Pejabat Kesihatan Daerah Baling

Pejabat Kesihatan Daerah Baling PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING

03/06/2026

πŸŽ‰ π€π‹π‡π€πŒπƒπ”π‹πˆπ‹π‹π€π‡, 𝐊𝐈𝐍𝐈 πŠπˆπ“π€ 𝐃𝐀𝐇 𝟏𝟎𝐊! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada 10,000 pengikut (Follower) page Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sejak dibuka baharu pada 17 April 2025 🌟

Sokongan padu, Likes, Shares, dan komen membina daripada anda semua adalah pembakar semangat buat kami untuk terus menyampaikan informasi kesihatan yang sahih, tepat dan bermanfaat demi kesejahteraan komuniti.

Teruskan bersama kami! Promosi dan ajak kenalan yang lain untuk menjadi pengikut baharu kami.

Jangan lupa untuk sentiasa LIKE, SHARE & KOMEN hantaran kami agar manfaatnya dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.

ada cenderamata ekslusif menanti anda sempena kejayaan ini. NANTIKAN!!!!


✨ PROGRAM KOMUNITI SIHAT DESA SEJAHTERA βœ¨πŸ“ Kampung Kuala Kuang, Kupang, BalingAlhamdulillah, telah berlangsung dengan ja...
04/05/2026

✨ PROGRAM KOMUNITI SIHAT DESA SEJAHTERA ✨
πŸ“ Kampung Kuala Kuang, Kupang, Baling

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Komuniti Sihat Desa Sejahtera hasil kerjasama erat antara pihak kesihatan dan komuniti setempat.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti kesihatan dan kemasyarakatan telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran serta kesejahteraan komuniti, antaranya:

πŸ”Ή Saringan kesihatan (tekanan darah, gula dalam darah dan BMI)
πŸ”Ή Saringan NHSI bagi pengesanan awal penyakit tidak berjangkit
πŸ”Ή Saringan ICOPE khusus untuk penilaian kesihatan menyeluruh warga emas
πŸ”Ή Pemberian suntikan vaksin kepada warga emas sebagai langkah pencegahan penyakit

πŸ”Ή Saringan kesihatan wanita:
▫️ Ujian Pap smear bagi pengesanan awal kanser serviks
▫️ Pemeriksaan payudara untuk saringan awal dan rujukan mamogram

πŸ”Ή Ceramah kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Kupang yang menyentuh topik kanser serta kepentingan imunisasi, bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pencegahan penyakit

πŸ”Ή Sesi pendidikan kesihatan berkaitan pemakanan sihat dan pencegahan penyakit kronik
πŸ”Ή Latihan serta penglibatan sukarelawan komuniti menggunakan modul kesihatan (Diari Opah)

πŸ”Έ Pameran kesihatan oleh pelbagai unit:
▫️ Unit Fisioterapi – pemeriksaan body composition / body mass analysis serta kepentingan aktiviti fizikal
▫️ Unit Farmasi – penggunaan ubat secara selamat dan berkesan
▫️ Unit Pemakanan – pendidikan konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh)
▫️ Unit Promosi Kesihatan – perkongsian kesedaran mengenai penyakit seperti leptospirosis dan tuberkulosis (TB) serta langkah pencegahan

🍳 Demonstrasi masakan menu sihat khusus untuk ibu hamil dan kanak-kanak

🎨 Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika yang berlangsung dengan penuh keceriaan

πŸ”Ή Aktiviti interaktif bersama penduduk dalam suasana santai, mesra dan penuh penglibatan komuniti

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk menjalani saringan awal, malah turut memperkasakan komuniti dengan ilmu serta kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga merentasi semua peringkat umur.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua petugas kesihatan, sukarelawan dan penduduk Kampung Kuala Kuang atas komitmen dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

πŸ’™ Kesihatan bermula dari komuniti – bersama kita bina desa yang lebih sihat dan sejahtera.





28/04/2026
27/04/2026

Keselamatan makanan merupakan aspek yang amat penting dalam melindungi kesihatan pengguna serta mencegah berlakunya keracunan makanan. Setiap individu yang terlibat dalam pengendalian makanan perlu memahami dan mengamalkan prinsip asas kebersihan serta pengurusan makanan yang betul secara konsisten.

Terdapat lima kunci utama yang perlu diberi perhatian, iaitu memastikan kebersihan diri dan tangan sentiasa dijaga, mengasingkan makanan mentah daripada makanan yang telah dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang, memasak makanan dengan sempurna untuk membunuh bakteria berbahaya, menyimpan makanan pada suhu yang selamat (di bawah 4Β°C atau melebihi 63Β°C), serta menggunakan sumber air dan bahan mentah yang bersih dan berkualiti.

Pematuhan terhadap amalan-amalan ini bukan sahaja dapat menjamin keselamatan makanan, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, setiap pengendali makanan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan makanan yang disediakan adalah bersih, selamat, dan berkualiti untuk dimakan.


Alhamdulillah, Program Fisioterapi Bersama Atuk & Opah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bersempena Sambutan M...
20/04/2026

Alhamdulillah, Program Fisioterapi Bersama Atuk & Opah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bersempena Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Daerah Baling πŸŒΏπŸ’™

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta warga emas yang hadir serta Kelab Warga Emas KK Kuala Ketil, KK Malau dan KK Parit Panjang atas kerjasama yang sangat baik πŸ™Œ

Pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan termasuk senamrobik, ceramah pencegahan risiko jatuh, latihan Kegel, saringan kesihatan serta promosi imunisasi πŸ’ͺ✨

Semoga program ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas agar kekal sihat, aktif dan sejahtera πŸ’š

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini 🀝





Alhamdulillah, Program Saringan Hepatitis C & HIV dalam kalangan OKP telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama AADK, N...
19/04/2026

Alhamdulillah, Program Saringan Hepatitis C & HIV dalam kalangan OKP telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama AADK, NGO Persatuan Cahaya Harapan serta Unit CDC, NCD, KPAS & UPK 🀝✨

Program yang berlangsung di Masjid Tok Kaya, Pulai ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kepentingan saringan awal dalam kalangan komuniti πŸ’š

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini πŸ™Œ

Semoga usaha ini dapat membantu dalam pengesanan awal serta meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat.





Alhamdulillah, Program Audit Program Jelajah Prostar Daerah Baling 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Kuala Pe...
19/04/2026

Alhamdulillah, Program Audit Program Jelajah Prostar Daerah Baling 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Kuala Pegang πŸŽ‰

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, para guru serta semua pelajar yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program dijalankan πŸ™Œ

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan termasuk sesi interaktif, kuiz Prostar, edaran pamplet serta lawatan ke Sudut Prostar πŸ“šβœ¨

Tahniah juga kepada kelas terbaik Sudut Prostar dan semua penerima sijil penghargaan πŸ‘πŸ†

Semoga usaha ini dapat terus memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan gaya hidup sihat dan menjauhi amalan berisiko πŸ’š




Alhamdulillah, selesai sudah Program Healthy & Clean Neighbourhood @ Baling 2026 🌿✨Terima kasih kepada semua yang hadir ...
19/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Healthy & Clean Neighbourhood @ Baling 2026 🌿✨

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini – daripada peserta, sukarelawan hingga urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program πŸ™Œ

Sambutan yang sangat menggalakkan membuktikan masyarakat kita semakin peka terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan persekitaran yang bersih πŸ’š

Tahniah juga kepada semua pemenang cabutan bertuah 🎁 dan 500 peserta terawal yang berjaya menerima T-shirt percuma πŸ‘•

Semoga semangat ini terus dikekalkan demi komuniti yang lebih sihat, bersih dan harmoni 🌱




16/04/2026

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044701351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share