14/06/2026
Piu Piu ialah sejenis dadah sintetik baharu berbahaya yang dicampur ke dalam cecair rokok elektronik (v**e). Dadah ini mengandungi campuran Fentanyl (sejenis opioid sintetik yang sangat kuat) bersama bahan kimia berbahaya yang lain. Pihak berkuasa menegaskan bahawa trend penyalahgunaan peranti v**e sebagai medium penyebaran dadah ini sangat membimbangkan kerana ia menyasar pelajar sekolah,golongan muda dan belia.
Kesan Buruk Pengambilan Dadah Piu Piu
Pengambilan dadah sintetik yang dicampur Fentanyl ini memberikan implikasi buruk yang sangat ekstrem terhadap kesihatan fizikal dan mental pengguna, antaranya termasuklah:
1.Khayal dan tidak sedar diri
2. Menyebabkan gangguan minda yang teruk sehingga pengguna hilang pertimbangan.Sawan dan menggigil
3.Mengganggu sistem saraf pusat secara drastik sehingga mencetuskan kegagalan fungsi otot.
4.Masalah pernafasan kronik: Boleh menyebabkan pernafasan menjadi perlahan atau terhenti sepenuhnya (kegagalan pernafasan).
5.Gangguan jantung: Risiko tinggi kegagalan fungsi jantung mengepam darah secara normal.Pengsan dan koma.
6. Kehilangan kesedaran secara tiba-tiba akibat dos berlebihan (overdose).
7..Membawa maut: Fentanyl terkenal sebagai bahan kimia yang sangat toksik; kuantiti yang sangat kecil sudah cukup untuk meragut nyawa pengguna.
Kesimpulanya dadah piu-piu bukan jalan penyelesaian, tetapi jalan kepada kerosakan diri, keluarga dan masa depan. Katakan TIDAK kepada piu-piu demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.”