YB Niran Tan Kran

YB Niran Tan Kran Suara Masyarakat Siam & Rakyat Malaysia

Usai sambutan Hari Wesak di Baling, dalam perjalanan pulang ke Taiping saya singgah untuk kunjungan hormat ke atas Than ...
02/06/2026

Usai sambutan Hari Wesak di Baling, dalam perjalanan pulang ke Taiping saya singgah untuk kunjungan hormat ke atas Than Maha Khim, Ketua Sami Wat Rajaphohong, Telok Wang, Pulau Pinang.

Dalam pertemuan ini beberapa isu semasa Khanaksong telah dimaklumkan dan dibincangkan bersama.

Pejabat Senator telah ambil maklum isu2 yang dibincangkan dan akan cuba membantu dimana perlu.




DAULAT TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Du...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, kemakmuran dan keberkatan.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,
Senator Niran Tan Ktan
Ahli Dewan Negara


31/05/2026
Merasmikan sambutan Hari Wesak di Wat Srimahapho, Baling, Kedah
31/05/2026

Merasmikan sambutan Hari Wesak di Wat Srimahapho, Baling, Kedah



SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026Sempena sambutan Hari Wesak 2026, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada ...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Sempena sambutan Hari Wesak 2026, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Hari yang penuh bermakna ini mengingatkan kita akan kelahiran, pencerahan dan kewafatan Siddhartha Gautama Buddha, yang membawa ajaran tentang kasih sayang (Metta), belas ihsan (Karuna), kebijaksanaan serta kehidupan yang berteraskan kedamaian dan keharmonian.

Sebagai seorang penganut Buddha dan wakil masyarakat Siam di Malaysia, saya berharap sambutan Wesak tahun ini menjadi pemangkin untuk kita terus menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, memperkukuhkan perpaduan antara kaum dan agama serta bersama-sama membina sebuah negara yang aman, makmur dan saling menghormati.

Marilah kita menjadikan semangat Wesak sebagai inspirasi untuk berbuat kebaikan, membantu mereka yang memerlukan dan menyebarkan kasih sayang kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sabbe Satta Bhavantu Sukhitatta
“Semoga semua makhluk hidup berbahagia.”

YB Senator Niran Tan Kran
Ahli Dewan Negara

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI DAYAK 2026 Saya mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada selu...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI DAYAK 2026

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah serta Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak.

Perayaan ini merupakan lambang kesyukuran atas hasil tuaian, kemakmuran hidup serta penghargaan terhadap warisan budaya yang diwarisi turun-temurun. Keunikan budaya dan adat resam masyarakat Sabah dan Sarawak merupakan khazanah berharga yang memperkayakan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya dan agama.

Sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam Malaysia, saya amat menghargai semangat perpaduan, hormat-menghormati dan keharmonian yang sentiasa menjadi asas kekuatan negara kita. Semoga sambutan Kaamatan dan Gawai pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Mari kita bersama-sama memelihara kepelbagaian budaya sebagai kekuatan untuk membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan bersatu.”

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Gayu Guru Gerai Nyamai.

Ikhlas daripada,

Senator Niran Tan Kran
Ahli Dewan Negara

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua sahabat2 muslim.
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua sahabat2 muslim.


Menghadiri Program Wacana Harmorni Madani Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk S...
23/05/2026

Menghadiri Program Wacana Harmorni Madani Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23/05/2026.


Dalam satu majlis ringkas, YB Senator telah menyampaikan 65 pasang pakaian berupa T Shirt dan buku-buku dhamma  untuk ke...
20/05/2026

Dalam satu majlis ringkas, YB Senator telah menyampaikan 65 pasang pakaian berupa T Shirt dan buku-buku dhamma untuk kegunaan pelajar-pelajar sokolah bahasa ibunda di Wat Kg Baru, Padang Peliang, Pendang, Kedah.

Ini merupakan sumbangan peribadi dari keluarga YB Senator bersama keluarga Cikgu Manoon/Sormon.

Sathukk🙏🏼🙏🏼🙏🏼


Address

Baling
09100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Niran Tan Kran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share