25/07/2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.
*KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI AIR SEMPENA WORLD DROWING PREVENTION DAY : ANYONE CAN DROWN, NO ONE SHOULD*
*25 JULAI 2024*
‼ *PERHATIAN* ‼
Orang ramai diseru agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan memakai Personal Flotation Device (PFD) ketika melakukan sebarang aktiviti di air. Selain itu juga, semua golongan masyarakat hendaklah menguasai teknik CPR agar lebih ramai yang lemas dapat diselamatkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang khususnya zon 1 (Daerah Timur Laut) akan menjalankan khidmat nasihat dan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan hotspot kejadian lemas dan kawasan rekreasi air yang berada dalam kawasan jagaan kami Bersempena kempen "WORLD DROWNING PREVENTION DAY" yang bermula pada 25 Julai 2024,
Oleh itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang juga mengambil inisiatif ini untuk mengingatkan semua golongan masyarakat agar menitikberatkan aspek-aspek keselamatan di air bagi mencegah sebarang kemalangan tidak diingini seperti lemas semasa sedang beriadah. Utamakan keselamatan terlebih dahulu. Pastikan setiap golongan mengimplikasikan tataracara keselamatan yang di hebahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengelakkan dan mengurangkan kemalangan jiwa ini.
Semoga kita semua dihindari dari segala kemalangan. Cegah sebelum terjadi, beringat sebelum kena.
Info daripada:
ZON 1 JBPM Pulau Pinang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang