Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Simpang Tiga Langkon

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Simpang Tiga Langkon Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat & kawasan yang kurang mendapat liputan

29/04/2026
23/04/2026

Satu swipe jadi dua.

Tanpa disedari, anak-anak boleh tenggelam dalam dunia tanpa sempadan dipenuhi kandungan yang mereka belum tentu fahami.

Bagi anak bawah 16 tahun, mereka masih belajar mengawal diri, tetapi algoritma tidak pernah berhenti.

Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa menetapkan had, memberi bimbingan, dan memastikan mereka tidak hilang arah.


23/04/2026

Jom ramai-ramai ke NADI Kubang Semang (Yayasan Aman)! ✨
Saksikan Majlis Pengiktirafan NADI MCMC sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bersempena Pelancaran NADI Kubang Semang (Yayasan Aman) yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🛍️ Demonstrasi dan jualan oleh usahawan NADI
👩🏻‍⚕️ Saringan kesihatan tekanan darah, BMI, glukosa dan konsultasi doktor
🎥 Live Studio MAHIR
🫆 Semakan kekuatan kata laluan dan kebocoran e-mel
🎮 Permainan e-sport seperti e-Racing dan e-Football
🤖 Aktiviti robotik bola
🔹 Pelbagai lagi aktiviti dan goodies menarik untuk seisi keluarga!

📍 25 April 2026 (Sabtu)
🕧 12.30 tengah hari – 5:00 petang
📌 Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini. Jumpa anda di sana!


21/04/2026
16/04/2026

Sebagai ibu bapa, kita mahu beri yang terbaik untuk anak-anak termasuk peluang untuk meneroka dunia digital. Namun, dalam dunia hari ini yang semakin terhubung, terlalu banyak perkara berlaku di luar pengetahuan dan kawalan kita.

Di sebalik skrin yang kelihatan selamat, wujud risiko yang tidak sentiasa jelas daripada interaksi dengan individu tidak dikenali hingga kepada kandungan yang tidak sesuai.

Jangan buka ruang terlalu awal. Biarlah anak membesar dengan selamat, kerana media sosial boleh tunggu.


08/04/2026

Dunia maya nampak menyeronokkan, tapi risikonya nyata. Terutama buat anak-anak yang masih belajar mengenal dunia digital.

Sebagai ibu bapa, kita adalah “first line of defence”. Pantau aktiviti mereka, ajar tentang privasi, dan bina kepercayaan supaya mereka berani berkongsi jika ada sesuatu yang mencurigakan.

Internet selamat bukan tanggungjawab anak semata-mata, ia bermula dengan kita.


31/03/2026

Nampak macam biasa… tapi sebenarnya perangkap.

Pautan palsu, e-mel phishing, akaun scam, semuanya direka untuk tarik anda masuk tanpa sedar.

Sekali terjerat, kesannya bukan kecil.

Jangan klik sebarangan.
Jangan mudah percaya.

Waspada sebelum terlambat.


28/03/2026

EH! KECUT KE SELUAR NI? KETAT P**A RASA. 😅
Kadang-kadang kita sedar badan dah berubah… Tapi biasa lahh.. sedapkan hari dengan ayat macam “biasalah musim raya ni..” atau “baju ni kecut lepas basuh kot..” 😅
Kalau korang alami situasi yang sama, minggu ni Perkhidmatan Pintar NADI bahaskan topik yang semua orang perlu cakna. Dari isu perut buncit, kanser, sampailah ke senaman warga emas dan sesi untuk yang minat e-sports.
Korang tengok program-program ni 👇
🩺 Podcast “Kanser: Kenal Awal, Bertindak Awal”
👀 Webinar “Perut Buncit Tanda Bahaya?”
👵🏻 Senaman warga emas BMI tinggi
🎮 E-Sports Podcast EP15 + Webinar
📚 DILEA: VOD Revision Video 34 + EP Lesson 27 + Webinar Berkala MT Edisi 5
📍 Lokasi: Pusat NADI di seluruh Malaysia.
Macam mana nak join?
Jemput datang ke Pusat NADI berhampiran — petugas NADI akan bantu daftar & korang boleh pilih program yang sesuai.
💬 Komen “NEGERI + MINAT + TARIKH”
Contoh:
“Selangor – Perut Buncit – 27 Mac”
“Johor – E-Sports – 29 Mac”
Tag 1 kawan yang selalu cakap nak mula jaga diri “minggu depan” tu 😄
dan share dalam group family/office — mana tahu ada yang memang tengah cari program macam ni. 🔁

Address

NADI Simpang Tiga Langkon Langkon Commercial Center, Blok F, Lot 38, Simpang, 3 Kampung Bintasan
Bandau Kota Marudu
89108

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00
Saturday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Simpang Tiga Langkon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Simpang Tiga Langkon:

Share