mendapatkan maklum balas berhubung isu-isu keselamatan di kawasan sekitar.

PDRM IPD Kota Marudu sentiasa komited dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti melalui pendekatan โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€.






๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จKOTA MARUDU, 7 Ogos 2026(Jumaat) | IPD Kota Marudu telah mengadakan Program Gotong-...
07/08/2026

๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จ

KOTA MARUDU, 7 Ogos 2026(Jumaat) | IPD Kota Marudu telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin dengan penyertaan pegawai kanan polis, pegawai rendah Polis serta pegawai awam IPD Kota Marudu.

Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, ceria, selamat dan kondusif di samping memupuk semangat kerjasama, perpaduan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan warga IPD Kota Marudu.

Sepanjang program, peserta berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan pejabat, balai, perkarangan dan kemudahan awam dalam kawasan IPD bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Usaha sebegini mencerminkan komitmen berterusan warga PDRM dalam membudayakan amalan kebersihan, disiplin dan semangat kerja berpasukan demi memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

"๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘–๐‘ ๐‘Žโ„Ž ๐‘‡๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž"




PENUGASAN KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM JELAJAH KEBUN DAPUR KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN DAERAH K...
05/08/2026

PENUGASAN KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM JELAJAH KEBUN DAPUR KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2026

Kota Marudu, 4 Ogos 2026 | Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kota Marudu telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang berlangsungnya Program Jelajah Kebun Dapur Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Daerah Kota Marudu Tahun 2026 .

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Jamawi bin Jaffar , Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Turut hadir ialah Supt. Simiun bin Lomudin , Ketua Polis Daerah Kota Marudu, bersama para pegawai daripada agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Penugasan yang dilaksanakan oleh anggota PDRM IPD Kota Marudu bertujuan memastikan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan kelancaran pergerakan sepanjang program berlangsung berada pada tahap terbaik.

PDRM IPD Kota Marudu komited untuk terus menyediakan perkhidmatan yang profesional dalam menjamin keselamatan setiap program rasmi serta menjalin hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat.




๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จKota Marudu, 3 Ogos 2026 (Isnin) โ€“ Ibu Pejabat P...
03/08/2026

๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จ

Kota Marudu, 3 Ogos 2026 (Isnin) โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah mengadakan Perhimpunan General Roll Call yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin dengan kehadiran pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam IPD Kota Marudu.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Taat Setia PDRM sebagai simbol komitmen seluruh warga IPD Kota Marudu dalam mengekalkan semangat patriotisme, integriti, disiplin serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi, agama, bangsa dan negara.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai tanda penghargaan kepada warga IPD Kota Marudu yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, dedikasi tinggi serta komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Dalam amanatnya, Ketua Polis Daerah Kota Marudu menyeru seluruh warga IPD Kota Marudu agar terus memperkukuhkan disiplin, meningkatkan profesionalisme serta mengamalkan budaya kerja berintegriti demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang (APC). Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, amanah dan cemerlang.




PROGRAM "TALK TO US" SEMPENA PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK (PKB) / MOBILE COMMUNITY SERVICE (MCS) DI SK LAMPADA...
02/08/2026

PROGRAM "TALK TO US" SEMPENA PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK (PKB) / MOBILE COMMUNITY SERVICE (MCS) DI SK LAMPADA, KOTA MARUDU

Kota Marudu, 2 Ogos 2026 (Ahad) | Program "Talk To Us" telah dilaksanakan bersempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) / Mobile Community Service (MCS) yang berlangsung di SK Lampada, Kota Marudu. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat setempat melalui pendekatan mesra komuniti serta penyampaian maklumat berkaitan keselamatan dan pencegahan jenayah.

Sepanjang program, pegawai dan anggota PDRM telah membuka reruai "Talk To Us" bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung, mengemukakan pertanyaan, menyalurkan maklumat serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan isu keselamatan, jenayah, penyalahgunaan dadah, buli siber, penipuan dalam talian (scam) dan tanggungjawab masyarakat dalam membantu pihak polis mengekalkan keamanan.

Selain itu, risalah-risalah pencegahan jenayah turut diedarkan kepada para pengunjung sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap langkah-langkah keselamatan dan kepentingan kerjasama dengan PDRM dalam membanteras jenayah.

Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara PDRM dan komuniti setempat selaras dengan konsep "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada", di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM.




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—กKetua Polis Daerah Kota Maridi, Supt. Simiun bin Lomudin dan seluruh warga Ibu Pejabat...
31/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

Ketua Polis Daerah Kota Maridi, Supt. Simiun bin Lomudin dan seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh perajurit, anggota pasukan keselamatan serta semua wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Sesungguhnya jasa, pengorbanan dan keberanian para pahlawan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang untuk terus menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

" Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan. "

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› โ—โ—โ—Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin serta seluruh warga Ibu Pejab...
29/07/2026

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› โ—โ—โ—

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun bin Lomudin serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH SAC Datuk Mohd Azhar bin Hamin atas pelantikan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu serta kenaikan pangkat ke Deputy Commissioner of Police (DCP).

Semoga pelantikan dan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam menerajui pasukan, sekali gus memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang profesional, berintegriti dan berwibawa demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga YDH Datuk terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Sekalung tahniah dan syabas.



Address

Bandau Kota Marudu

Telephone

+6088662449

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share