Majlis Daerah Kota Marudu

Majlis Daerah Kota Marudu Admin MDKM

MESYUARAT SUKAN ZON 5 SKTS KALI KE-14 BIL. 1/2026Mesyuarat Sukan Zon 5 Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Kali Ke-14, Bil. 1...
11/09/2026

MESYUARAT SUKAN ZON 5 SKTS KALI KE-14 BIL. 1/2026

Mesyuarat Sukan Zon 5 Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Kali Ke-14, Bil. 1/2026 telah diadakan pada 10 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Mesyuarat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh lima Pegawai Eksekutif PBT Zon 5, iaitu Tuan Jackley bin Gielbert daripada Lembaga Bandaran Kudat, Tuan Abdul Sani Arsat daripada Majlis Daerah Kota Marudu, Tuan Hamsad bin Hj. Abd. Wahid daripada Majlis Daerah Kota Belud, serta wakil Tuan Abdul Hafiz bin Yahya dari Majlis Daerah Pitas dan wakil Tuan Jamlin bin Ladin dari Majlis Daerah Tuaran. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada setiap PBT Zon 5.

Sukan Zon SKTS Ke-14 Tahun 2026 dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 13 November 2026 bertempat di Sandakan. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persediaan Kontinjen Zon 5 yang mewakili kawasan utara Sabah dalam menghadapi kejohanan tersebut. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pembentukan jawatankuasa sukan Zon 5, penetapan tarikh pemilihan atlet serta jadual latihan bagi setiap PBT, penyediaan baju kontinjen Zon 5 dan urusan penginapan kontinjen sepanjang kejohanan.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa perkara lain berkaitan persediaan dan penyelarasan Kontinjen Zon 5. Perbincangan tersebut penting bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan secara teratur melalui kerjasama lima PBT, iaitu Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Pitas dan Majlis Daerah Tuaran. Mesyuarat Sukan Zon 5 SKTS yang kedua akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan perkara-perkara yang masih tertangguh serta memastikan persediaan kontinjen berjalan lancar sebelum kejohanan berlangsung.

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu MDKM Sesi 2026/2027Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu Bersama Pengerusi dan Pegawai M...
08/09/2026

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu MDKM Sesi 2026/2027

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu Bersama Pengerusi dan Pegawai Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah diadakan pada 7 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan MDKM. Sesi yang berlangsung pada sebelah pagi tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.6 Bandau. Turut hadir ialah YB Datuk Hendrus Anding (Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.7 Tandek), Puan Meirin Sugara (Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu), Tuan Abdul Sani Arsat (Pegawai Eksekutif MDKM) serta semua Ahli Majlis Daerah sesi 2026/2027 yang baharu dilantik.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Meirin Sugara, sebelum diteruskan dengan amanat daripada YB Datuk Hendrus Anding kepada Ahli Majlis Daerah yang baharu dilantik. Seterusnya, YB Datuk Dr. Maijol Mahap turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu menjadi Ahli Majlis sebagai panduan dan motivasi kepada barisan Ahli Majlis yang baharu. Perkongsian tersebut memberi penekanan terhadap peranan, tanggungjawab dan komitmen Ahli Majlis dalam melaksanakan amanah demi kepentingan masyarakat serta pembangunan daerah Kota Marudu.

Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan Taklimat Tadbir Urus yang disampaikan oleh Tuan Abdul Sani Arsat bagi memberikan pemahaman mengenai aspek pentadbiran dan tanggungjawab Ahli Majlis. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi Ikrar Bebas Rasuah Ahli Majlis serta upacara menandatangani ikrar tersebut sebagai komitmen terhadap integriti, amanah dan tadbir urus yang baik. Sesi diakhiri dengan Pembentukan Ahli Jawatankuasa bagi memastikan urusan dan tanggungjawab Ahli Majlis dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.








PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR KOTA MARUDU 2026Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah berjay...
03/09/2026

PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR KOTA MARUDU 2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah berjaya melaksanakan Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Komuniti PPR. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran komuniti PPR terhadap kepentingan kebersihan, kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan hidup bermasyarakat. Pelaksanaan program ini turut mendapat sambutan dan penglibatan komuniti PPR serta kerjasama daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Program diteruskan dengan beberapa sesi perkongsian dan ceramah daripada agensi yang terlibat. Antara pengisian yang diketengahkan ialah pengendalian sisa pepejal dan e-Waste oleh Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) yang disampaikan oleh Tuan Johnny Mausai, diikuti dengan kesihatan dan gaya hidup sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu yang disampaikan oleh Tuan Kasry Bin Rudin Majuil, serta kesedaran kanser oleh Hospital Kota Marudu yang disampaikan oleh Tuan Gilbert Peh Voon Yeo. Selain itu, Ceramah Lalu Lintas Trafik disampaikan oleh Tuan Juinis Saliun daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Ceramah Jenayah p**a disampaikan oleh Tuan Bahrun Bin Dining daripada Ibu Pejabat Polis. Pengisian berkaitan kepenggunaan serta kuiz pengguna turut dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat yang disampaikan oleh Puan Rosniah Binti Abdul Mukit.

Program turut diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT PPR Kota Marudu, Encik Marcell Junior, sebelum ucapan perasmian dan perutusan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu, Tuan Abdul Sani Arsat. Perkongsian dan amanat yang disampaikan memberikan penekanan terhadap kepentingan kerjasama serta penglibatan komuniti dalam memastikan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan sentiasa diberi perhatian dan diamalkan bersama.

Pada sebelah petang p**a, program turut diserikan dengan Program 10 Ribu Langkah Bersama Komuniti PPR yang menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan peserta. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan persekitaran. Kerjasama berterusan antara MDKM, agensi berkaitan dan komuniti amat penting dalam mewujudkan persekitaran PPR yang lebih bersih, sihat, selamat dan kondusif. Semoga program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang demi manfaat dan kesejahteraan komuniti setempat.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🌺Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mengucapkan Selamat Menyambut H...
28/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🌺

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 Tahun 2026 dan Hari Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya seluruh warga Kota Marudu.

Sempena sambutan yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan dan memelihara keharmonian yang telah dinikmati oleh generasi terdahulu sehingga hari ini. Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Sabah, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghormati kepelbagaian budaya, agama dan adat yang menjadi kekuatan kita. Sabah dan Malaysia mempunyai sejarah serta identiti yang tersendiri, namun kita tetap berdiri teguh sebagai satu keluarga dalam sebuah negara yang berdaulat.

Daripada MDKM untuk seluruh Malaysia dan Kota Marudu khususnya, marilah kita terus berganding bahu membangunkan daerah dan negeri tercinta, menjaga keamanan serta mewariskan semangat perpaduan kepada generasi akan datang. Kemerdekaan adalah amanah, perpaduan adalah kekuatan dan masa depan Malaysia serta Sabah adalah tanggungjawab kita bersama.

🇲🇾🌺 SELAMAT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sabah Maju Jaya!

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat: Eratkan Silaturahim dan KerjasamaProgram Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat telah ...
28/08/2026

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat: Eratkan Silaturahim dan Kerjasama

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat telah diadakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara MDKM dan pihak Bank Rakyat dalam suasana santai dan mesra.

Program tersebut turut dihadiri oleh Tuan Abdul Sani, Pegawai Eksekutif MDKM, serta Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Tadbir. Kehadiran warga MDKM bersama pihak Bank Rakyat menyerlahkan semangat kebersamaan dan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Diharapkan program seperti ini dapat terus dilaksanakan bagi memupuk hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama strategik serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan positif dalam kalangan warga MDKM dan rakan strategik.

KKTP Unggul Sebagai Kontinjen Teramai Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M.Sambutan Majl...
26/08/2026

KKTP Unggul Sebagai Kontinjen Teramai Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M.

Sambutan Majlis Perarakan dan Perhimpunan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M telah berlangsung pada 25 Ogos 2026 (Selasa), bersamaan 12 Rabiulawal 1448H di Kota Kinabalu. Kira-kira 8,000 umat Islam menyertai perarakan sejauh tiga kilometer yang bermula dari Padang Merdeka dan berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Perarakan tersebut diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, serta turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Jafry Arifin. Sebanyak 96 kontinjen daripada agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti mengambil bahagian sambil berselawat serta membawa sepanduk sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut susulan jemputan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) kepada agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah seliaan kementerian berkenaan. Antara agensi dan PBT yang terlibat ialah KKTP, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Wilayah (JPBW), Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), Majlis Perbandaran Penampang, MDKM, Majlis Daerah Keningau, Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Sipitang, Majlis Daerah Tambunan, Majlis Daerah Kuala Penyu, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Semporna, Majlis Daerah Kunak, Majlis Daerah Nabawan, Majlis Daerah Beluran, Majlis Daerah Pitas, Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Ranau dan Majlis Daerah Tenom. Secara keseluruhannya, KKTP telah menghantar seramai 650 orang peserta hasil gabungan semua agensi dan PBT tersebut bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M.

Lebih membanggakan, gabungan kontinjen KKTP yang disertai oleh agensi dan PBT tersebut telah dinobatkan sebagai pemenang Kontinjen Teramai dalam Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Pencapaian ini merupakan satu penghargaan kepada seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan penyertaan kontinjen KKTP. Bagi MDKM, penglibatan dalam sambutan ini mencerminkan sokongan terhadap program keagamaan peringkat negeri, di samping memupuk semangat ukhuwah, kebersamaan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli MajlisMajlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis telah diadakan ...
21/08/2026

Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis

Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis telah diadakan pada 20 Ogos 2026, jam 2.00 petang, bertempat di Hilton Hotel Kota Kinabalu. Majlis ini melibatkan lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah, iaitu Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Belud, Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Tongod, Majlis Daerah Ranau, Majlis Daerah Nabawan dan Majlis Daerah Pitas. Majlis ini merupakan satu acara penting bagi pelantikan serta pengiktirafan rasmi Ahli-Ahli Majlis untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran PBT masing-masing.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Pelantikan ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh peranan PBT dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Bagi mewakili Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM), turut hadir Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat, dan Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, bagi memberikan sokongan kepada Ahli-Ahli Majlis Kota Marudu yang dilantik. Selain itu, pegawai-pegawai dan kakitangan MDKM turut hadir memeriahkan majlis sebagai tanda sokongan serta semangat kebersamaan warga MDKM terhadap barisan Ahli-Ahli Majlis yang akan menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat Kota Marudu.

TAHUKAH ANDA? — MATA WANG SEBELUM RINGGIT MALAYSIASebelum penggunaan Ringgit Malaysia seperti yang kita kenali hari ini,...
18/08/2026

TAHUKAH ANDA? — MATA WANG SEBELUM RINGGIT MALAYSIA

Sebelum penggunaan Ringgit Malaysia seperti yang kita kenali hari ini, wilayah Tanah Melayu dan Borneo pernah menggunakan Dolar Malaya dan Borneo British (Malaya and British Borneo Dollar). Mata wang ini beredar di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei.

Menariknya, mata wang tersebut masih digunakan ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, mata wang yang sama masih digunakan sebelum sistem mata wang bersama tersebut berakhir pada tahun 1967.

Pada 12 Jun 1967, Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan Dolar Malaysia baharu, manakala Brunei dan Singapura turut mengeluarkan mata wang masing-masing. Peralihan ini menandakan satu lagi bab penting dalam sejarah kewangan negara dan perkembangan identiti Malaysia.

💡 Sekeping wang lama bukan sekadar alat pembayaran — ia juga menjadi catatan sejarah yang memperlihatkan hubungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei pada suatu ketika dahulu.

📚 Rujukan:
• Bank Negara Malaysia – Muzium & Galeri Seni, “The Currency Board, 1897–1979”
Sumber ini menerangkan sejarah Lembaga Matawang serta menunjukkan siri wang kertas Dolar Malaya dan Borneo British, termasuk keluaran tahun 1953 dan 1959.
Rujukan Bank Negara Malaysia – Sejarah Lembaga Matawang
https://museum.bnm.gov.my/bnm60th/360vr/files/1stEra/M1%262.pdf?utm_source=chatgpt.com

• Bank Negara Malaysia – Timeline Sejarah Bank Negara Malaysia
Rujukan ini menyatakan bahawa Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 dan Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan Dolar Malaysia baharu pada 12 Jun 1967, menggantikan peranan Lembaga Matawang sebagai pihak berkuasa pengeluaran mata wang.
Rujukan Bank Negara Malaysia – Timeline
https://museum.bnm.gov.my/bnm60th/360vr/files/0Introduction/Timeline.pdf?utm_source=chatgpt.com

• Brunei Darussalam Central Bank – “50 Years of Brunei Currency”
Sumber rasmi ini sangat berguna kerana menerangkan bahawa Dolar Malaya dan Borneo British pernah beredar di Brunei, Malaysia dan Singapura. Pada 12 Jun 1967, ketiga-tiga wilayah mula mengeluarkan mata wang masing-masing: Dolar Brunei, Dolar Singapura dan Dolar Malaysia.
Rujukan Brunei Darussalam Central Bank – 50 Years of Brunei Currency
https://cms.bdcb.gov.bn/storage/uploads/publications/17089426511258820.pdf?utm_source=chatgpt.com

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA AD HOC KEINDAHAN DAN KECERIAAN KOTA MARUDU BIL. 2/2026Mesyuarat Khas Jawatankuasa Ad Hoc Kei...
11/08/2026

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA AD HOC KEINDAHAN DAN KECERIAAN KOTA MARUDU BIL. 2/2026

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Ad Hoc Keindahan dan Keceriaan Kali Ke-2/2026 telah diadakan pada 10 Ogos 2026, sebelah petang, bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, ADUN N.6 Bandau merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, manakala Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM, bertindak sebagai Penyelaras. Turut hadir ialah Mark Leste Lahai (Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu), Christine Madatang (Jabatan Kerja Raya Kota Marudu), Muhammad (Pejabat Daerah Kota Marudu), Fazlyanah Madi (Globinaco Sdn. Bhd.), Wilfred dan Nur Izatul Suhaila Masrin (Pembinaan Kekal Mewah), serta kakitangan MDKM.

Mesyuarat ini membincangkan dengan lebih mendalam beberapa cadangan dan langkah bagi mempertingkatkan aspek keindahan, keceriaan dan kebersihan di kawasan Kota Marudu. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah cadangan YB Datuk Dr. Maijol Mahap dan Pengerusi MDKM untuk mengadakan Gotong-Royong Perdana dengan penglibatan agensi kerajaan, pihak swasta serta komuniti setempat. Program tersebut diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara pihak berkepentingan, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan penyediaan replika di beberapa kawasan bulatan, iaitu Langkon, Goshen, Nusantara, Popok dan Timbang Batu. Cadangan penyediaan trek joging di Padang Utama Kota Marudu turut diketengahkan sebagai kemudahan riadah kepada masyarakat. Perbincangan juga merangkumi cadangan program penebangan dan pencantasan pokok serta penyelarasan kerja pemotongan rumput oleh agensi berkaitan dan MDKM. Kesemua cadangan ini diharap dapat menyumbang kepada usaha memperindah landskap, meningkatkan keceriaan kawasan serta mewujudkan persekitaran Kota Marudu yang lebih bersih, kemas dan menarik.

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR BIL. 2/2026Mesyuarat Jawatankuasa Prog...
11/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR BIL. 2/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR Anjuran Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Bil. 2/2026 telah diadakan pada 10 Ogos 2026 bertempat di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat dan dihadiri oleh Mahadi Bin Diri (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Marwan Bin Relih (MC PPR), Jumahah Bte Ambir (KRT PPR), Radzi Asmat (Polis Diraja Malaysia), Lee Vui Min (Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu), Sherlley Henry (Hospital Kota Marudu) serta kakitangan MDKM. Mesyuarat ini telah mencadangkan dan memuktamadkan pelaksanaan Program Komuniti PPR Kota Marudu pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), dengan penglibatan bersama pelbagai agensi. Menurut Tuan Abdul Sani Arsat, setiap program yang dianjurkan oleh MDKM merupakan anjuran bersama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memberi manfaat kepada komuniti.

Program yang akan berlangsung di Dewan Taman PPR Korongkom Jaya ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk penduduk PPR. Antaranya ialah senamrobik yang dijangka bermula pada jam 7.30 pagi, diikuti enam sesi ceramah berkaitan pengurusan sisa pepejal, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan e-waste oleh MDKM, kesihatan dan gaya hidup sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu (PKD Kota Marudu), kesedaran mengenai kanser oleh Hospital Kota Marudu (HKM), keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pencegahan kebakaran oleh Balai Bomba dan Penyelamat serta ceramah dan kuiz oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Program derma darah oleh Hospital Kota Marudu (HKM) dan booth jualan peniaga tempatan turut diadakan bagi memeriahkan program. Peniaga yang berminat untuk membuka booth jualan boleh merujuk kepada Pengerusi KRT PPR, Encik Marcell Junior.

Pada sebelah petang, penduduk PPR turut dijemput menyertai aktiviti 10 Ribu Langkah Bersama Komuniti PPR yang akan bermula dengan pendaftaran pada jam 3.00 petang dan pelepasan peserta pada jam 4.00 petang. Pihak MDKM turut menyediakan cenderahati kepada 300 peserta yang berjaya sampai ke garisan penamat. Sehubungan itu, semua penduduk PPR Korongkom Jaya dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan program ini, mengamalkan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan serta mengeratkan hubungan antara komuniti dengan agensi-agensi yang terlibat.

Address

Jalan Cempaka
Bandau Kota Marudu
89100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Kota Marudu:

Shortcuts

Share