Kowasa Berhad

Kowasa Berhad Solar | Archery Shooting | IOT Crypto Asset (Farming Mmining) Minat Memanah? Dekat Taiping? Jom Singgah KOWASA Archery! Berminat belajar? Sign Up link ini:-
1.

Kita share info yg baik2 je, dari kita utk kita & manfaat bersama 🤗

Servis Kita : Print Sublimation baju sekolah, kelab, family day, Rewang, Gift, Cop, Banner, Bunting, Signage & Signboard. Gate,io - https://www.gate.io/signup/6409158
* referal reward anda 20%

Masyaallah..Semoga Semua yang terlibat dilindungi. Kapal utama misi Flotilla bawa bantuan ke Gaza diserang dron Israel.K...
09/09/2025

Masyaallah..Semoga Semua yang terlibat dilindungi.

Kapal utama misi Flotilla bawa bantuan ke Gaza diserang dron Israel.

Kapal utama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dikenali sebagai Family Boat dilaporkan diserang dron di perairan Tunisia, sehingga menyebabkan kebakaran ketika dalam pelayaran menuju Gaza.

Tiada kemalangan Jiwa dilaporkan.

**ansekolah

05/09/2025

Salam Maulidur Rasul.
Jom banyakkan berselawat keatas Baginda Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam.

01/09/2025

Kita close up material yang kami gunakan untuk baju Sublimation.

Boleh custome design mengikut tema dan program yang anda inginkan.🤗


**ansekolah **annegara

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE-68.
31/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE-68.




26/08/2025

Tempahan topi untuk pembarisan hari kemerdekaan.
Boleh sulam mengikut logo masing-masing.

Kami menggunakan bahan dari jenama Oren.
Material dan kualiti sangat baik👍



  . Jika putri kita, bagaimana? dimana adilnya..“Raa… Mama sudah sendirian di sini…”baris kata ini menggambarkan betapa ...
26/08/2025

. Jika putri kita, bagaimana? dimana adilnya..

“Raa… Mama sudah sendirian di sini…”
baris kata ini menggambarkan betapa pilunya jiwa seorang ibu bila anak tersayang pergi meninggalkan..



  .jd bagaimana sekarang? ibunya yang salah?? Allah... kami bingung, anda bagaimana? lain yg dipinta..lain yg diberi.. M...
16/08/2025


.jd bagaimana sekarang? ibunya yang salah?? Allah... kami bingung, anda bagaimana? lain yg dipinta..lain yg diberi.. Moga Allah berikan keadilan sebaiknya buat arwah adik Zara Qairina..Jika bukan didunia, diakhirat nanti.. hanya Allah sebaik-baik pemberi hukum..
.arwah persis putri2 kami.. kami benar2 terkesan..



 Kita juga punya anak bukan, jika bukan sekarang mungkin nanti🥺..💔 "Langit terakhir Zara Qairina"Sebuah kisah benar yang...
01/08/2025


Kita juga punya anak bukan, jika bukan sekarang mungkin nanti🥺..

💔 "Langit terakhir Zara Qairina"

Sebuah kisah benar yang tak sepatutnya berlaku, tapi terjadi…

"Mak... kalau satu hari nanti Zara tak balik, Mak jangan nangis ya... Mak doa je untuk Zara."
Ayat tu macam gurauan, tapi siapa sangka itu ayat yang paling pedih untuk diingat.

Baca: go.my/Kronologi-penuh-kes-buli-zara-qairina

Zara Qairina Mahathir.
Anak perempuan sulung. Umurnya baru 13 tahun.
Kecil, manja, dan sangat menjaga solatnya. Tak pernah tinggi suara pada sesiapa. Hatinya lembut… kadang-kadang terlalu lembut.

Zara selalu cakap nak masuk sekolah agama.
Katanya, dia nak belajar tentang akhirat, nak hafal Quran. Nak jadi anak solehah untuk Mak dan Ayah.

"Zara nak banggakan Mak, nak tarik tangan Mak masuk syurga nanti…"
Mak cuma senyum masa tu. Bangga. Tak sangka anak sekecil itu dah fikir jauh.

Tapi siapa sangka,
Tempat yang katanya ‘asrama penuh barakah’ itu…
Jadi tempat terakhir Zara menghembuskan nafas.

16 Julai 2025
Jam 3 pagi.
Satu panggilan masuk. Suara di hujung talian bergetar.
"Anak puan… ditemui tak sedarkan diri. Kami dah hantar ke hospital."

Zara jatuh dari tingkat tiga blok asrama.
Kata mereka, Zara mungkin terjatuh.
Tapi kenapa tiada jeritan?
Kenapa tiada pelajar lain yang perasan?
Dan kenapa tubuhnya seperti “diletakkan”, bukan terhempas?

Baca: go.my/Kronologi-penuh-kes-buli-zara-qairina

17 Julai
Jam 11 pagi.
Zara menghembuskan nafas terakhir.
Tanpa sempat buka mata untuk lihat wajah mak ayahnya.

Dan saat itulah, dunia keluarga ini runtuh.
Anak yang dihantar dalam keadaan sihat…
Pulang dalam keadaan kaku.

Bila jenazah sampai rumah,
Ibu pandang wajah anaknya.
"Kenapa muka Zara bersih sangat… tak macam orang jatuh bangunan…"
"Kenapa tak ada calar besar, tak ada lebam teruk?"
"Kenapa semua orang minta kami ‘redha’ dan ‘jangan kecoh’?"

Dari situ, satu demi satu cerita keluar.
-Zara pernah bagitahu kena kacau waktu malam.
-Ada pelajar senior yang selalu panggil suruh ambil air panas waktu semua orang tidur.
-Ada yang ambil barang, suruh belanja.
-Ada yang… usik dia secara fizikal. Dan Zara hanya mampu diam.

Kenapa dia tak lawan?

Sebab Zara… terlalu baik.

Dia tak s**a susahkan orang. Tak s**a burukkan orang.
Dia pendam. Dan akhirnya, dia pergi, membawa semua rahsia tu ke dalam liang lahad.

Yang lebih menyakitkan…
Ada yang cuba tutup cerita ni.
Ada yang beri alasan: “Benda dah jadi. Redhalah.”
Ada yang tukar pelajar sekolah lain tanpa soal siasat selesai.

Tapi mak Zara bangkit.

“Kami bukan nak salahkan sesiapa. Tapi jangan biar kematian anak saya jadi angka kosong. Kami reda… tapi kami takkan diam.”

Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk anak-anak.
Bukan tempat mereka didera mental, fizikal, dan emosi.

Berapa ramai lagi anak-anak kita di luar sana… yang terluka dalam diam, tapi tak pernah diberi peluang untuk bersuara?”

---

Zara dah tak ada.

Tapi kisah dia,
Akan terus disebut sampai bila-bila.
Kerana kematian dia bukan ‘ajal biasa’.
Tapi mesej besar dari Tuhan…
Untuk kita semua BANGKIT dan BERSUARA.
---

Kalau kau ada anak, tengok mata dia hari ni. Tanya… "Kau okay ke kat sekolah?"

Kadang anak tak jawab. Tapi mata mereka akan cerita.

Dan kepada yang membaca cerita ini…
Jangan hanya bersedih. Jangan hanya marah sekejap.

Bantu Zara dapat keadilan.
Bantu suara mak ayahnya sampai ke atas.
Dan bantu anak-anak lain selamat dari apa yang Zara lalui.

Zara…
“Kau mungkin pergi dalam senyap,
Tapi langit akan bersuara bagi pihakmu.”
Dan kami akan pastikan… pemergian kau, tak akan sia-sia.




Address

Bandar Baru Bangi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kowasa Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kowasa Berhad:

Share