03/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
02 JULAI 2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah memandang serius pelaksanaan dasar subsidi diesel yang mula berkuatkuasa pada 01 Julai 2026, khususnya implikasi terhadap rakyat Sabah yang sebahagian besarnya bergantung kepada penggunaan diesel dalam kehidupan harian dan aktiviti ekonomi.
AMK Sabah memahami rasional Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan reformasi subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, membendung penyeludupan serta memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang layak. Melihat dari sudut prinsip, usaha ini mempunyai justifikasi yang munasabah dan wajar dihormati.
Namun demikian, AMK Sabah berpandangan bahawa pelaksanaan dasar ini perlu mengambil kira realiti cabaran dan keunikan Sabah yang berbeza daripada negeri-negeri lain, khususnya di Semenanjung Malaysia.
Sabah mempunyai cabaran geografi yang unik dengan kawasan yang luas, taburan penempatan yang berjauhan, serta jaringan pengangkutan awam yang masih terhad di banyak kawasan luar bandar dan pedalaman. Dalam keadaan ini, penggunaan kenderaan diesel bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan asas bagi ramai rakyat Sabah.
Ramai dalam kalangan rakyat Sabah terdiri daripada petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pengusaha logistik, kontraktor kecil dan pekerja luar bandar yang sangat bergantung kepada kenderaan diesel untuk bergerak, bekerja dan menjana pendapatan.
Dalam konteks ini, pelaksanaan subsidi diesel secara berkuota dan bersyarat menimbulkan kebimbangan bahawa ramai pengguna sah akan berdepan kesukaran mendapatkan subsidi secara adil dan mencukupi.
AMK Sabah turut bimbang sekiranya pelaksanaan ini akan memberi kesan rantaian terhadap peningkatan kos logistik, kos pengangkutan dan akhirnya harga barang keperluan, yang pastinya memberi tekanan tambahan kepada rakyat Sabah yang telah lama berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Sehubungan itu, AMK Sabah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di Sabah dengan mengambil pendekatan yang lebih inklusif, fleksibel dan berpaksikan realiti tempatan.
AMK Sabah percaya bahawa reformasi subsidi adalah penting untuk kelestarian fiskal negara. Namun, dasar yang baik juga perlu dilaksanakan dengan adil, pragmatik dan Sensitif terhadap realiti setempat.
Kami yakin Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim sentiasa terbuka untuk mendengar denyut nadi rakyat serta melakukan penambahbaikan demi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan dan kesejahteraan.
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN SABAH