21/08/2026
๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐ผ๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐ฑ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐ง๐ฎ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ผ๐ต
๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐จ๐๐จ, 21 Ogos 2026 โ Usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat pedalaman terus diperkasakan menerusi ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐ผ๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐ฑ๐ yang berlangsung di Kampung Tagaroh.
Program tersebut dirasmikan oleh ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ถ๐ท๐ผ๐น ๐ ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฝ, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN N6 Bandau, yang turut menzahirkan komitmen berterusan terhadap kebajikan dan keperluan masyarakat di kawasan luar bandar.
Program Mahkamah Bergerak ini berlangsung selama dua hari, bermula 21 hingga 22 Ogos 2026, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, badan guaman serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberikan perkhidmatan secara terus kepada penduduk, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Sabah), Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sabah, Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Persatuan Undang-Undang Sabah, JHEAINS, SUHAKAM serta beberapa NGO.
Program berkenaan memberi peluang kepada penduduk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan berkaitan pelbagai permasalahan, termasuk urusan sijil kelahiran, dokumen pendaftaran, isu-isu guaman serta perkara berkaitan undang-undang dan kebajikan tanpa perlu bersusah payah pergi jauh ke bandar.
Bagi YB Datuk Dr Maijol Mahap, pendekatan membawa perkhidmatan terus ke kampung merupakan satu bentuk keprihatinan dan kebersamaan dalam memastikan masyarakat, terutama penduduk pedalaman, tidak tercicir daripada mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan.
Komitmen tersebut juga mencerminkan keprihatinan beliau yang sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan penduduk kampung serta berusaha memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Mahkamah Bergerak bukan sekadar membawa perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat, tetapi turut menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat pedalaman dengan sistem perkhidmatan kerajaan dan perundangan secara lebih mudah, dekat dan berkesan.