Tvpss Sk Permatang Pasir

Tvpss Sk Permatang Pasir Dunia buku, dunia ajaib! 📖✨
Tempat murid SK Permatang Pasir membaca, meneroka, & berimaginasi tanpa batas! Sertai kami dalam jelajah ilmu!

14 DISEMBER 2025✨ Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Murid Tahun 6 SK Permatang Pasir 2025✨Alhamdulillah, majlis y...
24/12/2025

14 DISEMBER 2025

✨ Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Murid Tahun 6 SK Permatang Pasir 2025✨

Alhamdulillah, majlis yang penuh bermakna telah berlangsung dengan jayanya sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta meraikan graduasi anak-anak Tahun 6 yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah. 🎓

Tahniah kepada semua penerima anugerah atas usaha, disiplin, dan semangat juang yang tinggi. Setiap kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil kerja keras murid-murid, sokongan padu ibu bapa/penjaga, serta dedikasi warga pendidik SK Permatang Pasir.

Buat semua murid Tahun 6, teruskan langkah dengan yakin, gapai impian setinggi bintang, dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. 🌟

Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sekolah, PIBG, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Kami bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan hebat kalian. Selamat maju jaya, anak-anak Permatang Pasir! 💛

⛺✨ Perkhemahan Generasi Madani SK Permatang Pasir4-5 Disember 2025 Khamis JumaatAlhamdulillah, program perkhemahan ini t...
06/12/2025

⛺✨ Perkhemahan Generasi Madani SK Permatang Pasir

4-5 Disember 2025 Khamis Jumaat

Alhamdulillah, program perkhemahan ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, disiplin dan kebersamaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membentuk sahsiah, kepimpinan, kerjasama dan jati diri murid-murid sebagai Generasi Madani yang berakhlak dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga anak-anak ini terus menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan berwawasan. 💪✨

Kenangan terindah,pengalaman bermakna


Inilah barisan pendidik dan staf SK Permatang Pasir, Bandar Baharu bagi tahun 2025 yang sentiasa berusaha mencorak masa ...
30/11/2025

Inilah barisan pendidik dan staf SK Permatang Pasir, Bandar Baharu bagi tahun 2025 yang sentiasa berusaha mencorak masa depan anak-anak murid.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan, kesihatan dan semangat untuk berbakti demi kecemerlangan sekolah tercinta. 🌟📘


27 September 2025Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Peringkat Kebangsaan📍 SK Sungai Kechil Ulu, Bandar BaharuTahniah kepada ...
05/10/2025

27 September 2025

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Peringkat Kebangsaan

📍 SK Sungai Kechil Ulu, Bandar Baharu

Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah kita yang telah menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan. Pasukan kita berjaya memperoleh Tempat Ke-4 (Shield) dalam kejohanan ini.

Syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

⚽💪

Jemput follow Tiktok Tvpss Sepasir:

tiktok.com/

4 Oktober 2025 🌟 Kejohanan Shoot Out Bola Jaring Sempena Hari Keusahawanan SK Sungai Kechil Ulu🌟Tahniah diucapkan kepada...
04/10/2025

4 Oktober 2025

🌟 Kejohanan Shoot Out Bola Jaring Sempena Hari Keusahawanan SK Sungai Kechil Ulu🌟

Tahniah diucapkan kepada:
🏆 Team B– JOHAN
🥉 Team A– TEMPAT KETIGA

Syabas kepada semua pemain atas semangat, kerjasama dan usaha gigih yang telah ditunjukkan. Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan kesungguhan dan semangat berpasukan. 👏💪

Jemput Follow Tiktok Tvpss Sepasir

tiktok.com/




11 September 2025🌸 Selamat Bersara Cikgu Normata’siah binti Ahmad🌸Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan jasa yang...
04/10/2025

11 September 2025

🌸 Selamat Bersara Cikgu Normata’siah binti Ahmad🌸

Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Dedikasi cikgu dalam mendidik tidak ternilai dan akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Semoga persaraan ini menjadi permulaan baharu yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan bersama keluarga tercinta. 💐✨


🌸✨ Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨🌸Alhamdulillah, pada 8 September 2025 (Isnin) telah berlangsung sambutan Mauli...
25/09/2025

🌸✨ Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨🌸

Alhamdulillah, pada 8 September 2025 (Isnin) telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai aktiviti menarik:

🎨 Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
📖 Ceramah Maulidur Rasul
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
🍽️ Kenduri Maulidur Rasul

Program ini berjalan dengan meriah hasil kerjasama SK Permatang Pasir, penduduk Kampung Permatang Pasir, dan Masjid Al-Irfan Kampung Permatang Pasir. 🤝

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas sokongan dan penyertaan. Semoga ukhuwah terus subur dan kecintaan kepada Rasulullah SAW mekar di hati kita semua. 💖


🌟 Aktiviti Sekolah – 25 Ogos 2025🌟Murid-murid begitu seronok mengikuti program bersama Puan Alya Hannani binti Azman dar...
25/09/2025

🌟 Aktiviti Sekolah – 25 Ogos 2025🌟

Murid-murid begitu seronok mengikuti program bersama Puan Alya Hannani binti Azman dari Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Bandar Baharu. 🎤✨

Pelbagai aktiviti berkumpulan dijalankan yang bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengasah kemahiran kerjasama dan keyakinan diri murid. 🤝😃

Terima kasih kepada penceramah hebat kita, Puan Alya, atas perkongsian yang bermanfaat. 💐
Murid-murid sudah tidak sabar menantikan program seterusnya! 🚀

🇲🇾 Semarak Kemerdekaan di SK Permatang Pasir*🇲🇾Sepanjang bulan Ogos dan September, SK Permatang Pasir telah melaksanakan...
25/09/2025

🇲🇾 Semarak Kemerdekaan di SK Permatang Pasir*🇲🇾

Sepanjang bulan Ogos dan September, SK Permatang Pasir telah melaksanakan pelbagai aktiviti bersempena **Bulan Kemerdekaan** dan **Hari Malaysia**. Antara program yang telah dijalankan ialah:

✨ Pelancaran Bulan Kemerdekaan
✨ Sambutan Ambang Kemerdekaan
✨ Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
✨ Pertandingan Deklamasi Sajak
✨ Kembara Merdeka

Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cinta akan tanah air, malah memberi peluang kepada murid-murid untuk mengekspresikan bakat serta menanam rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

💖 “Malaysia Madani,rakyat disantuni"

📢 Nantikan!Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Permatang Pasir akan berlangsung pada minggu hadapan.
👉 Stay tuned!

18 Ogos 2025📚✨ Pelancaran Rak Buku Maya BlinkAlhamdulillah, pelancaran Rak Buku Maya Blink telah berlangsung dengan penu...
13/09/2025

18 Ogos 2025

📚✨ Pelancaran Rak Buku Maya Blink

Alhamdulillah, pelancaran Rak Buku Maya Blink telah berlangsung dengan penuh meriah. Murid-murid diberi peluang meneroka dunia bacaan digital yang interaktif, menyeronokkan dan mudah diakses. Inisiatif ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan generasi muda. 📖💻

🤲🇵🇸 Ceramah Cinta Palestin

Turut diadakan Ceramah Cinta Palestin yang menyentuh hati dan memberi kesedaran kepada murid tentang perjuangan serta pengorbanan saudara kita di bumi Palestin. Program ini berjaya memupuk rasa simpati, kasih sayang dan solidariti terhadap mereka. ❤️

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kedua-dua program ini. Semoga ia menjadi bekal ilmu dan nilai murni dalam membentuk murid berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa besar. 🌸

Jemput follow Tiktok Sepasir:

tiktok.com/




Address

SK Permatang Pasir Bandar Baharu Darul Aman
Bandar Baharu
34950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tvpss Sk Permatang Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category