Belia Beliawanis Parlimen Kota Marudu

Belia Beliawanis Parlimen Kota Marudu Belia Beliawanis Parlimen Kota Marudu

KOTA MARUDU, 20 Ogos 2026 — Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N6 Bandau merangkap Ketua Pemuda PBS Pusat, Datuk D...
20/08/2026

KOTA MARUDU, 20 Ogos 2026 — Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N6 Bandau merangkap Ketua Pemuda PBS Pusat, Datuk Dr Christopher Mandut, menyalurkan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban yuran kemasukan ke universiti seorang anak muda dari Kampung Toboliung.

Penerima sumbangan, Nadzrie bin Haral, merupakan pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Sosiologi dan Antropologi dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sumbangan tersebut disalurkan sebagai tanda sokongan terhadap usaha Nadzrie melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, di samping membantu mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung bagi memulakan pengajian di universiti.

Bagi pihak Datuk Dr Christopher Mandut, sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Carl Elder Christopher kepada Nadzrie.

Datuk Dr Christopher berkata, pendidikan merupakan antara pelaburan paling penting untuk masa depan golongan muda dan beliau berharap sumbangan tersebut dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima serta keluarganya.

Beliau turut berharap Nadzrie dapat menggunakan peluang yang diberikan untuk belajar bersungguh-sungguh, mencapai kejayaan dalam pengajian serta kembali menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan Sabah pada masa hadapan.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban Nadzrie dan keluarga dalam membuat persiapan untuk memulakan pengajian di UMS. Saya berharap beliau terus berusaha dan menggunakan peluang pendidikan ini sebaik-baiknya,” katanya.

Usaha membantu pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi turut mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan pendidikan dan masa depan anak-anak muda, khususnya dari kawasan luar bandar.

Sumber : Marudu Online Info / Whatapp Channel

KOTA MARUDU, 20 Ogos 2026 – Datuk Dr Christoper hari ini menyampaikan sumbangan sebuah komputer riba kepada Elly Elsia R...
20/08/2026

KOTA MARUDU, 20 Ogos 2026 – Datuk Dr Christoper hari ini menyampaikan sumbangan sebuah komputer riba kepada Elly Elsia Richard dari Kampung Tondig yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Elly menerima tawaran untuk mengikuti pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Politik dan Pemerintahan) di UNIMAS.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Carl Elder Christoper bagi pihak Datuk Dr Christoper sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan muda, khususnya pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Datuk Dr Christoper, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu Elly dalam urusan pembelajaran, khususnya bagi menyediakan tugasan, membuat penyelidikan dan mengikuti keperluan akademik sepanjang pengajiannya di UNIMAS.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Elly atas kejayaan menerima tawaran melanjutkan pengajian dan berharap peluang tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mencapai kecemerlangan akademik.

“Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan memudahkan urusan pembelajaran. Teruskan berusaha, tekun menimba ilmu dan jadikan pendidikan sebagai bekalan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Elly dipermudahkan sepanjang perjalanan menuntut ilmu serta mampu kembali menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan pembangunan negeri Sabah pada masa hadapan.

Sumber : Marudu Online Info

28/07/2026
28/07/2026

20 Julai 2026 | Kg. Damai, Kota Marudu

Menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada En. Samuel Sudok di Kg. Damai.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh anak beliau,Saudara Eldino Samuel, bagi pihak keluarga.

Bagi pihak saya, sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Wendell Vincent, Pemaju Mukim merangkap Naib Ketua I Pemuda PBS Tandek.

Semoga sumbangan ini dapat membantu memudahkan urusan harian penerima serta meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga.

Saya akan terus berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan. Semoga setiap usaha dan sumbangan yang diberikan membawa manfaat serta menjadi berkat kepada penerima dan seluruh keluarga.

28/07/2026

28 Julai 2026 | Kota Marudu

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan gereja, khususnya dalam memperkasa golongan belia dan generasi muda, saya telah menyumbangkan RM1,000 bagi menjayakan ‘Kem Kepimpinan Remaja anjuran Majlis Gereja-Gereja Kota Marudu (MGGKM) 2026)’ yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu) di Gereja Grace Hope, Kota Marudu.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Dr. Velus Junius dan disampaikan bagi pihak saya oleh En. Kevin John Johnny, EXCO Pemuda PBS Pusat.

Saya berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan penganjuran program serta memberi manfaat kepada para peserta dalam membentuk jati diri, nilai kepimpinan, semangat perpaduan dan budaya berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga Kem Kepimpinan Remaja MGGKM 2026 berlangsung dengan jayanya dan menjadi wadah yang berkesan dalam melahirkan generasi muda yang beriman, berintegriti, berwawasan serta mampu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada gereja, masyarakat dan negara.

Tuhan memberkati kita semua.

28/07/2026

Cerita Yang Cuba Disembunyikan, Tetapi Bukan Lagi Rahsia?

Dalam politik, sesuatu yang cuba disembunyikan kadangkala akhirnya menjadi perhatian umum apabila mula diperkatakan oleh orang sekeliling dan tangan-tangan kanan. Begitu juga dengan cerita mengenai pertemuan antara Bahanda bersaudara dengan kepimpinan tertinggi UMNO yang kini menjadi buah mulut dalam kalangan pemerhati politik Sabah.

Menurut cerita yang beredar, pertemuan tersebut bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi dikaitkan dengan usaha mencari jalan keluar demi kelangsungan politik dan kedudukan masing-masing. Ada pihak yang mendakwa wujud rundingan mengenai kerjasama politik atas dasar saling memerlukan, termasuk beberapa pilihan seperti kemungkinan PKDM menyertai gabungan bersama BN atau meneruskan pendekatan melalui PBRS.

Walaupun perkara ini masih menjadi perbincangan dan belum ada pengesahan rasmi, persoalan yang timbul ialah sama ada langkah tersebut benar-benar berasaskan kepentingan rakyat atau lebih kepada strategi menyelamatkan kedudukan politik, jawatan dan pengaruh yang semakin mencabar.

Sejarah politik juga tidak boleh dipadam begitu sahaja. Wetrom Bahanda, seperti yang diketahui umum, pernah menjadi ketua bahagian UMNO, ADUN Bandau pada penggal lalu atas tiket PN sebelum kemudiannya menyertai (PKDM) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat. Dalam pemilihan Parlimen P168 Kota Marudu, beliau bertanding menentang Presiden PBS atas alasan mempertahankan maruah serta akibat kemelut dan provokasi politik ketika itu.

Namun, selepas keputusan PRN yang lalu yang kurang memberangsangkan, kedudukan politik PKDM pastinya berdepan dengan cabaran baharu. Usaha mendekati pihak lain mungkin dilihat sebagai strategi politik, tetapi rakyat juga berhak bertanya — adakah langkah tersebut benar-benar untuk memperjuangkan suara rakyat atau sekadar mencari ruang untuk terus bertahan dalam arena kuasa?

Rakyat Kota Marudu bukan lagi mudah dipengaruhi dengan permainan politik lama. Mereka mahu melihat kejujuran, prinsip dan pendirian yang jelas daripada mana-mana pemimpin yang meminta sokongan mereka.

Persoalan besar kini terarah kepada rakyat, khususnya pengundi P168 Kota Marudu:

Adakah rakyat akan terus menerima perubahan haluan politik yang sering berlaku, atau sudah tiba masanya rakyat menilai siapa yang benar-benar konsisten memperjuangkan kepentingan mereka?

Dalam demokrasi, rakyat mempunyai hak untuk menilai dan membuat keputusan berdasarkan rekod, prinsip serta tindakan — bukan hanya janji ketika memerlukan sokongan.

Address

Hexan Center II
Bandau Kota Marudu
89107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Beliawanis Parlimen Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share