Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Perpustakaan Awam Daerah Rompin Taman-Taman Ilmu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,Aktiviti Sepanjang Bulan September 2026...Save The Date...
29/08/2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Aktiviti Sepanjang Bulan September 2026...

Save The Date...

29/08/2026
Tahniah kepada pemenang!!! Mohon Pemenang Hadir Ke Perpustakaan Bagi Menuntut Hadiah...
26/08/2026

Tahniah kepada pemenang!!!

Mohon Pemenang Hadir Ke Perpustakaan Bagi Menuntut Hadiah...

23/08/2026
SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH ROMPIN 2026Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)Masa: 9.00 pagi – ...
22/08/2026

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH ROMPIN 2026

Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Bilik Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Daerah Rompin
Anjuran: Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Rompin
Kerjasama: Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Rompin
Jumlah Peserta: 12 orang
Jumlah Tetamu: 60 orang

Ringkasan Program
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Perpustakaan Awam Daerah Rompin 2026 telah diadakan pada 22 Ogos 2026 bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta memperkasakan bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan masyarakat.

Program melibatkan seramai 12 orang peserta yang mempersembahkan puisi bertemakan kemerdekaan dan patriotisme. Program turut mendapat sambutan daripada masyarakat dengan kehadiran seramai 60 orang tetamu.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Puan Maria binti Hamzah, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, serta YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Muadzam Shah, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Rompin yang telah menyempurnakan majlis penutupan program serta penyampaian hadiah kepada peserta.

Turut hadir Puan Nor Zila Wati binti Mohd Khan, Setiausaha Majlis Daerah Rompin merangkap Ahli Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Rompin, ahli Jawatankuasa Penasihat serta wakil Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Rompin.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Program ini berjaya menjadi platform untuk mencungkil bakat peserta dalam bidang deklamasi puisi di samping memupuk semangat cintakan negara serta meningkatkan penghayatan terhadap bahasa, sastera dan sejarah kemerdekaan.

Kesimpulan:
Program Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Perpustakaan Awam Daerah Rompin 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan dicadangkan untuk diteruskan sebagai program tahunan perpustakaan pada masa akan datang.

‼️‼️Karnival Buku Bera 2026‼️‼️🔔 Link pendaftran pertandingan dan aktiviti sepanjang Karnival Buku Bera telah diaktifkan...
19/08/2026

‼️‼️Karnival Buku Bera 2026‼️‼️

🔔 Link pendaftran pertandingan dan aktiviti sepanjang Karnival Buku Bera telah diaktifkan.

Sila scan QR pada poster untuk mendaftar.

📍Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai.

🗓️ Tarikh: 2-6 September 2026 (Rabu hingga Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam
📍 Tempat: Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera


19/08/2026

Address

Jalan Tuan Syed Othman
Bandar Rompin

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6094141422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Daerah Rompin:

Shortcuts

Share