Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya

  • Home
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya, Public & Government Service, Jalan Tun Sardon, .

Assalamualaikum...Gemersik takbir mengundang tibaSalam diutus tanda ingatanSyawal dinanti menjelang tibaSalam diutus poh...
18/03/2026

Assalamualaikum...

Gemersik takbir mengundang tiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus pohon kemaafan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA.
HATI-HATI MEMANDU, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.

Ikhlas dari kami,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya.....😊

Majlis Doa Selamat, Bacaan Yasin dan Tazkiran Ramadhan PKMD Barat DayaTarikh : 27 Feb 2026 @ 9 Ramadhan Tempat : Bilik K...
27/02/2026

Majlis Doa Selamat, Bacaan Yasin dan Tazkiran Ramadhan PKMD Barat Daya

Tarikh : 27 Feb 2026 @ 9 Ramadhan
Tempat : Bilik Kaunseling PKMD BD
Masa : 9.00 pagi
Kehadiran : 17 pegawai

Pengisian Program

📌 Memohon keberkatan, keselamatan dan ketenangan dalam menjalani urusan tugas dan kehidupan seharian.

📌 Mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan motivasi serta memohon kelancaran urusan pejabat dan kesejahteraan semua kakitangan.


PROGRAM CERAMAH KESEDARAN DADAH SERTA SARINGAN UJIAN DADAH (T.E.K.A.D) BERSAMA AADK DAERAH BARAT DAYA📍Program ini bertuj...
13/02/2026

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN DADAH SERTA SARINGAN UJIAN DADAH (T.E.K.A.D) BERSAMA AADK DAERAH BARAT DAYA

📍Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas dadah, memberi pengetahuan mengenai bahaya dadah, mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah.

📍Ceramah disampaikan oleh Puan Arina binti Mohamed Ali, Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Barat Daya. Kehadiran warga kerja PKMD Barat Daya seramai 23 orang terdiri daripada pelbagai jawatan yang bertempat di Aras 1, Maker Space Balik Pulau bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.


Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran dan Selamat Bersara Encik Mohd Nazir bin Baharom (S3 TBK2)Terima Kasih Atas Jasa ...
10/02/2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran dan Selamat Bersara Encik Mohd Nazir bin Baharom (S3 TBK2)

Terima Kasih Atas Jasa dan Sumbangan Yang Sangat Besar Sepanjang Perkhidmatan. Banyak Kenangan Manis Yang Tercipta Bersama. S**a, Duka, Gelak Ketawa Yang Akan Terus Terpahat Dalam Ingatan.

Semangat Kerja dan Sikap Positif Tuan Akan Menjadi Contoh Buat Kami Yang Masih Berjuang. Semoga Selepas Bersara, Tuan Terus Diberi Kesihatan Yang Baik, Umur Yang Panjang dan Rezeki Yang Luas.

Selamat Bersara dan Terima Kasih Atas Segalanya.

Ikhlas,
Seluruh Warga Kerja PKMD Barat Daya 🙂

PROGRAM RETREAT PKMD BARAT DAYA Tarikh: 5 Feb 2026 (Khamis)Tempat: Dataran Pulau Betong, Balik Pulau Anjuran: Unit Psiko...
05/02/2026

PROGRAM RETREAT PKMD BARAT DAYA
Tarikh: 5 Feb 2026 (Khamis)
Tempat: Dataran Pulau Betong, Balik Pulau
Anjuran: Unit Psikologi & Kaunseling dengan Kerjasama Barat Daya Recreation Club (BDRC)
Kehadiran: 30 orang pegawai dari pelbagai unit di PKMD BD

Objektif Program:
1. Mengukuhkan hubungan silaturahim & kerjasama pasukan
2. Menyelaraskan hala tuju strategik organisasi
3. Meningkatkan motivasi kepada pekerja
4. Membincangkan penambahbaikan prestasi kerja dalam persekitaran yang santai & kondusif


Kunjungan Hormat Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Derah Barat Daya Oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Pulau...
05/02/2026

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Derah Barat Daya Oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Pulau

Kehadiran :

En Tham Weng Keat (PKMD BD)
En Noor Hadi Bin Abdul Halim (Pegawai Jawatankuasa Daerah, Pengurusan Bencana)

13 orang Pegawai dari Unit Kebajikan Produktif dan Pentadbiran.

Intipati kunjungan :

📌 Memperkenalkan peranan dan keupayaan BSMM Daerah Pulau serta memperkukuhkan dan menyelaras kerjasama strategik dengan PKMD Barat Daya dalam pengurusan bencana di peringkat Daerah.

MAJLIS PENGHARGAAN PUAN NOR AZLIZA BINTI IBRAHIMDari PKMD Barat Daya ke Unit Trafik Bayan Lepas.Semoga terus cemerlang s...
15/12/2025

MAJLIS PENGHARGAAN PUAN NOR AZLIZA BINTI IBRAHIM

Dari PKMD Barat Daya ke Unit Trafik Bayan Lepas.

Semoga terus cemerlang sepertimana anda di PKMD Barat Daya.... Terima kasih!

15/12/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta usaha berterusan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tempoh 11 tahun bersama kami.

Terima kasih kerana sentiasa memberi yang terbaik. Semoga anda terus cemerlang walau dimana jua anda berada.

NOR AZLIZA BINTI IBRAHIM..... Terima kasih.....

10/09/2025

MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya tidak dapat digunakan buat sementara waktu disebabkan gangguan teknikal.

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan boleh dikemukakan melalui cara berikut:

1) Hadir terus ke pejabat
2) Emel: [email protected]
3) Mesej di laman Facebook rasmi PKMD Barat Daya.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak kami menghargai kerjasama semua.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya
En. Tham Weng Keat

Terima Kasih Shahir & team Sepak Takraw JKM Pulau Pinang.JOHAN Sepak Takraw 2025.Anda (Shahir) adalah kebanggaan kami, d...
18/08/2025

Terima Kasih Shahir & team Sepak Takraw JKM Pulau Pinang.

JOHAN Sepak Takraw 2025.

Anda (Shahir) adalah kebanggaan kami, di PKMD Barat Daya.

TERIMA KASIH

*Semua gambar adalah hak milik persendirian. Sila mohon kebenaran. Terima kasih.

Address

Jalan Tun Sardon

11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share