14/12/2025
JANGKITAN KULAT (ORAL THRUSH) & JANGKITAN HIV
๐ฉโ๐ซ Apa itu Oral Thrush ?
Tompok putih yang berlaku akibat daripada jangkitan kulat (Candida Albican) pada mulut.
๐ฉโ๐ซ Macam mana rupa (ciri mudah kenal)?
โ Tompok/plak putih berkrim pada lidah/pipi dalam/lelangit, dan boleh dikikis (kadang tinggal permukaan kemerahan).
๐ฉโ๐ซ Siapa yang boleh mengalami keadaan ini?
โ
Sistem imun lemah
โ Apabila sistem imun lemah, badan tidak mampu mengawal pertumbuhan kulat Candida yang sebenarnya memang wujud secara normal dalam mulut. Keadaan ini sering berlaku pada pesakit HIV/AIDS, terutamanya apabila paras CD4 rendah, pesakit kanser yang menjalani kemoterapi atau individu dengan penyakit kronik tertentu. Kekurangan sel pertahanan badan membolehkan kulat membiak secara berlebihan dan menyebabkan jangkitan.
โ
Penggunaan ubat tertentu
โ Penggunaan antibiotik jangka panjang boleh membunuh bakteria baik dalam mulut yang berfungsi mengawal pertumbuhan kulat. Apabila keseimbangan ini terganggu, Candida mudah membiak. Penggunaan steroid, sama ada secara oral, suntikan atau inhaler (seperti ubat asma), juga boleh menekan sistem imun tempatan di dalam mulut, terutamanya jika pesakit tidak berkumur selepas menggunakan inhaler steroid.
โ
Diabetes mellitus (kencing manis)
โ Pesakit diabetes yang tidak terkawal mempunyai paras gula tinggi dalam darah dan air liur. Gula ini menjadi sumber nutrien kepada kulat Candida, lalu menggalakkan pertumbuhannya. Selain itu, diabetes juga boleh melemahkan tindak balas imun, menjadikan jangkitan lebih mudah berlaku dan lebih sukar sembuh.
Mulut kering (xerostomia)
โ Kurang air liur akibat ubat, dehidrasi, atau radioterapi
โ
Kebersihan mulut yang kurang baik
โ Kebersihan mulut yang tidak terjaga menyebabkan pengumpulan plak dan sisa makanan, yang menjadi persekitaran sesuai untuk pertumbuhan kulat. Gigi palsu yang tidak dibersihkan dengan baik atau dipakai berterusan (terutama ketika tidur) boleh menjadi tempat pembiakan Candida, lalu meningkatkan risiko oral thrush.
โ
Merokok
โ Merokok boleh merosakkan tisu lembut di dalam mulut dan mengurangkan aliran air liur. Keadaan ini melemahkan pertahanan tempatan dan memudahkan kulat Candida melekat serta membiak, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan.
๐ Oral thrush merupakan salah satu petanda imuniti menurun (immune suppression) dan lebih kerap berlaku bila CD4 < 200 sel/mmยณโjadi boleh memberi amaran bahawa HIV tidak terkawal / telah masuk fasa lebih teruk (AIDS).
Jika ada tompok putih/sakit mulut atau rasa pedih, dapatkan pemeriksaan doktor/doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan dengan segera.