𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”

  • Home
  • Malaysia
  • Bandau Kota Marudu
  • 𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”

𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” content creator individual

𝐎𝐏 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸ”: π“πˆπ€πƒπ€ πŠπŽπŒππ‘πŽπŒπˆβ€ΌοΈ 𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” π†π„πŒππ”π‘ π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 – π‘π€πŒππ€π’ πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ π€πˆπ‘ πŠπ„π“π”πŒKOTA MARUDU, 22 MA...
22/03/2026

𝐎𝐏 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸ”:
π“πˆπ€πƒπ€ πŠπŽπŒππ‘πŽπŒπˆβ€ΌοΈ 𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” π†π„πŒππ”π‘ π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 – π‘π€πŒππ€π’ πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ π€πˆπ‘ πŠπ„π“π”πŒ

KOTA MARUDU, 22 MAC 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Marudu sekali lagi membuktikan komitmen tinggi dalam membanteras kegiatan samseng jalanan apabila melaksanakan operasi khas di Jalan Sumbilingon pada 21 Mac 2026 kira-kira jam 2300Hrs.

Operasi Khas ini diketuai oleh Insp Julina Binti Samuel, Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kota Marudu bersama Insp Rainol (KBSJKD) dan dibantu sepenuhnya oleh anggota BSPT IPD Kota Marudu iaitu Sjn 130007 Ambrose Ak Manjeng, Kpl 150697 Mohd Najib Bin Hanifas, Kpl 174424 Rickmon Bin Mailin, L/Kpl 216598 Mohd Nor Azriey Bin Rohim serta Kpl Cliffly Romex (Pemandu Lori PDRM).

πŸ” FAKTA OPERASI:
β€’ 2 buah motokar diperiksa
β€’ 4 buah motosikal diperiksa
β€’ 14 buah kenderaan pacuan empat roda (pickup) diperiksa
β€’ 50 individu diperiksa

Pada 22 Mac 2026 sekitar jam 0030Hrs, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan dan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan, khususnya melibatkan penunggang motosikal yang dipercayai terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah Kenderaan telah membawa kepada penemuan 1 kotak polisterin mengandungi 4 botol minuman jenama Sasa berisi cecair hijau disyaki air ketum dengan anggaran 1500ml setiap botol.

Tidak terhenti di situ, pemeriksaan ke atas kenderaan lain turut menemui tambahan rampasan iaitu 1 botol air mineral jenama Sasa dan 1 botol minuman jenama Coca-Cola yang juga mengandungi cecair disyaki air ketum.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Bin Lomudin menegaskan bahawa pihak polis TIDAK AKAN BERKOMPROMI terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan atau penyalahgunaan bahan terlarang.

⚠️ TINDAKAN TEGAS DIAMBIL
Kesemua suspek yang terlibat DITAHAN dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Semua barang rampasan serta tangkapan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Marudu.

πŸ—‚οΈ Kes disiasat di bawah:
β€’ Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1957
β€’ Seksyen 30(3) Akta Racun 1952

🚫 AMARAN KERAS PDRM
PDRM memberi amaran tegas kepada semua pihak:
❗ Hentikan aktiviti samseng jalanan
❗ Jangan jadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan
❗ Elakkan terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang

Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan.

KESELAMATAN ANDA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA









20/03/2026

πŸŒ™ UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI πŸŒ™

Supt Simiun Bin Lomudin, Ketua Polis Daerah Kota Marudu bersama seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat khususnya warga Kota Marudu yang dikasihi.

Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta dalam suasana harmoni bersama keluarga tercinta.

Dalam kegembiraan menyambut perayaan ini, saya ingin menasihatkan agar semua sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Patuhi peraturan jalan raya, pastikan keselamatan rumah terjamin serta sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pihak Polis Diraja Malaysia Kota Marudu akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara sepanjang musim perayaan ini.

Akhir kata, sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan berhati-hati di mana jua anda berada.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin."





𝐎𝐏 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸ”: π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 ππŽπ‹πˆπ’ π“π‘π€π…πˆπŠ π„π‹π€πŠ πŠπ„π’π„π’π€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐋𝐔 π‹πˆππ“π€π’ Kota Marudu, 20 Mac 2026 – Semasa rondaan OP Sela...
20/03/2026

𝐎𝐏 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸπŸ”:
π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 ππŽπ‹πˆπ’ π“π‘π€π…πˆπŠ π„π‹π€πŠ πŠπ„π’π„π’π€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐋𝐔 π‹πˆππ“π€π’

Kota Marudu, 20 Mac 2026 – Semasa rondaan OP Selamat 26/2026 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan Batu 8, seorang wanita pemandu Perodua Kembara dilaporkan terhenti secara tiba-tiba ketika hendak memasuki bulatan Taman Marudu.

Anggota Polis Trafik BSPT Kota Marudu, Kpl Mohd Najib Bin Hanifas dan Kpl Rickmon Bin Mailin, yang kebetulan melalui lokasi tersebut,segera memberi bantuan. Kenderaan tersebut telah ditolak dan dialihkan ke tempat selamat bagi memastikan laluan kembali lancar dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kejadian ini berlaku pada jam 1200Hrs dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan.

Orang awam dinasihatkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memandu dan sentiasa berhati-hati, terutama di kawasan tumpuan orang ramai semasa perayaan.









𝐎𝐏 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍: 🚨 π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πƒπˆ ππˆπ“π€π’PITAS, 15 Mac 2025 – Bahagian Siasatan dan Penguat...
16/03/2026

𝐎𝐏 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍:
🚨 π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πƒπˆ ππˆπ“π€π’

PITAS, 15 Mac 2025 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah melaksanakan Op Samseng Jalanan di sekitar Kampung Bawang, Pitas dan kawasan Pekan Pitas susulan maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan aktiviti samseng jalanan di kawasan tersebut.

Operasi berkenaan diketuai oleh Insp Julina Bt Samuel, Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kota Marudu bersama 05 anggota BSPT IPD Kota Marudu.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 1730Hrs, pasukan operasi telah menahan dan menjalankan pemeriksaan ke atas 12 buah motosikal melibatkan 15 individu terdiri daripada penunggang dan pembonceng.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan trafik telah dikesan antaranya tidak memiliki lesen memandu yang sah, tiada cermin pandang belakang, ubah suai ekzos serta lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang lalu lintas.

Sehubungan itu, sebanyak 08 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Selain itu, 05 penunggang bersama 05 buah motosikal telah dibawa ke Balai Polis Pitas untuk tindakan lanjut, manakala penunggang lain telah dikenakan saman di tempat kejadian.

Operasi ini dilaksanakan sebagai tindakan berterusan Polis Diraja Malaysia dalam membanteras aktiviti samseng jalanan serta meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.









Following
TopFan
𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”

16/03/2026

PELAKSANAAN OP TEMBAK LAJU SEMPENA OP SELAMAT 26 – JSPT SABAH

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah ingin memaklumkan kepada seluruh warga negeri Sabah mengenai pelaksanaan Op Tembak Laju yang akan dikuatkuasakan secara menyeluruh di seluruh daerah pada 19 Mac 2026 hingga 24 Mac 2026.

Pelaksanaan operasi ini adalah bersempena dengan Op Selamat 26 yang bertujuan untuk meminimumkan risiko kemalangan jalan raya serta mendidik pengguna agar sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Pihak JSPT menegaskan bahawa tiada sebarang tawaran diskaun akan diberikan bagi saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh operasi ini. Ketetapan ini merangkumi saman kesalahan had laju serta semua kesalahan trafik yang lain bagi memastikan integriti penguatkuasaan kekal di tahap tertinggi.

PDRM menyeru agar seluruh lapisan masyarakat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengamalkan pemanduan berhemah. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab kolektif demi kesejahteraan komuniti di Negeri Sabah.

"Pandu Cermat, Jiwa Selamat"

𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” ππ„π‘π‰π€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 π‹π„π‹π€πŠπˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπŽπ“πŽπ’πˆπŠπ€π‹ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ†Kota Marudu, 9 Mac 2026 – Bahagian Siasatan...
09/03/2026

𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” ππ„π‘π‰π€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 π‹π„π‹π€πŠπˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπŽπ“πŽπ’πˆπŠπ€π‹ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ†

Kota Marudu, 9 Mac 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Marudu berjaya menahan seorang lelaki tempatan serta merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang dalam satu operasi pematuhan yang dijalankan di Jalan Bunsadan, Kota Marudu pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira hari ini jam 8.30 pagi, sepasukan anggota BSPT IPD Kota Marudu yang diketuai oleh Sjn 130007 Ambrose Ak Manjeng bersama Sjn 146227 Hassim, Kpl 150697 Najib dan Kpl 174424 Rickmon sedang menjalankan Op Pematuhan di kawasan tersebut.

Semasa rondaan dijalankan, anggota pasukan telah menahan dan memeriksa sebuah motosikal jenis SM Sport 2020 yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Hasil pemeriksaan nombor casis menggunakan sistem MCAD mendapati motosikal tersebut tersenarai sebagai kenderaan dilaporkan hilang bersabit laporan polis Kota Marudu/000583/26 yang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu untuk tindakan lanjut.

PDRM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan kenderaan yang dibeli mempunyai dokumen sah serta membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada terlibat dengan kes kenderaan curi.








Address

Jalan Marudu
Bandau Kota Marudu
89108

Telephone

+6088661066

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ” posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 𝐁𝐒𝐏𝐓 πˆππƒ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”:

Share