Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah

Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah Menawarkan program SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF bagi lulusan SPM & kursus pendek kepada komuniti. Local Business

Jomsss Sertai Kami 🔊🔊🔊*Kolej Komuniti Bandar Baharu**Sijil Teknologi Automotif*✅Ambilan Jun 2026✅Yuran Pengajian RM 200✅...
11/06/2026

Jomsss Sertai Kami 🔊🔊🔊
*Kolej Komuniti Bandar Baharu*
*Sijil Teknologi Automotif*

✅Ambilan Jun 2026
✅Yuran Pengajian RM 200
✅ Bantuan Kewangan diberikan pada yang layak

🔴Hubungi Pegawai Kami segera di talian :
01131743123

PERBINCANGAN PROGRAM KERJASAMA KKBB BERSAMA PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)Masa : 10 pagi Tem...
11/06/2026

PERBINCANGAN PROGRAM KERJASAMA KKBB BERSAMA PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU

Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat KKBB
Penglibatan : Pegawai Lapangan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Daerah Bandar Baharu, Pengarah KKBB, Pegawai PSH KKBB, PRO KKBB, Pegawai Pengambilan dan Pegawai Keusahawanan KKBB.

Perbincangan beberapa program khas dan kursus pendek yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai telah diadakan bersama pegawai yang berkenaan. Kerjasama kedua-dua agensi ini diharapkan dapat diteruskan lagi dengan program yang telah dirancangkan demi memajukan komuniti Daerah Bandar Baharu dalam meningkatkan sosio-ekonomi setempat.







See less

TAKLIMAT HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) SESI 1 2026/2027Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa...
10/06/2026

TAKLIMAT HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) SESI 1 2026/2027

Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat KKBB
Penglibatan : Semua staf KKBB

Pada 9 Jun 2026, satu Taklimat Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi 1 2026/2027 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB). Taklimat yang bermula pada jam 9.00 pagi ini melibatkan penyertaan semua staf KKBB. Taklimat ini disampaikan oleh Ts. Hasmidah binti Md Isa selaku Pegawai Pengambilan Pelajar KKBB dan Puan Suraya Ismail@Shaari, Pegawai HEP KKBB.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menyelaras pelaksanaan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu serta perjalanan program Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur, sistematik dan berkesan. Perbincangan turut merangkumi pembahagian tugas kepada jawatankuasa yang terlibat, pengurusan pendaftaran pelajar, penyediaan lokasi program, keselamatan pelajar serta pengendalian aktiviti sepanjang MTS.

Melalui taklimat ini, semua staf mendapat gambaran yang jelas mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kelancaran proses kemasukan pelajar baharu. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak diharap dapat membantu mewujudkan suasana yang kondusif serta memberikan pengalaman yang positif kepada pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di KKBB.







KURSUS SERVIS ASAS MOTORSIKAL Tarikh : 7 Jun 2026Masa : 9pg - 2.00ptg Pengajar : Tc. Azhar AzizPenyelaras : Puan SurayaK...
10/06/2026

KURSUS SERVIS ASAS MOTORSIKAL

Tarikh : 7 Jun 2026
Masa : 9pg - 2.00ptg
Pengajar : Tc. Azhar Aziz
Penyelaras : Puan Suraya

Kursus Servis Asas Motorsikal merupakan kursus asas yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah sebenar dalam servis asas motorsikal. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari serta mengenali komponen motorsikal dan fungsi.peserta juga didedahkan dengan cara penjagaan motorsikal, troubleshooting serta penyelenggaraan berkala.







KURSUS ASAS ROBOTIK OBSTACLE AVOIDING ROBOTTarikh : 7 Jun 2026 (Ahad)Pengajar : Ts. Hj Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad S...
10/06/2026

KURSUS ASAS ROBOTIK OBSTACLE AVOIDING ROBOT

Tarikh : 7 Jun 2026 (Ahad)
Pengajar : Ts. Hj Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad
Penyelaras : Muhammad Safarudin Bin Haji Pisal

Kursus pendek Asas Robotik: Obstacle Avoiding Robot di KKBB bertujuan memperkenalkan peserta kepada konsep asas robotik, elektronik dan pengaturcaraan mikropengawal melalui pembangunan robot yang mampu mengesan serta mengelakkan halangan secara automatik. Peserta akan mempelajari komponen utama robot seperti sensor ultrasonik, motor DC, pemacu motor dan mikropengawal, di samping memahami prinsip asas sistem input, pemprosesan dan output.
Melalui aktiviti amali, peserta akan memasang litar, membangunkan kod pengaturcaraan asas serta menguji fungsi robot dalam persekitaran simulasi dan sebenar. Pada akhir kursus, peserta akan dapat membina dan mengendalikan sebuah robot pengelak halangan yang berfungsi dengan baik serta memperoleh pendedahan awal kepada teknologi automasi dan robotik yang relevan dengan keperluan industri masa kini.







KURSUS DIY EXTENSION WIRETarikh : 7 Jun 2026Masa : 9pg - 2.00ptg Pengajar : En Naziman bin SulaimanPenyelaras : Puan Noo...
10/06/2026

KURSUS DIY EXTENSION WIRE

Tarikh : 7 Jun 2026
Masa : 9pg - 2.00ptg
Pengajar : En Naziman bin Sulaiman
Penyelaras : Puan Noor Ain binti Abd Hamid

Kursus DIY Extension Wire merupakan kursus asas yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pemasangan sambungan wayar soket tambahan (extension wire) secara selamat dan teratur. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari fungsi komponen elektrik, teknik pendawaian asas serta amalan keselamatan yang betul bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan extension wire sendiri.







KURSUS SELENGGARA RODATarikh: 6 Jun 2026Masa : 9.00 pagi - 5.00 petangTempat: Bengkel Automotif Pengajar: Tc. Ahmad Khai...
10/06/2026

KURSUS SELENGGARA RODA

Tarikh: 6 Jun 2026
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bengkel Automotif
Pengajar: Tc. Ahmad Khairol Shah bin Zakaria
Peserta : 6 orang

Kursus Selenggara Roda telah dilaksanakan pada 6 Jun 2026 bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah penyelenggaraan roda kenderaan yang betul mengikut prosedur keselamatan dan spesifikasi pengeluar.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada sesi teori dan amali yang merangkumi:

-Pengenalan kepada komponen roda dan tayar.
-Pemeriksaan keadaan tayar dan roda.
-Kaedah membuka dan memasang roda dengan betul.
-Pemeriksaan dan penyelenggaraan tekanan angin tayar.
-Langkah-langkah keselamatan semasa kerja penyelenggaraan roda.







KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD SIRI 2 Tarikh : 6 Jun 2026Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang Tempat : Makmal Komputer KKBB...
10/06/2026

KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD SIRI 2

Tarikh : 6 Jun 2026
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer KKBB
Pengajar : Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib
Peserta : 14 orang ( 13 orang hadir, 1 tidak hadir )

Pada 6 Jun 2026, Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB) telah menganjurkan Kursus Asas Microsoft Office Word Siri 2 bertempat di Makmal Komputer KKBB bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Kursus ini disertai oleh 15 orang peserta yang berdaftar, dengan kehadiran sebenar seramai 14 orang.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan asas perisian Microsoft Word bagi menghasilkan dokumen yang lebih kemas, profesional dan sistematik. Antara kandungan yang disampaikan termasuk pengenalan kepada antaramuka Microsoft Word, penggunaan fungsi asas pemformatan teks, penyediaan jadual, penyisipan gambar, penggunaan gaya dokumen serta teknik penyediaan dokumen rasmi.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan yang aktif melalui sesi latihan amali yang dijalankan. Peserta turut berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara langsung dengan bimbingan tenaga pengajar.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong usaha pembangunan kemahiran digital masyarakat setempat.







KURSUS ASAS PENGURUSAN SEMBELIHAN KORBAN Tarikh : 30 Mei 2026 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangTempat : Pusat Dakwah dan Ta...
10/06/2026

KURSUS ASAS PENGURUSAN SEMBELIHAN KORBAN

Tarikh : 30 Mei 2026
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Dakwah dan Tarbiah Al Jazari, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.
Pengajar : Ustaz Muhamad Amin bin Hassan

Pada 30 Mei 2026, telah berlangsung Kursus Asas Pengurusan Sembelihan Korban bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Dakwah dan Tarbiah Al Jazari, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Amin bin Hasan, yang berkongsi ilmu berkaitan hukum-hakam ibadah korban, kaedah penyembelihan yang menepati syariat Islam, aspek kebajikan haiwan serta pengurusan proses korban yang sistematik dan selamat.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan kepada teori dan amali berkaitan tatacara penyembelihan yang betul, pengendalian peralatan, pengurusan kebersihan, serta prosedur pengagihan daging korban mengikut garis panduan yang ditetapkan. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam melaksanakan ibadah korban dengan lebih berkesan serta mematuhi tuntutan syarak.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam membantu pelaksanaan program korban di komuniti masing-masing pada masa hadapan.







🔊🔊*TAWARAN KURSUS PERCUMA: KURSUS PERINTIS TEKNOLOGI TERNAKAN IKAN AIR TAWAR KAEDAH BIOFLOK*  🐟🐟 Anda berminat dalam dun...
09/06/2026

🔊🔊*TAWARAN KURSUS PERCUMA: KURSUS PERINTIS TEKNOLOGI TERNAKAN IKAN AIR TAWAR KAEDAH BIOFLOK* 🐟🐟

Anda berminat dalam dunia Akuakultur? Ingin kuasai kaedah ternakan ikan secara bioflok? Kolej Komuniti Bandar Baharu menjemput anda menyertai: *KURSUS PERINTIS TEKNOLOGI TERNAKAN IKAN AIR TAWAR*
(Di bawah Program Pengukuhan Bakat 2026)

*KENAPA ANDA WAJIB SERTAI*?
Program intensif selama 4 HARI yang merangkumi:
✅2 Hari: Kemahiran berbentuk upskilling dalam bidang penternakan ikan air tawar.
✅2 Hari: kursus keusahawanan dan aplikasi teknologi, meliputi modul Teknik Pengurusan Pelanggan serta AI untuk Kajian Pemasaran.

*BUTIRAN PROGRAM*:
💰Yuran: PERCUMA (Ditanggung Sepenuhnya!)
👥 Kumpulan Sasaran: Keutamaan kepada Golongan Rentan (B40 & Belia) yang berminat dan mempunyai projek ikan.
⚠️Status: Tempat adalah TERHAD! (Siapa cepat, dia dapat).
✍️Syarat: Peserta WAJIB mengikuti kursus penuh selama 4 hari.
🗓️Tarikh kursus: 27 & 28 Jun, 4 & 5 julai 2026 (4 hari)

*JOM DAFTAR SEKARANG*!

Tarikh tutup pendaftaran: 15 Jun 2026

⭐ *TEMPAT TERHAD!⭐ CALON YANG LAYAK AKAN DITEMUDUGA SEBELUM PEMILIHAN AKHIR*

*Klik pautan di bawah untuk borang pendaftaran online*:
https://forms.gle/ALMhjvSEa415itp56

*SELESAI DAFTAR, SILA JOIN GROUP CALON PESERTA*
https://chat.whatsapp.com/CyAJZi9DS5TK3xY47hYjoi

PERTANYAAN LANJUT:
📞Pn Noor Ain: 013-5306604
📞Pn Faizatul Asma: 017-772 5443

Address

No. 1, Jalan Kolej Komuniti
Bandar Baharu
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah:

Share