KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau

KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau Laman Facebook rasmi Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang Center of Excellence Electric and Electronic. Recommended for Penangites in this area.

This is a place for 16-19 yrs old to study on vocational field (after PT3). The courses are Electric, Electronic,Computer System and Networking, Web Management and Database and Industrial Graphic Designing.Major on hands-on and also theoretical examination. This institution was update through GTP (government transformation programme) and its already known as Kolej Vokasional Balik Pulau. URL http://www.kvbalikpulau.com
'Bersama Merealisasikan Kecemerlangan' is our motto

Salam Aidiladha 1447H  | 2026M πŸŒ™Semoga ibadah korban tahun ini membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan ukhuwah se...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™

Semoga ibadah korban tahun ini membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

STAR EDUCATION FAIR πŸ“ Setia SPICE Convention Centre, Pulau PinangπŸ—“οΈ 23 & 24 Mei 2026Alhamdulillah selesai menyertai STAR...
24/05/2026

STAR EDUCATION FAIR

πŸ“ Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang
πŸ—“οΈ 23 & 24 Mei 2026

Alhamdulillah selesai menyertai STAR EDUCATION FAIR 2026 sebagai pempamer di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang pada 23 & 24 Mei 2026.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkongsian berkaitan pendidikan, TVET, teknologi serta laluan kerjaya telah dikongsikan kepada para pelajar, ibu bapa dan pengunjung yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang singgah ke reruai kami, bertanya, berkongsi pandangan dan memberi sokongan sepanjang dua hari program berlangsung. Semoga segala perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat serta membantu pelajar merancang masa depan pendidikan dan kerjaya dengan lebih jelas.

Pengalaman yang sangat bermakna dan membuka ruang jaringan bersama pelbagai institusi pendidikan serta komuniti industri.










24/05/2026
TAHNIAH KONTINJEN KV BALIK PULAU!Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila Kontinjen KVBP berjaya membawa pulang:πŸ₯‡...
23/05/2026

TAHNIAH KONTINJEN KV BALIK PULAU!

Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila Kontinjen KVBP berjaya membawa pulang:

πŸ₯‡ 6 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 3 Pingat Perak
πŸ₯‰ 1 Pingat Gangsa

dalam Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Zon Pulau Pinang 2026! πŸ’ͺ✨

Syabas kepada semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan atas usaha, komitmen dan semangat juang yang luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama KVBP! πŸ’™πŸ’›





22/05/2026

πŸ”₯ SATU KVBP, SATU PERJUANGAN πŸ”₯
Setiap peluh yang jatuh,
setiap sorakan yang bergema,
setiap langkah di gelanggang dan padang β€”
semuanya membawa satu nama… KVBP πŸ’ͺ🏽❀️

Bukan sekadar permainan,
tapi semangat, disiplin dan perjuangan yang tak pernah berhenti.
Tahniah buat semua atlet, jurulatih dan penyokong yang terus beri yang terbaik demi KVBP!

Kita bukan hanya bermain untuk menang, tapi bermain untuk maruah dan kebanggaan kolej ✨




Pasukan ragbi KVBP berjaya menamatkan saingan dengan keputusan membanggakan apabila meraih:πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Kategori Bawah...
20/05/2026

Pasukan ragbi KVBP berjaya menamatkan saingan dengan keputusan membanggakan apabila meraih:

πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Kategori Bawah 17 Tahun
πŸ₯‰ Tempat Ketiga β€” Kategori Bawah 19 Tahun

Pasukan sepak takraw (Kategori Double), Pasukan sofbal dan Pasukan badminton berpasukan berjaya meraihπŸ₯ˆNaib Johan!

Syabas kepada semua pemain dan jurulatih atas semangat juang yang tinggi serta komitmen sepanjang kejohanan. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama KVBP.

Tahniah buat kontinjen sukan Kolej Vokasional Balik Pulau yang terus mengungguli kejohanan! πŸ”₯Selepas tiga pasukan mencip...
20/05/2026

Tahniah buat kontinjen sukan Kolej Vokasional Balik Pulau yang terus mengungguli kejohanan! πŸ”₯

Selepas tiga pasukan mencipta kejayaan tempoh hari, hari ini giliran tiga lagi pasukan mengharumkan nama KVBP apabila muncul Johan bagi acara:

πŸ† Bola Tampar Lelaki
πŸ† Sepak Takraw (Kategori Regu)
πŸ† Bola Sepak

Kejayaan demi kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan atlet KVBP berada pada tahap terbaik. Semoga momentum cemerlang ini terus dibawa ke peringkat seterusnya dan terus melakar lebih banyak kemenangan buat KVBP.

19/05/2026
Alhamdulillah, rezeki kemenangan terus memihak kepada KV Balik Pulau hari ini apabila tiga pasukan berjaya muncul JOHAN ...
18/05/2026

Alhamdulillah, rezeki kemenangan terus memihak kepada KV Balik Pulau hari ini apabila tiga pasukan berjaya muncul JOHAN dan melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

πŸ† Bola Jaring
πŸ† Olahraga (Acara 4x400m)
πŸ† Bola Tampar (Perempuan)

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan atas usaha serta semangat juang yang ditunjukkan. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan warga KVBP dalam mengharumkan nama kolej di kejohanan SuKoV 2026. Mari doakan buat pasukan yang akan turun berjuang esok dan lusa agar turut diberikan kemenangan:

⚽ Bola Sepak
🏐 Bola Tampar Lelaki
πŸ₯‹ Sepak Takraw
πŸ‰ Ragbi
🏸 Badminton

Semoga perjuangan diteruskan dengan semangat yang sama dan lebih banyak kejayaan akan menyusul buat KV Balik Pulau.

Sesi perbincangan kerjasama strategik antara SRS-LRT dan Kolej Vokasional Balik Pulau hari ini telah berlangsung dengan ...
18/05/2026

Sesi perbincangan kerjasama strategik antara SRS-LRT dan Kolej Vokasional Balik Pulau hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Semoga kerjasama ini menjadi langkah permulaan yang baik dalam pembangunan modal insan sektor rel serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar kita pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Address

Kolej Vokasional Balik Pulau
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau:

Share