Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling Laman Facebook Rasmi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling (PBSD BALING) & KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING (KRM)

07/04/2026
Jom beramai-ramai sertai Madani Fun Run 2025Sihat dan Cergas bersma kami..πŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒMADANI FUN RUN 2025πŸ“† Tari...
24/08/2025

Jom beramai-ramai sertai Madani Fun Run 2025

Sihat dan Cergas bersma kami..πŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸƒ

MADANI FUN RUN 2025

πŸ“† Tarikh : 6 September 2025 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi : Dataran Taman Awam Baling, Kedah
πŸ•˜ Masa Pendaftaran : 7.00 pagi

Jarak : +- 5km

Penyertaan adalah terbuka dan percuma:
πŸ‘• Baju T (terhad kepada 300 peserta terawal shj)

Imbas QR dan daftar segeraπŸ‘‡πŸ‘‡

https://docs.google.com/forms/d/1iJKvTbCcbEHVnYa66qLiV1xggymTUN1pFMtBSlSB9As/viewform?edit_requested=true

Tarikh tutup penyertaan : Sebelum atau pada 3 September 2025 (jam 5 petang)

Sebarang Pertanyaan :
☎️ 0195034132 Jet

Jumpa anda di sanaπŸ’ͺ


Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah melalui Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling akan menganjurkan Program Semarak Har...
07/05/2025

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah melalui Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling akan menganjurkan Program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Daerah Baling.

Program ini diadakan bagi tujuan menyemarakkan lagi suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi dan menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan remaja supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling akan dilaksanakan pada :
Tarikh : 15 Mei 2025 (Khamis)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai , Kupang

Jom beramai-ramai hadir ke Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Baling !!! Pelbagai aktiviti menanti anda disana !



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI WARGA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BALING Juadah dihidang penyeri hari,Silakan ...
30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI WARGA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BALING

Juadah dihidang penyeri hari,
Silakan jamah janganlah segan,
Pohon kemaafan tulus dari hati,
Selamat hari raya Aidilfitri rakan dan taulan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

PROGRAM RAKAN BUMI PLOGGING KOMUNITI SIRI 3 PERINGKAT DAERAH BALING 2024BALING, 12 Oktober 2024 - Seramai 45 orang peser...
14/10/2024

PROGRAM RAKAN BUMI PLOGGING KOMUNITI SIRI 3 PERINGKAT DAERAH BALING 2024

BALING, 12 Oktober 2024 - Seramai 45 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program Rakan Bumi Plogging Komuniti Peringkat Daerah Baling bagi siri 3 hari ini.

Aktiviti yang dijalankan adalah berjalan kaki sambil mengutip sampah sejauh 3 kilometer bermula dari perkarangan Econsave Baling ke surau Taman Desa Anggerik dan berakhir semula ke perkarangan Econsave Baling. Aktiviti ini adalah bagi menjaga kebersihan sambil melakukan aktiviti kecergasan.

Turut hadir , Puan Siti Moktaroh Bt Mokhtar , Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Baling.





PERSEDIAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BALING 2024BALING,  11 OKT 2024 – Persiapan dan persediaan bagi pr...
14/10/2024

PERSEDIAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BALING 2024

BALING, 11 OKT 2024 – Persiapan dan persediaan bagi program Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Baling telah dilaksanakan di perkarangan Econsave Baling pada petang tadi bermula pukul 2.30 petang. Persiapan telah diuruskan oleh urusetia yang telah dilantik untuk bertugas pada hari Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Baling.

Antara tugas yang dilaksanakan adalah memasang pentas utama, memasang khemah , membuat garisan gelanggang pertandingan , menyusun meja pameran dan sebagainya .

Turut Pegawai PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt Md Ani dan kakitangan PBSD Baling.





MESYUARAT PENYELARASAN TUGAS HARI SUKAN NEGARA 2024 PERINGKAT DAERAH BALINGBALING,  09 OKT 2024 – Satu mesyuarat penyela...
14/10/2024

MESYUARAT PENYELARASAN TUGAS HARI SUKAN NEGARA 2024 PERINGKAT DAERAH BALING

BALING, 09 OKT 2024 – Satu mesyuarat penyelarasan tugas Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Baling telah diadakan pada petang tadi di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling.

Semua unit PBSD Baling telah diberikan tugas bag membantu menyelaras program Hari Sukan Negara 2024 yang akan diadakan pada 12 Oktober 2024 bertempat di Perkarangan Econsave Baling,Kedah.

"




"

Seluruh warga Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Puan ...
14/10/2024

Seluruh warga Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Puan Azura Abidin atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JBSN yang baharu berkuat kuasa 14 Oktober 2024.

Selamat berkhidmat dan didoakan agar JBSN terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan YBrs. Puan KP JBSN.

Esok 12 Oktober 2024 hari Sabtu ada apa kat Econsave Baling ?Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Baling!Ada...
11/10/2024

Esok 12 Oktober 2024 hari Sabtu ada apa kat Econsave Baling ?

Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Baling!

Ada banyak acara menarik dema boleh join !

Antaranya :

1) Fun Walk (3KM)
2) Fun Run (5KM)
3) Mari Mencuba Memanah
4) Mari Menderma Darah
5) Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
6) Pertandingan Bola Jaring 3 vs 3
7) Canting Batik
8) Pemeriksaan Kesihatan
9) Pameran Agensi Kerajaan
10) Jualan Murah Barangan Terpilih Econsave
11) Autoshow Kereta Drift
12) Jualan Makanan / Food Truck
13) Persembahan Taekwondo
14) Soccer Freestyle Show
15) Busking

dan macam-macam lagiii !!! Jumpa moha esok di Perkarangan Econsave Baling !!

LAWATAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KRM BALINGBALING,  09 OKT 2024 – Pagi ini satu lawatan ke Pusat Pemindahan Seme...
09/10/2024

LAWATAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KRM BALING

BALING, 09 OKT 2024 – Pagi ini satu lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda Baling telah diadakan oleh Pegawai Daerah Baling , Tuan Mohd Yazlan Sunardie Bin Che Yahaya pagi ini.

Lawatan beliau pagi ini bagi memantau operasi PPS KRM Baling yang menempatkan mangsa banjir yang melibatkan 10 buah kampung semalam.

Turut bersama Pegawai PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt Md Ani dan kakitangan PBSD Baling.




PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING DIBUKA BALING,  09 OKT 2024 – Pusat Pemindahan Sementara (PP...
09/10/2024

PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING DIBUKA

BALING, 09 OKT 2024 – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda Baling telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di daerah Baling . Seramai 72 keluarga telah dipindahkan dari rumah masing-masing ke PPS KRM Baling petang semalam.

Antara kawasan yang terlibat banjir seperti Kg.Lubuk Batu , Kg.Batu 42, Kg.Sungai Limau, Kg.Datuk Pulai, Kg. Pekan Lama Pulai, Kg.Charok Bemban, Kg.Charok S***n, Kg.Tanjung Merbau, Kg.Seberang Ketil, Kg.Gua Reban. Agensi yang terlibat seperti Pejabat Daerah dan Tanah Baling, APM Daerah Baling ,dan JKM Daerah Baling .

Turut hadir Pegawai PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt Md Ani , Pembantu Belia Dan Sukan PBSD Baling , En Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar dan Puan Siti Moktaroh Binti Mokhtar.




Pendengar Kedah FM 97.5 MhzJangan lupa saksikan Konti Sukan Sempena β€œSambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah” ...
08/10/2024

Pendengar Kedah FM 97.5 Mhz

Jangan lupa saksikan Konti Sukan Sempena β€œSambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah” bersama Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di konti Radio Malaysia Kedah pada 8 Oktober 2024 Ahad jam 11.30 pagi nanti.

Radio On semua‼️ https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm




Address

Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044701279

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling:

Share