AADK Barat Daya Penang

AADK Barat Daya Penang AADK Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Pinang 11000 Balik Pulau,Pulau Pinang
(1)

Pada 29 Mei 2026 bersamaan 12 Zulhijjah 1447H, AADK Daerah Barat Daya dengan kerjasama Skuad Antidadah Daerah Barat Daya...
29/05/2026

Pada 29 Mei 2026 bersamaan 12 Zulhijjah 1447H, AADK Daerah Barat Daya dengan kerjasama Skuad Antidadah Daerah Barat Daya serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bayan Baru telah menganjurkan Program Ibadah Korban Aidiladha 1447H di Tapak Surau Salman Al-Farisi, Lengkok Kelicap, Bayan Baru. Program ini diadakan bagi mengimarahkan sambutan Aidiladha di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi, sukarelawan dan masyarakat setempat.

Melalui semangat gotong-royong dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar termasuk proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Barat Daya, Encik Muhamad Faris bin Mohd Firdaus. Diharapkan program seumpama ini dapat terus memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.





29/05/2026





29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




PROGRAM PESANAN ANTIDADAH25 Mei 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidadah (...
25/05/2026

PROGRAM PESANAN ANTIDADAH

25 Mei 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidadah ( PESADA ) di Pasar Malam Bukit Gedung, Bayan Lepas.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan menyediakan maklumat serta sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bebas dadah.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan memperkukuhkan usaha bersama untuk membina komuniti yang lebih kuat dan bebas dari dadah.





25/05/2026




Address

Jalan Sungai Pinang
Balik Pulau
11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Barat Daya Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share