Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) DBD Pulau Pinang β€” barisan hadapan yang memastikan sistem pengairan dan saliran di daerah ini sentiasa terjaga!

πŸ„ Program Korban Perdana JPS Pulau Pinang 2026 πŸ„Telah berlangsung Program Korban Perdana Jabatan Pengairan dan Saliran (...
29/05/2026

πŸ„ Program Korban Perdana JPS Pulau Pinang 2026 πŸ„

Telah berlangsung Program Korban Perdana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang yang diadakan di JPS Seberang Perai Utara (SPU) .

Program ini bukan sahaja mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerjasama antara warga kerja JPS Pulau Pinang.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati. 🀲✨




Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaks...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi simbol keikhlasan, pengorbanan dan kebersamaan dalam kehidupan kita.

Semoga hari yang mulia ini juga membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga serta insan tersayang.

Ikhlas daripada
warga Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya




Selamat Pagi πŸ˜€
18/05/2026

Selamat Pagi πŸ˜€

πŸ“Œ TAKLIMAT DAN LAWATAN TEKNIKAL KE SKIM PENGAIRAN SUNGAI BURUNG, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANGPada 14 Mei 2026 (Khamis...
15/05/2026

πŸ“Œ TAKLIMAT DAN LAWATAN TEKNIKAL KE SKIM PENGAIRAN SUNGAI BURUNG, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

Pada 14 Mei 2026 (Khamis), satu sesi taklimat dan lawatan teknikal telah berjaya diadakan di Skim Pengairan Sungai Burung, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang melibatkan Bahagian Kejuruteraan, Saliran Mesra Alam dan Pertanian (BKSMAP), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa infrastruktur skim pengairan, menilai tahap fungsi sistem pengairan dan saliran serta membincangkan isu-isu teknikal, operasi dan penyelenggaraan yang berkaitan.

Melalui sesi ini, pelbagai pandangan dan cadangan penambahbaikan telah dikongsi bagi memastikan sistem pengairan terus berfungsi dengan cekap demi menyokong sektor pertanian dan kesejahteraan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.







11/05/2026
09/05/2026

TRANSFORMASI TAMAN JAJAR URBAN FARMING






TRANSFORMASI TAMAN JAJAR URBAN FARMING-Dari pencemaran ke Model Kelestarian Dunia-
09/05/2026

TRANSFORMASI TAMAN JAJAR URBAN FARMING
-Dari pencemaran ke Model Kelestarian Dunia-

πŸ“ SESI PEMBENTANGAN BAGI ANUGERAH KHAS SUMBER AIR (AKSA) 20268 Mei 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pina...
09/05/2026

πŸ“ SESI PEMBENTANGAN BAGI ANUGERAH KHAS SUMBER AIR (AKSA) 2026

8 Mei 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mencalonkan Taman Jajar Urban Farming yang terletak di Sungai Ara bagi Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) 2026.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya bersama dengan komuniti Taman Jajar telah menghadiri sesi pembentangan di ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bagi sesi penilaian.

Transformasi yang telah berjaya dilakukan daripada sebuah sungai yang tercemar menjadi sungai yang bersih untuk kegiatan riadah telah melayakkan Taman Jajar Urban Farming untuk menyertai anugerah ini. Pemilihan ini merupakan satu penghargaan terhadap usaha berterusan komuniti dan agensi terlibat dalam menjaga kebersihan, kelestarian serta pemuliharaan sungai. Terdahulu, pencalonan kali ini merupakan kali kedua penyertaan Taman Jajar Urban Farming kerana telah berjaya membuktikan usaha murni menjaga kelestarian sungai sentiasa berterusan.

Semoga usaha dan kerjasama yang dijalinkan ini dapat menjadi contoh terbaik dalam memperkasakan pengurusan sungai secara mampan demi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar demi generasi akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha ini. πŸ’™πŸŒΏ








Address

Jalan Sungai Burong
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048666700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share