03/06/2026
Program Girl Guides: A Day Out @ The Library 2026 - “Exploring the Digital Frontier”
Anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Batu Pahat.
20 Mei 2026, Rabu
Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Program Girl Guides: A Day Out @ The Library 2026 peringkat Daerah Batu Pahat menerusi kolaborasi bersama Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia melibatkan seramai 88 orang ahli Pandu Puteri Tunas Batu Pahat serta 25 orang Pemimpin Pandu Puteri Tunas.
Program yang bertemakan “Exploring the Digital Frontier” ini memberi penekanan kepada perkongsian ilmu dan knowledge transfer berkaitan literasi maklumat, penerokaan teknologi digital serta pengenalan kepada ekosistem pembelajaran moden di perpustakaan akademik.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai elemen pembelajaran abad ke-21 termasuk kemahiran literasi maklumat, penggunaan sumber digital, pencarian maklumat secara berkesan serta penerokaan ruang pembelajaran interaktif dan fasiliti pintar yang terdapat di PTTA.
Di penghujung program, para peserta turut diraikan dalam satu sesi perkongsian khas bersama Puan Norliah Yaakub, Penasihat Undang-Undang UTHM yang membawakan topik “Buli Adalah Jenayah”.
Progaram ini turut dirasmikan oleh Puan Norliah Yaakub, Penasihat Undang-Undang UTHM yang juga merupakan Penaung Pandu Puteri Siswi UTHM.